Sunday, November 25, 2012

Who was Umar Mukhtar?

Umar Mukhtar(1862 – September 16, 1931), was born in the small village of Janzour, near Tobruk in eastern Barqa (Cyrenaica) in Libya. Beginning in 1912, he organized and, for nearly twenty years, led native resistance to Italian colonization of Libya. The Italians captured and hanged him in 1931. He was orphaned early and was adopted by Sharif El Gariani, nephew of Hussein Ghariani, a political-religious leader in Cyrenaica. He received his early education at the local mosque and then studied for eight years at the Senussi university at Jaghbub, which was also the headquarters of the Senussi Movement.
In October 1911, during the Italo-Turkish War, an Italian naval contingent under the command of Admiral Luigi Faravelli reached the shores of Libya, and demanded that the Turkish administration and garrison surrender their territory to the Italians or incur the immediate destruction of the city of Tripoli. The Turks and their Libyan allies withdrew to the countryside instead of surrendering, and the Italians bombarded the city for three days, then proclaimed the Tripolitanians to be “committed and strongly bound to Italy.” This marked the beginning of a series of battles between the Italian colonial forces and the Libyan armed opposition under Umar Mukhtar. A teacher of the Qur’an by profession, Mukhtar was also skilled in the strategies and tactics of desert warfare. He knew local geography well and used that knowledge to advantage in battles against the Italians, who were unaccustomed to desert warfare. Mukhtar repeatedly led his small, highly alert groups in successful attacks against the Italians, after which they would fade back into the desert terrain. Mukhtar’s men skillfully attacked outposts, ambushed troops, and cut lines of supply and communication. The Italian army was left astonished and embarrassed by his guerrilla tactics “I’m not a sweet bite of a meal anyone can swallow. No matter how long they try to change my belief and opinion, Allah is going to let them down” Umar Mukhtar Umar Mukhtar’s struggle of nearly twenty years came to an end on September 11, 1931, when he was wounded in battle near Slonta, then captured by the Italian army. The Italians treated the native leader hero as a prize catch. His resilience had an impact on his jailers, who later remarked upon his steadfastness. His interrogators stated that Mukhtar recited verses of peace from the Qur’an. In three days, Mukhtar was tried, convicted, and, on September 14, 1931, sentenced to be hanged publicly (historians and scholars have questioned whether his trial was fair or impartial). When asked if he wished to say any last words, Mukhtar replied with a Qur’anic phrase: “Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.” (“To God we belong and to Him we shall return.”). On September 16, 1931, on the orders of the Italian court and with Italian hopes that Libyan resistance would die with him, Mukhtar was hanged before his followers in the concentration camp of Suluq at the age of 82 years. Today, Mukhtar’s face appears on the Libyan ten-dinar bill. His final years were depicted in the movie Lion of the Desert (1981), starring Anthony Quinn, Oliver Reed, and Irene Papas. The Italian authorities had banned the film in 1982 because, in the words of the then Prime Minister Giulio Andreotti, it was “damaging to the honor of the army”. The last act of the government’s intervention against the film was on April 7, 1987, in Trento; afterward, MPs from Democrazia Proletaria asked Parliament to show the movie at the Chamber of Deputies. The movie was finally broadcasted on television in Italy by Sky Italy on June 11, 2009 during the official visit to Italy of Libya’s former leader Muammar Gaddafi (who wore a photograph of Umar Mukhtar hanging on his chest while on the state visit, and brought along Umar Mukhtar’s elderly son).
from the movie Lion of the Desert: Umar Mukhtar: We do not kill prisoners! Arab Warrior: They do it to us! Umar Mukhtar: They are not our teachers! With the Libyan uprising beginning February 17, 2011, Umar Mukhtar again became a symbol for a united, free Libya and his picture is depicted on various flags and posters of the Free Libya movement. Rebel forces named one of their brigades the “Umar Mukhtar brigade” after him.
diambil dari laman sdra OthmanAbdullah

Amalan Kepimpinan Moral (II)

