Monday, January 27, 2020

Catatan khas Edisi III

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Lama tak bersiaran. Moga sahabatku sihat selalu. Ini gambar-gambar lama ayahanda serta keluarga

Wednesday, December 7, 2016

Catatanku edisi khas II

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. catatan hari ini dimulakan dengan kisah melayan anak no 3 yg baru mendapat keputusan UPSR. Pada tahun ini SKTBM telah memulakan kelas malam sejak bulan mac lagi. Maka setiap ISnin, Selasa dan Khamis aku sekeluarga terpaksa menumpang di surau sekolah sambil menunggu Kakchik (Fathiah) untuk kelas malam. Walaupun terpaksa tapi demi anak, hal-hal lain terpaksa dikorbankan. satu kelebihan kakchik ni ialah sukan baca al-Quran. Lepas solat mesti baca al-Quran. Atas kerajinannya itu ustaz dan ustazah telah melatihnya utk masuk pertandingan hafazan dalam Majlis Tadarus Quran peringkat Zon Sentul. Sejak tahun 3 lagi, Kakchik masuk bertanding tetapi belum lagi menyerlah. Tahun 2015 Kakchik telah johan peringkat Zon Sentul dan seterusnya layak untuk ke peringkat negeri yang diadakan di Sk Sri Bintang Utara. Aku telah pergi mengiringi bersama dengan ustaz Budiman Maan. Namun nasib tidak menyebelahinya. Hanya mendapat saguhati sahaja. Begitu juga pada tahun 2016 Johan peringkat Zon tapi saguhati peringkat negeri.

Atas kebolehan dan semangat yang ditunjukkan maka kami secara ikhlas bertanyakan kakchik sama ada dia berminat untuk masuk sekolah ululalbab. Kakchik dengan senyum bersetuju untuk ke sekolah tersebut. Sekolah ululalbab adalah sekolah tahfiz yg berintegrasi dgn sains dan matematik.Model Ululalbab yang terdapat di sekitar KL ialah Sek Men agama Kuala Lumpur (SMAKL). Kebetulan kaklong(Fatini) pun belajar kat sekolah ini tapi bukan pelajar ululalbab. Program ini baru dilancarkan pada 2014. Kak Long pula masuk SMAKL pada tahun 2012.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu keputusan UPSR diumumkan. Aku sudah terasa tak sedap hati kerana dikatakan keputusan tahun ini begitu teruk. Aku mendapat berita hanya dua orang yang mendapat 6A di SKTBM. Seluruh Malaysia pula sekitar 4186 orang sahaja straight A. Apabila semak sms..keputusannya cukup menyedihkan. Hanya 3A dan 3B sahaja. Aku bergegas ke sekolah untuk memberi sokongan moral kepada anakku itu. Kulihat wajahnya pucat dan sugul. Guru-guru yang mengajar tahun enam juga sedih dan hiba ada yang mengalirkan air mata. Pada saat ini hatiku juga menangis sedih. Betapa usaha yang dilakukan inilah hasilnya. Lepas itu baru kufaham mengapa keputusan ini terjadi...

Apabila diumumkan untuk masuk SBP dan MRSM minimumnya adalah 3A dan 3B maka sinar cahaya muncul kembali. Aku tidak jemu untuk menyemak laman web yang berkaitan permohonan MRSM dan sekolah kawalan. Alhamdulillah ketiga-tiga tempat selamat ditemuduga iaitu Sek Men Integrasi Sains Tahfiz(SMISTA) pada 3.12.2016, Tahfiz Model Ululalbab SMAKL dan UlulAlbab di MRSM Sg Besar. MOga mendapat tempat di salah satu drp sekolah tersebut. InsyaAllah.

Catatan Edisi Khas

Sejurus mesyuarat pertama untuk persediaan 1997 tamat, aku dilantik sbg pengerusi Kelab Guru SMKB tahun 1997. Arwah cikgu Nordin merupakan merupakan pengerusi majlis pd hari itu. Kelihatan rakan2 guru yg lain spt cg zamri, cg Aswadi, cg Ainon, cg Siti Azam, Cg Norhayati, Pn Low, En Chai dll.

Terkejut aku dengan lantikn tersebut. Maklumlah aku bukannya arif dengan suasana di Kuala Lumpur pada masa itu. Namun aku bertekad untuk buat yang terbaik. Dalam mesyuarat itu juga diperkenalkan dua orang guru baru dari Kelantan iaitu cik Rohana Yacob dan Cik Rosniza Mohd. Mereka berdua lepasan daripada Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. En Chew Teck Ann yang merupakan pengetua SMKB memang berasal dari Terengganu. Terus beliau kecek ganu dan memperkenalkn kedua2 cikgu tersebut. Ketika aku ingin pulang ke rumah setelah urusan mesyuarat selesai aku diberitahu cikgu baru itu nak cari rumah sewa. Kebetulan dengan jawatan baru sebagai pengerusi kelab guru dan dibantu pula oleh cg Zaidi Yatim yg kini telah bertugas di Kelantan maka kami cuba utk membantu kedua2 guru tersebut.

