Saturday, February 28, 2009

Sewaktu menghadiri kuliah



Kuliah : Penyelidikan oleh Dr Loh




Orgnya strict..lambat masuk..pintu kunci maaa..



Ustz Anuar dari Perak



Yg tu Salizah..dah sem 3



Ustz Yazid and me...

Sunday, February 22, 2009

Duduk lama depan komputer boleh bawa maut??


Oleh Cikgu Zul


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.


New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

dvtDVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.


Simptom

* Cepat penat
* Mengah
* Sakit dada
* Denyutan nadi laju
* Lemah di bahagian kaki
* Kurang selera makan
* Batuk
* Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.



Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

Sunday, February 8, 2009

Tugasan dan presentation


Alhamdulillah..aku telah mendapat tawaran biasiswa daripada KPM atau dikenal sebagai Hadiah Latihan Persekutuan(HLP) untuk mengikuti pengajian peringkat master.
Aku bersyukur kerana aku antara 300 calon yang layak daripada lebih kurang 30000 secara online kemudian ditapis menjadi 3000 calon untuk ditemuduga.
Hanya 300 orang sahaja yang layak.
keistimewaannya?Selain mendapat cuti belajar secara sepenuh masa, aku juga mendapat elaun sebanayk RM+++ sebulan. Selain itu segala yuran pengajian ditanggung oleh pihak kerajaan.
Untuk peserta HLP ini, kami kena menyiapkan tesis tidak kurang 12 jam kredit. Di UM, kami perlu mengambil kerjakursus 18 jm kredit + tesis(disertasi) 18 jam kredit
Semester ini aku mengambil 3 paper iaitu 9 jam kredit.
sekarang ni dok sibuk buat tugasan dan presentation.Yg syoknya tu..kelas dua hari jer seminggu. kul 6 hingga 9
So, saya harap kawan-kawan yang berminat bolehlah memohon dengan melayari http://www.moe.gov.my
sekian.

Thursday, February 5, 2009

daripada dok pening-pening ngan tesis, tugasan dan politik negara yg ntah apa-apa...baik lihat video ni..he he he

Video



Cara senang nak dapatkan kelapa

Wednesday, February 4, 2009

Mengenali Scam Internet

Mesej dalam kotak inbox anda menyatakan:


Anda telah diisytihar pemenang JACKPOT / Loteri Belanda sebagai contoh. Buat tuntutan sekarang juga.
Anda telah diwasiatkan dengan sejumlah wang oleh saudara di luar negara yang baru meninggal dunia.
Anda telah dihubungi oleh balu seorang ahli politik contohnya dari Afrika yang banyak duit tersimpan di Bank Timbaktu dan perlukan bantuan anda.
Sebuah syarikat asing memerlukan bantuan anda bagi memproses bayaran yang diterima dari pelanggannya luar negara.
Satu kontrak berjuta-juta USD telah diperolehi di Tanganyikasebagai contoh dan perlu bantuan anda untuk berjumpa dengan pegawai kerajaan bagi mempercepatkan proses bayaran, komisyen untuk anda.
Seorang jutawan kini tenat dan mencari NGO untuk disalurkan (derma) harta pesaka beliau , anda dapat membantu.
Seorang pelabur yang kaya ingin melabur dalam syarikat anda.

Anda telah berjaya memperolehi pinjaman dari Bank Zimbabwe atau seumpamanya.
Satu cek yang terlebih bayar perlu dituntut semula setelah membeli produk di ebay, anda dapat membantu.
Anda telah berjaya untuk permohonan kad kredit Bank CCC dengan limit sejuta $$$.
Anda telah berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai .....di negara European Union atau seumpamanya dan visa menunggu anda.
Kesemua di atas meminta anda memberi maklumat peribadi serta akaun bank

serta menghantar "fees" dahulu bagi tujuan pembayaran peguam dan

sebagainya. Jika komisyen atau duit yang dijanjikan tak kunjung tiba, scammer

akan mengatakan telah timbul masalah dan memerlukan anda menghantar duit

lagi.


Akhir sekali ke 12 ialah scam "hati yang rindu" , seorang kenalan melalui internet mahu mengahwini anda, hantar segera tiket kapal terbang.


Petunjuk dalam email yang dapat membantu anda bahawa kesemua di atas adalah suatu penipuan (scam) ialah:

1.Mesej dilabel sebagai "confidential," "urgent," "secret" dan "urgent attention" yakni rahsia, segera, perlukan tindakan segera.

2.Penghantar mesej mengaku ia seorang yang kaya atau pegawai tentera atau pegawai kerajaan peringkat tertinggi.

3.Bank Pusat atau institusi kerajaan terlibat seperti Bank Pusat Nigeria (Nigeria Central Bank).

4.Anda perlu memberi maklumat penuh seperti butir-butir bank akaun atau no paspot, dan lain-lain.