Greenfield(2004) berpendapat bahawa pentadbir sekolah yang berusaha untuk berada dalam sesebuah komuniti harus mengambil berat akan setiap kebajikan orang di sekelilingnya serta membantu antara satu sama lain untuk belajar bagi meningkatkan rasa kekeluargaan, keakraban dan perhubungan antara warga sekolah(Greenfield, 2004, 174-175). Dengan itu
amalan kepimpinan moral yang dilaksanakan oleh para pentadbir yang lain akan membangkitkan semangat serta motivasi kerja kepada guru-guru. Apabila guru-guru berasa puas dan bersemangat terhadap kerja, maka mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah digariskan tanpa memikirkan kepentingan diri mereka. Justeru apabila kepimpinan dipraktikkan secara autoriti moral,para guru akan dapat memberikan komitmen secara bersama dan menunjukkan sikap saling bergantung antara satu sama lain (Sergiovanni, 1992). Impaknya, prestasi pelajar akan meningkat dengan cemerlang apabila komitmen yang ditunjukkan oleh guru menjadi teladan dan contoh kepada pelajar.
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Wan Mohd Zahid (1993) di Kedah menunjukkan aspek utama yang memotivasikan guru-guru untuk bekerja di sekolah bukanlah disebabkan oleh pangkat atau gaji tetapi bagaimana layanan, penghormatan dan penghargaan yang diberikan oleh guru besar atau pengetua. Pengiktirafan yang diberikan ini akan dibalas dengan usaha yang gigih dan juga penghormatan terhadap pemimpin. Seterusnya memangkin kecemerlangan institusi pendidikan tersebut.
Sergiovanni (1992) pula menekankan bahawa kepemimpinan moral yang berkesan akan melahirkan dan mengembangkan proses-proses pembelajaran secara bersistematik berasaskan kemampuan yang ada pada setiap manusia. Beliau menyarankan kepimpinan ini perlu diterapkan dalam institusi pendidikan kerana institusi tersebut adalah memberi perkhidmatan kepada masyarakat untuk kepentingan manusia pada masa depan. Pernyataan ini disokong oleh (Greenfield, 1999; Rahmad & Mariam, 2007)dengan menegaskan bahawa kepimpinan moral di sekolah berupaya untuk membawa anggota masyarakat untuk mencapai tujuan asas secara bersama. Tegasnya lagi, tujuan itu dapat dicapai dengan cara pemimpin tersebut hendaklah berperilaku secara bermoral terhadap semua orang dalam memberikan perkhidmatan di samping menyediakan aktiviti yang bermatlamat bagi memenuhi keperluan pelajar dan ibu bapa. Selanjutnya Greenfield(1999) menyarankan agar para pemimpin moral disekolah berperanan untuk mengaplikasikan aspek kepimpinan moral dalam pengurusan di sekolah. Tegasnya di sini bahawa tanggungjawab ini seharusnya diambil oleh para pentadbir untuk diimplementasikan kepada para guru bagi membentuk kepimpinan moral yang berkesan di sekolah. Sehubungan itu, pemimpin pendidikan seharusnya mengambil langkah yang proaktif untuk membolehkan orang-orang bawahannya melaksana dan menjalankan tanggungjawab dengan rela hati dan ikhlas. Hal ini dapat dicapai apabila setiap pemimpin dan pentadbir mempunyai tanggung jawab moral untuk membuatkan ahli-ahli dalam pertubuhan ataupun institusi merasa disambut, diinginkan dan dihormati (Sergiovanni, 1992).
wan noor azmi 2012