Kebetulan pula rakan guru yang sama2 posting dgn aku iaitu cg Sofea dan cg Hasiah Idris perlukan rakan untuk tinggal di rumah sewa di Tmn Bukit Desa, Kepong. Rupa-rupanyanya cg Rohana dtg dgn ibu, tok sedara(Mok Selamah) dan abang sulong iaitu abg Zahari Yacob. Mereka menaiki kereta Mitsubishi Galant. Aku terus menyapa mereka dan menghulurkn pertolongan utk menunjuk arah ke rumah sewa tersebut. Kulihat kedua-dua org tuatu tersengih melihatku. Entahlah apa yang mereka fikirkan. Moga yang baik-baik aja.

Pertama kali aku lihat cg Rohana ni dia suka senyum. Kuntum senyuman ni membuatkan jantungku berdetak. Apatah lg aku pun masih single waktu itu. Entahlah apa perasaan, aku pun tak tahu tp macam seronok je..hihi Kedua-dua cikgu ini telah ditempatkn di sebelah petang, manakala aku pula yg sebelum ini mengajar pd sesi petang telah ditukarkn ke sesi pagi utk mengajar bm, Sej dan Geografi menggantikan cg muhyidin yang bertukar ke Perlis. Padahal opsyen aku ialah bm/sej. Tp aku juga minat Geog sehingga aku ditawarkn utk menulis buku geografi dgn syt Pearson sehingga 2008. Aku juga menulis buku sejarah Tingkatan enam. Itupun hasil galakan cg Mahdi Shuid yang sekarang menjadi pensyarah di IPG Teknik di Sepang. Tidak lama kemudian, aku terpaksa berhenti menulis utk menumpukn perhatian kpd pengajian peringkat sarjana di bawah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

Tiba satu saat apabila cuti pertengahan penggal bakal menjelma aku mendapat call drp salah seorang cikgu tersebut iaitu cg Rosniza. Waktu itu belum ada h/p tp gunakn tel rumah atau awam. Cg Rohana mmg pemalu sampai sekrg..cg itu minta tolong utk belikn tiket nak balik kg. Kebetulan cuti itu bersekali dgn hari raya puasa. Bulan mac. Pening juga aku. Padahal sebelum ini aku dgn zaidi mmg berjuang utk mendptkn tiket balik kg. Ini nak fikir utk dua org lg. Sdg aku berfikir teringat seorg kwn yg aku kenal ketika membuat lawatan ke Langkawi pd 1995 iaitu Razali seorang posmen.

Razali ni tinggal di Kg Melayu Bt Caves. Juga berasal dari Kelantan. Umur agak tua berbanding aku. Namun dia seorang yang baik dan peramah. Apabila aku call dan menceritakan masalah nak beli tiket terus dia ckp ok takder masalah. Tapi aku cakap kena extra 2 keping lagi untuk cikgu baru. Terus dia tanya perempuan ke lelaki, Aku cakap cg perempuan dua orang masih single lagi. Moleklah dia ckp. Baruku ingat Razali ni pun belum kahwin lagi. Tapi dia bagi syarat suruh cikgu tu sendiri yang call dia..ha ha. Soalan yang paling kelakar dia tanya dalam dua orang tu yang mana aku berkenan. Yang aku tak berkenan tu past ke dialah...oh itu syaratnya senanglah jawab aku dalam hati. Yang pastinya mereka sekarang sudah mendirikn rumah tangga 3 bulan selepas perkahwinan kami. Sekarng kedua-duanya dah berpindah ke Kelantan. Jarak rumah antara mereka juga dekat iaitu Pendek dgn Tunjong. Namun masih stay in touch dengan isteri aku.

Berbalik kisah kami pula...pada suatu hari aku memberanikan diri untuk sampaikan hajat tapi melalui kawan baiknya itulah. Sebenarnya rakan-rakan di sekolah anggap aku ni ada hubungan dgn Rosniza, padahal dgn yg satu lagi..haha. Terutama PK Petang waktu itu Pn Aw Tee Wan yg berasal dari Kelantan pun anggap aku mcm tu sehinggalah aku memberikan kad jemputan kahwin..terkejut dia. Haiyaa kamu bkn dgn Rosniza kaa..aku jawab taklah pn...mmg kelakar.