5.Duit yang dikirim mestilah dihantar dengan Western Union atau agen yang seumpamanya kerana transkasi WU sukar disemak semula kerana tuntutan boleh dibuat dengan hanya mengetahui kod kiriman melalui SMS sahaja.

Sumber: MARK NESTMANN, Sovereign Society, NY.

Isu Terkini

a) Pendidikan

Nampaknya isu PPSMI begitu mencengkam para budayawan da karyawan Malaysia sehingga ada yang sanggup berdemonstrasi demi menjaga bahasa ibunda iaitu Melayu. Mengapa mereka begitu beriya-iya dalam hal ini? sebagai pendidik saya dapat merasakan pelaksanaan PPSMI ada pro dan kontranya.
Pronya..para guru terutamanya yang berdialek 'kelate' sgt trauma jika berbahasa Inggeris. Apatah lagi kena mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Maklumlah org kelate ni apabila bercakap bahasa Inggeris..sengau kelate tidak akan hilang. Namun begitu ada yang berusaha dan akhirnya berjaya memperbaiki sebutan dengan lebih baik seperti seorang kawanku iaitu cikgu Kasma yang kini mengajar di Batang Kali.
Kontranya..PPSMI ini telah menghasilkan jurang yang cukup besar antara pelajar melayu dan bangsa lain serta pelajar bandar dan luar bandar. Saya yang merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah yang majoritinya bangsa cina merasakan betapa mereka begitu fasih berbahasa Inggeris dan menunjukkan peningkatan yang cukup baik dalam mata pelajaran sains dan metamatik. Faktornya kerana mereka sentiasa 'speaking' di sekolah, di rumah dan dengan kawan-kawan. Maka tidak hairanlah mereka begitu memahami sains dan matematik dalam bhs Inggeris.
Bagaimana dengan pelajar Melayu? Di rumah cakap melayu (nak cakap Inggeris ada yg perli), dengan kawan-kawan cakap melayu..dalam kelas hanya waktu Math dan sains sahaja dalam bahasa Inggeris. Jadi, tak hairanlah mereka tak tahu apa yang cikgu ajar. Apabila sudah tidak faham konsep kerana tidak faham bahasa Inggeris, maka hasilnya keputusan mata pelajaran tersebut pasti jatuh. Hakikat ini perlu disedari dan difahami oleh pemerintah. dan bukanya memetingkan ego masing-masing tanpoa mempedulikan nasib anak bangsa..katanya pendokong 'melayu'?

b) politik

Bab ini sebenarnya saya tidak pandai nak ulas tetapi apabila melihat kekecohan yang berlaku di Perak..saya dapat merasakan suatu gegaran politik yang melanda negeri tersebut. Seperti yang kita maklum..Perak bukanlah negeri yang menjadi target oleh PR dalam Praya yang lalu. Kemenangan itu tidak dijangka dan menimbulkan keributan sewaktu hendak melantik MB pada awalnya. Disebabkan perlembagaan tubuh negeri Perak yang memerlukan MB drp kalangan Melayu maka wakil PAS iaitu YAB Dato' Sri Mohd Nizar telah terpilih walaupun partinya bukanlah majoriti. sebaliknya DAPlah yang majoriti. Di sinilah maka pihak UMNO telah cuba memainkan peranan untuk mengambil alih Perak dengan pelbagai cara. Sebelum 31 Ogos lagi suara itu kedengaran seiring dengan sdra Anwar yang hendak merampas kerajaan pusat. Tetapi kedua-duanya hampa dan kecewa kerana lompatan tidak menjadi. Apabila YB DUN Bota telah mula melangkah dan melompat ke PKR..UMNO jadi terkedu dan selaras dengan pelantikan Dato Sri Najib sebagai Ketua UMNO perak yg baru..bermulalah satu drama yang baru. Yg jelasnya 'peperangan' ini bukanlah antara Nizar dgn Tajol tetapi Anwar dgn Najib. Masing-masing ada kelebihannya tetapi nampaknya Anwar dalam bidang ini memang pakar dan licik. Menurut blog pinkturtle..Anwar dah Phd dalam politik tetapi Najib baru 'degree'. Jamaludin dan Osman baru PMR...So pintas memintas berlaku.
Apa yang perlu dilakukan oleh MB Perak, saya rasa beliau perlu membubarkan DUN. Jgn ambil Kelantan sebagai contoh. Walaupun keadaannya sama tetapi ADUN Kelantan pada 2004 yg lalu adalah semuanya PAS dan mereka ini memang sudah teruji dan tebal keimanannya. Sedangkan Perak ni...(tak naklah saya sebut..tuan-tuan pikirlah sendiri)

sekian..

*ulasan ini sy ambil daripada blog-blog yg berkaitan

Tuesday, February 3, 2009

SIRI TELADAN : ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

· Bacalah Al-Qur'an

· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T." dipetik dari laman : tranungkite