Thursday, November 22, 2012

AMALAN KEPIMPINAN MORAL

Perubahan paradigma dan perkembangan semasa telah menjadikan pengurusan organisasi pendidikan semakin kompleks yang mana input baru melalui tren terkini tentang pengurusan pendidikan perlu dipelajari sebagai amalan pentadbir sekolah. Salah satu perubahan kepimpinan yang perlu diketengahkan adalah kepimpinan moral yang mana ia merupakan satu ilmu baru dalam bidang kepimpinan di Malaysia. Fenomena ini muncul hasil daripada cantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesuatu negara menerobosi sempadan negara lain (Abdul Rahman Embong,2000.Objektif kajian untuk mengenalpasti amalan-amalan pentadbir sekolah yang dapat membantu transformasi diri, transformasi sosial; dan transformasi diri pentadbir dalam meningkatkan hubungan interpersonal dengan staf sekolahmereka. Walau bagaimanapun pembentang ini akan menghadkan kepada amalan-amalan pentadbir sekolah yang dapat membantu transformasi diri.
Model Kepimpinan Moral oleh Anello(2002) telah dijadikan kerangka konseptual kajian. Selanjutnya data dikutip menggunakan kaedah kualitatif secara kajian kes yang menggunakan tiga pendekatan dalam mengumpul maklumat secara triangulasi iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai enam orang peserta kajian yang terdiri daripada para pentadbir sekolah menengah terlibat dalam menjawab soalan-soalan kajian. Maklumat diproses dengan menjalankan reduksi, pengekodan dan verifikasi berasaskan tema. Data-data tersebut dipaparkan dalam bentuk rajah pokok dan jadual kekerapan. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan semua peserta kajian melaksanakan amalan kepimpinan moral dalam pentadbiran di sekolah. Penemuan baru mendapati amalan refleksi adalah amalan yang mentransformasi para pentadbir di sekolah menengah. Kajian juga mendapati keperluan kepada kepimpinan moral dalam mencapai pentadbiran sekolah yang cekap dan berkesan berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh. Kajian ini melaporkan transformasi diri pentadbir telah mewujudkan hubungan interpersonal yang meningkat dengan staf sekolah. Di samping itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pihak berkepentingan dalam pendidikan seperti Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan perlu menyediakan program latihan yang terancang serta berjadual untuk membolehkan amalan kepimpinan moral khususnya transformasi diri dapat dihayati sepenuhnya oleh para pentadbir. Akhirnya, dapatan kajian ini berdasarkan satu kajian kes sahaja maka tidak boleh digeneralisasikan kepada semua sekolah di Malaysia.
oleh Wan Noor Azmi UM 2011

Monday, November 19, 2012

Sajak : Gaza oh Gaza

Gaza oh Gaza..
Di senja ini
Aku terharu, sedih dan hiba
mendengar tangisan anak-anak kecil
melihat raungan ibu-ibu
menyaksikan ratapan bapa-bapa
Jiwa mereka meronta
Hati mereka membara
Jasad mereka diseksa
Dalam penjara terbesar di dunia..Gaza
Puluhan tahun dicengkam derita
Puluhan tahun dihimpit bahana
Puluhan tahun diperkosa
atas kekejaman bangsa Yahudi
berfahaman zionist laknatullah
Gaza oh Gaza
Mana dia OIC?
Mana dia PBB?
Mana dia NATO?
sanggup kau menunjangi
haiwan yang mengganas
membaham mangsa tanpa belas kasihan?
sanggup kau mendokong?
sanggup kau memveto?
demi menghalalkan
penjarah
yang tak pernah ada hati perut?
Aku di sini
hanya mampu berdoa
kepadaMu Ya Allah
sejahterakanlah insan-insan
di bumi Gaza..
kerana mereka adalah juga..
Saudara-saudara seagama denganku
Gaza oh Gaza
Nukilan : AZMI NOOR 19/11/2012

Thursday, October 11, 2012

Melawat Kawasan

Antara tempat yang dibangunkan untuk menambahkan keceriaan di sekolah. Bersama Tn Hj Che Yahya, En Mohd Basyir dan saya

Selamat Berjaya

Selamat menduduki peperiksaan PMR dan SPM kepada pelajar-pelajar SMKSB. Semoga kejayaan milik anda. Kami guru-guru sentiasa mengiringi dengan doa. Selamat berjaya.
Gambar kredit kpd cikgu Tg Abas
boleh dilawati FB ini