Masihku ingat pada bulan mac 1997. Aku diterima dengan rasminya...rasa nak terbang waktu itu. Pada hari itu Cik Rohana & Rosniza ditugaskan utk iring pelajar bola tampar ke SMK Jinjang. Waktu itu guru sukan ialah cikgu Samad Abu. Dia pun pandang semacm bila aku pergi sekolah tersebut. Padahal aku bukan cikgu bola tampar pun...aku tersengih melihat cikgu Samad. Mung wat gapo sini dia tanya sambil senyum. aku terkedu. Tapi dia tersengih sengih...lucu betul.

Pada cuti bulan April aku membawa keluarga untuk menziarahi keluarganya di Kg Kebun P.Kubor. Arwah ibu ku cukup berkenan. Dia ckp jurus dan sedap kelih..lagi hatiku berbunga-bunga. Waktu itu kami naik kereta Oppel Kadet milik abang iparku abg Mat Hussin seorang askar wataniah. pada hujung bulan 5 kami pun bertunang. Majlis itu diiring bersama oleh arwah Makcik Nah Kg Laut serta beberapa orang kampung. Siap dengan sirih junjung serta pulut semangat.

Hasil perbincangan antara wakil lelaki dan perempuan maka ditetapkan tarikh perkahwinan sekitar bulan 12. Namun tidak ada kata putus lg tentang tarikh yang sebenar. Ayah cg Rohana seorang nelayan. Selalu ke laut. Kadangkala ke Tok Bali jika ke laut dalam.

Pada malam 6 Dis 1997 majlis akad nikad dilangsungkan. aku naik kereta Honda Accord 'Jerung" milik abangku Khai Noor yg bekerja sbg ejen insurans. Majlis itu disempurnakan oleh arwah Haji Li (imam masjid Huda PKubor). Isteri arwah adalah qariah Kelantan iaitu hajah Sapinah bt mamat).arwah juga merangkap seorang mudim. hampir pukul 10 baru imam tu datang dia ckp baru pergi sunat budak dulu. Aku dahla seram sejuk. perut pulak mcm2 bunyi...hihi. waktu itu musim tengkujuh, rombongan kami terpaksa lau jalan yang jauh kerana laluan biasa telah dinaiki air iaitu meranti-Kg Jambu(Beruk)-Cbg Empat Tok Mekngah-P.Kubor. Arwah Pakcu Seman ayah kpd (Rohana Rohana Ana) juga datang.

Pada hari persandingan tidaklah sampai menyewa jinjang pelamin tapi cukup sekadar atas katil. Dgr cerita hiasan pada bilik persandingan dibuat sendiri tanpa upah profesional. Baju pengantin pula disewa dengan seorang mak andam di cabang tiga Kg Genting iaitu Pn Maskah. Pada hari persandingan isteriku nak pakai tudung walapun trend waktu itu pengantin perempuan bleh dikatakan free hair. Pada hari itu juga rakan-rakanku dari SMKSB iaitu Cg sharif yang membawa Handycam dan rakan serumah sewa iaitu Cg Zaidi Yatim datang meraikan perkahwinan kami. Sanak saudara dan rakan taulan pun ramai. syukur alhamdulillah.

maka itulah cerita kami. setahun kenal dan terus kahwin. Alhamdulillah hinggalah sekarang dikurniakan 4 cahaya mata. 1 lelaki dan 3 perempuan.

Thursday, August 11, 2016

Catatan ke 21 Pertama Kali ke Kuala Lumpur

Maaf kiranya lambat membuat catatan lantaran kesibukan dan urusan lain. Kali ini terus ke catatan ke 21....

