Tuesday, April 26, 2016

CATATAN II - AYAHKU SEORANG CIKGU

Orgnya cukup tegas dalam mendidik anak-anak. Solat diutamakan. Walaupun aku sudah berkeluarga namun soalan pertama yang keluar daripada mulut ayahku ialah "dah solat?" Pernah ayahku tegaskan orang yang tidak solat adalah musuh utamanya.

Cikgu Wan Mohamed Noor dan Ustaz Syed Hasan Darjah Satu

Begitulah ketegasan arwah terutama berkaitan amal ibadah. Pernah aku disesah dengan kain basahan kerana melewat-lewatkankan solat subuh ketika darjah satu. Bukan itu sahaja..dapat promosi percuma.. cth org yg melambatkan solat dalam kelas. Malu sungguh. Semua mata memandangku. Kebetulan arwah juga merangkap guru kelas aku, 1 Biru 1978 di SK Tok Sangkut. Alhamdulillah setiap ajaran dan didikan menjadi ikutan kami adik beradik serta anak cucu dan anak murid.

Bapaku berasal dari Kg Laut. Bapa bernama Wan Salleh b Wan Tahir. Wan Tahir(Moyang) dikatakan bekas guru agama Istana Terengganu. Merantau hingga ke Kg Laut, Tumpat Kelantan. Wan Salleh tidak mahu menonjolkan diri. Sebaliknya beliau mencari sumber pendapatan dengan membuat barang tembaga. Antaranya penapis santan, bunga hiasan, pasu dsbnya. Sewaktu kecil bapaku akan mengambil upah mengeluarkan perut ikan dan mencucinya sehingga bersih. Ikan-iakn itu didaratkan dari laut oleh nelayan yang tinggal di Kg Laut. Ikan-ikan itu diproses untuk membuat kerepok keping. antaranya ikan kembung, ikan sardin, ikan tongkol dan lain-lain.

Oleh sebab itu rumah makcik aku iaitu Makcik Nah menjadi tempat untuk dipaketkan kerepok-kerepok keping. Kerepok ini sedap jika digoreng dengan minyak tanak. Minyak tanak ini dihasilkan daripada kelapa-kelapa yang ditanak di dapur api selama beberapa jam. minyak itu juga dapat dijadikan minyak rambut. Melebatkan rambut. Ibuku selalu gunakan.

Adik beradik ipar Tok Wan Salleh yang mengajar kitab di Kg laut ialah Tok Wan Adam b Che Ali. Isteri Tok Wan Salleh ialah Wan Siah bt Che Ali(adik beradik Tok Wan Adam). Menjadi guru kitab yang berpengaruh. Dikatakan terpengaruh dengan Kaum Muda(Gerakan Islah yang mendapat pendidikan di Timur Tengah) yang begitu hebat pada waktu itu. Adik bradik Tok Wan Adam banyak merantau hingga ke Pasir Mas membuka pondok pengajian seperti Toksu Weil(Ismail b Che Ali) di Kg Dangar. Beliau adalah Bapa Saudara bapaku. Anak TokSu Weil ada yang menjadi Wakil Rakyat Pengkalan Pasir (1985-90) iaitu Dato Hassan b Ismail. Anak beranak dari Kg Laut bertebaran ke segenap pelusuk tanahair. Susur galur boleh dilihat di sini

Begitu juga berkaitan bacaan alQuran. Arwah sendiri yangg mengajarkan kepada kami. Jika bacaan tidak tepat akan disuruh untuk mengulang beberapa kali. Berkebolehan menegur kesalahan bacaan aku wpun tanpa melihat ayat tersebut. Itulah kelebihan yg ada pada arwah. Sehinggalah dlm keadaan kritikal mulutnya dpt mengikut alunan bacaan kitab suci...berkebetulan hari jumaat, penghulu segala hari...perginya seorang guru, bapa dan kawan.

Nota kaki : Tok Wan Adam(1909-1975), Tok Wan Salleh (1911- 1974), Wan Siah bt Ce Ali (1915-1976),

1 comment:

mreezam said...

Assalamualaikum tuan, agak2 Arwah Wan Tahir datang ke kg laut tahun berapa?