Sunday, October 7, 2012

Latihan Pengungsian Bangunan

Istiadat Pengurniaan Ijazah Sarjana

Setelah mendapat biasiswa HLP aku telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan, pentadbiran dan dasar pendidikan di Universiti Malaya pada 2008. Aku mendapat seliaan daripada Prof Madya Rahmad Sukor. Pengajian yang mengambil masa dua tahun ini bermula pada akhir tahun 2008. Setelah menghabiskan kerja kursus sebanyak 18 jam kredit aku telah disuakan dengan disertasi yang mempunyai beratan 18 jam kredit jua. Tahun 2009 sebenarnya tahun mencabar buatku. Untuk membolehkan disertasi aku yang bertajuk "Amalan Kepimpinan Moral Dlm Kalangan Pentadbir Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes" dapat dilaksanakan, maka aku perlu melalui vetting iaitu pembacaan proposal untuk kali pertama oleh tiga reader yg terdiri daripada Prof dr Sufean Husin, Dr Zuraidah dan En Megat.
Nampaknya pembacaan kali ini tidak memuaskan hati prof dr sufean sehingga beliau menggagalkan aku dan menyebabkan aku terpaksa membuatnya semula. aduus...cabaran yang amat getir ini memaksa aku berusaha dengan lebih keras lagi bagi menyiapkan proposal tersebut.
Mujurlah aku mendapat sokongan yang baik daripada bekas pengetua sekolah lama aku dahulu. Beliau memberi kerjasama yang cukup baik untuk membolehkan aku melaksanakan kajian yg berbentuk kualitatif itu. Sebetulnya aku amat meminati kaedah kuantitatif tapi memandangkan Supervisor aku minta aku melaksanakan kajian kualitatif maka aku terpaksa akur. Sememangnya kaedah kualitatif adalah berganda susahnya berbanding kuantitatif. Apatah lagi aku terpaksa membuat triangulasi secara temu ramah, pemerhatian dan analisis dokumen
Orang kata berat mata memandang maka berat lagi bahu yang memikulnya. Selepas kesemua chapter dapat disiapkan maka aku terpaksa melalui VIVA pulak. Hasil kajian aku itu dikehendaki melalui proses pembacaan untuk kali kedua. Kali ini memerlukan seorang pembaca luar(external reader) iaitu dari USM dan seorang pembaca dalaman (internal reader)
Alhamdulillah tanggal 2 Oktober aku telah dianugerahkan Ijazah Sarjana setelah majlis Senate Universiti meluluskan dalam pengajian ini. Segala cabaran yang getir telah dilalui dengan jayanya. Semoga ini menajdi semangat kepada pelajar-pelajarku. InsayAllah

Thursday, September 6, 2012

Aku, Pengetua & Sekolah

Bergambar bersama Tn Hj Che Yahya
Gaya menawan
Peace
Gaya, Mutu & Keunggulan
Antara komen-komen di wall SMKS'S Family tentang tuan haji ialah
Mohd Basyir Baharudin "the best principal" 31 minutes ago · Like · 3
Amantha Gah Wei Yap "ya" 30 minutes ago · Like
Shazbob De Subang Azmi "Gua bangga tuan haji mcmni...sedih gua..siap angkat peace yoooo....kirim salam pd dia abe mi oii" 28 minutes ago · Like
Choon Zheng "yaya...he is a good principal...=]" 21 minutes ago · Like
Pauline Koh Dear "Bob... Tn. Hj. is showing VICTORY sign.. not peace. His blog is named VICTORY (Kejayaan...") 20 minutes ago · Like
Vicky Loo YayayaB-) 20 minutes ago via Mobile · Like
Muhammad Syahmi "Tuan Haji sentiasa memahami keadaan dan masalah setiap guru,pelajar dan kakitangannya.. Sgt best.. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥" 8 minutes ago · Like · 3
Deon Daffodil Principal "top la~" 8 minutes ago
·

Tuesday, May 15, 2012

key performance indicator oleh tn hj

Peyampaian oleh tn hj che yahya selaku pengetua smksb LDP dilaksanakan dua sesi. Yg istimewa mkn ditaja oleh tn hj sendiri. Tkasih tn hj. Moga pengisian yg dilakukan memberi manfaat kpd semua. Berharap sekolah mencapai kejayaan serta meningkat selalu.

Monday, May 14, 2012

skema sejarah Ting4 Kertas 2

Cikgu ucapkan tahniah kepada pelajar tingkatan 4 yang telah menduduki peperiksaan Sejarah pada hari ini. Semoga jawapan yang ditulis itu menghasilkan jawapan yang baik setelah anda semua bertungkus lumus untuk mencapai keputusan cemerlang. Oleh itu untuk mengetahui jawapan atau skema bagi soalan struktur sila dapatkan di sini teruskan usaha anda

skema Pertengahan Tahun Sejarah F4 kertas 1

1 B 11 D 21 C 31 A 2 D 12 A 22 A 32 B 3 C 13 C 23 D 33 B 4 C 14 D 24 A 34 D 5 D 15 A 25 C 35 C 6 C 16 B 26 A 36 B 7 A 17 C 27 A 37 C 8 B 18 B 28 C 38 D 9 D 19 A 29 C 39 B 10 A 20 C 30 A 40 D

Thursday, April 26, 2012

Wacana Ilmu Pertama bersama Tn Hj Che Yahya

Dalam wacana ini, Tn hj mengutarakan beberapa perkara iaitu; 1. STAR - Situation Toward Achievement Result 2. P n p 60%, kokurikulum 20% & disiplin 20% 3. Peranan guru pemeriksa kertas utk pelajar 4. Kerja dgn happy

Wednesday, April 25, 2012

Langkah Mengatasi Stress

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.
Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang? Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita. 1) Senaman pernafasan. Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian. 2)Tafakur (Meditation) Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur. 3)Penggambaran. Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran. 4)Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. 5)Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah. 6)Muzik. Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari. 7)Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting. Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita). Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006 *************************************************************** LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS Langkah 1 – Fahami Punca Stress - Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda - Cari masalah dalam diri satu persatu. - Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan. Langkah Langkah 2 – Letakkan Keutamaan - Senaraikan keutamaan untuk dilakukan - Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting. - Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan. Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu. - Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar. - Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai. - Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah. Langkah 4 – Menangis - Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah. - Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa. - Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan. Langkah 5 – Ketawa - Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka. - Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan. - Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah - Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh - Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan. - Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan. Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit. - Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata - Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh - Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda. Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari. - Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari - Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda - Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari. Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib. - Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda. - Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress. - Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu. Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur. - Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan. - Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan. - Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini. Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan. - Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri. - Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung. - Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan. Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah. - Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik. - Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya. - Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah. Langkah 13 – Bersantai - Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda. - Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan - Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru. Langkah 14 – Ambil Mudah. - Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran. - Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya. - Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya. Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor. - Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu. - Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil. - Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri. Langkah 16 – Berurut. - Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan. - Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan. - Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress. Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur. - Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti. - Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung. - Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress. Langkah 18 – Hipnosis - Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah. - Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah. - Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari. Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya. - Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan. - Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya. - Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat. Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat. - Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana. - Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang. - Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan. disalin dari blog ini

Saturday, April 21, 2012

Semakan Penyata Slip Gaji : Gaji Baru SSM 2012 + Tunggakan Boleh Disemak Mulai Hari Ini

Kakitangan Awam yang ingin menyemak gaji bolehlah klik sini

Gambar Sekitar Majlis Anugerah Cemerlang (2)

Cikgu Soraya dan Cikgu Azaniza
Anak-anak SMKSB yang ceria
Pemeriksaan Kehormat
Pelajar-Pelajar PPKI sedang membuat persembahan "Joget Pahang"

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Anugerah Cemerlang

Hari Anugerah Cemerlang SMKSB

Acara ini disempurnakan oleh Tuan Pengetua iaitu Tn Hj Che Yahya Hj Che soh dan YDP PIBG En Simon Khor. Tn haji berharap agar GPS sekolah dibawah 4.0 pada tahun ini. Bilangan straight A juga meningkat drp 12 org kpd 40 orng.

Friday, April 20, 2012

Konvokesyen Isteri

Empat tahun lamanya isteriku menyambung pelajaran utk pengajian sarjana mudanya...akhirnya ogos yang lalu...Beliau telah menerima ijazah sarjana muda dlm pengajian matematik di OUM.
Banyak suka duka yang dilaluinya demi untuk meningkatkan kelulusan yg untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. sebelum ini hanya sijil perguruan asas di Maktab perguruan Pasir Panjang (skrg dah terkubur). Selepas 4 tahun dengan dugaan yg pertama mendapat anak ketika hendak menghadapi ujian semester pertama serta untuk meyiapkan tugasan yg diberikan. Akulah bertungkus lumus berusaha untuk cuba menyiapkan dan berjaya jua disiapkan. Sebelum menamatkan pengajiannya lahir anak keempat melalui pembedahan kerana tekanan darahnya tinggi. Maklumlah kena kursus dan menghadapi banyak pressure utk menamatkn pengajiannya. Pada waktu itu tempoh mengandung baru menjangkau 7 bulan. bayi yg dikeluarkan melalui pembedahan itu hanya seberat 1.17 kg sahaja...sgt2 ringan dan selama 39 hari terkurung dalam 'incubutor'. Tapi sekrg sgt2 aktif atau boleh dikatakan hiperaktif. dah boleh bercakap dan berta badannya 6.3 kg. namanya Wan Nur Fatin Najwa. terima kasih juga aku ucapkan kepada nurse-nurse di wad NICU Hospital Besar Sg Buloh yg sabar dan berdedikasi ketika menjaga dan merawat anak aku itu.

Gambar Kenangan