Mengenang masa lalu memang berbaur rasa indah dan pahit. Tidak banyak yang dapat dicatatkan melainkan hanya lintasan memori yang sekali sekala menerjah ruang pemikiran ini. Maklumlah sudah hampir separuh abad. Potret-potret zaman kecil memang tiada. Hanya beberapa keping. Itupun mujurlah ada jiran iaitu Budak Awang(panggilan org kg) atau abg Zakry yang sudi mengambil gambar kami sempena hari raya. Gambar semasa bayi, kanak-kanak, atau potret duduk atas kerusi yang ditempah kat kedai spt org lain pun tiada.  Sementelahan keluarga memang berasal daripada keluarga yang susah namun kaya dengan budi bahasa. Keperitan dan kepayahan mereka membesar dan mendidik kami adik beradik  begitu menginsafkanku. Seharianku termenung di atas sofa merah yang dibeli beberapa tahun yang lalu. Kipas berpusing berkrek-krek bunyinya, mungkin perlu diletakkan minyak. Salakan anjing bersahutan di luar sana, mungkin ada orang asing yang melintas di jalanan. Jam sudah menunjukkan pukul 2.25 pagi, mataku masih belum melabuhkan kelopaknya. Nyamuk pula galak menggigit di jari kaki serta betis, terasa gatal yang amat sangat. Kali ini aku ingin coretkan pengalaman pertama menjejak kaki ke Kuala Lumpur iaitu pada tahun 1986. Aku terpilih untuk mengikuti lawatan ke Pertunjukan Canadian Science Circus yang diadakan di Putra World Trade Centre(PWTC). Seminggu sebelum bertolak aku memang tidak dapat tidur lena. Dlm kepala ini dapat membayangkan sedikit sebanyak tentang KL. Betapa seronok rasanya. Apatah lagi lagu2 nyanyian Alleycat spt Senyum Kuala Lumpur, Taman Haiwan serta lagu nyanyian Allahyarham Sudirman iaitu Chow Kit Road yang kedengaran di corong radio serta peti TV berjenama Singer yg baru dibeli sebulan yang lalu cukup menggamitku untuk ke KL. Peti televisyen TV itu cukup istimewa. Badannya diperbuat drp kayu. Ada empat kaki seperti meja. Boleh diletakkan akhbar lama di bawahnya. Gambar hitam putih. Guna bateri kereta sebagai punca kuasa. Elektrik belum sepenuhnya di kg yang terpencil ini. Begitu lembabnya pembangunan. Selepas di-off, peti Tv ini boleh ditutup secara sliding. Guna antena yang diikat pada buloh yg panjang dan diikat pada tiang rumah. Hanya TV1 & TV2 sahaja siarannya. Lagu-lagu itu cukup mudah difahami...antaranya liriknya ialah "Kuala Lumpur, senyumanmu... Di pagi hari..."

Sebaik sahaja mendapat keputusan penggal yang dikira cemerlang di peringkat sekolah aku terpilih bersama dengan Zulkarnain yang kini seorang kontraktor yang berjaya. Cikgu yang bernama Aedah di sekolahku ada dua orang iaitu Aedah Ismail dan Aedah Sulaiman. Kedua-duanya cukup baik. Cikgu Aedah Sulaiman merupakan guru PBSM dan aku Pengerusi PBSM Sekolah. Beliau berpindah Kota Bharu ketika aku dlm tingkatan dua. Cikgu Aedah Ismail yg mengajar sejarah serta guru kelasku banyak ambil berat tentangku. Beliau sendiri yang menghantar surat tawaran untuk ke Kuala Lumpur ke rumahku di Kg Banggol Setol serta dijelaskan kebaikan lawatan tersebut kepada orang tuaku. Maklumlah budak kampung. Tak pernah berjauhan. Bimbang juga dengan keselamatan kami. Setelah berpuashati mereka merestui lawatan tersebut. Cikgu2 pun teruja kerana pelajarnya terpilih drp beberapa buah sekolah di daerah Pasir mas untuk ke KL. Lawatan tersebut berkaitan pendidikan iaitu Canadian Science Circus. (Dlm kepala terbayang Sarkas org yg berayun dgn tali...haha) Tempoh lawatan adalah selama 3 hari dua malam. Kami bertolak pada pagi khamis(kebetulan cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan) dan kembali pada petang sabtu. Kos lawatan ditanggung oleh pihak sekolah. Aku hanya bawa wang saku sahaja.

Kami berdua telah dibawa ke rumah arwah cikgu Wan Husin oleh cikgu Aedah di Padang Tokla sebelum menaiki bas untuk ke KL. Aku begitu kagum dgn jasa cikgu pada waktu itu. Mereka faham dengan kepayahan keluarga kami untuk menghantar ke Bandar Pasir Mas untuk naik bas catar ke Kuala Lumpur. Arwah Cikgu Wan Husin berambut kerinting. Guru disiplin. Rotan sentiasa di tangan. Namun seorang yang baik hati.

Berbekalkan sebuah beg sandang diisi beberapa helai baju, kain sarung dan seluar. Apabila diceritakan aku terpilih untuk ke KL ibuku tersengih dan tersenyum. Siap cakap untunglah dapat gi kuala lumpur. Mek nak pesan gapo? Aku sengaja tanya. Ikutmu lah..bapaku membekalkan ku 50 ringgit. Cukuplah tu untuk ke sana. Makan pun tanggung. Selepas bapa membaca surat pemberitahuan dan kebenaran ibu bapa serta penjelasan cikgu Aedah.

Aku ke sekolah terlebih dahulu kerana cikgu Aedah Ismail menunggu di sana untuk membawaku ke rumah cikgu Wan Husin sebelum menaiki bas ke KL. Dengan basikal jenama Raleigh aku berkayuh seorang diri. Sesampai di sekolah kelihatan Zulkarnain sudah sampai sambil mengikat baju sejuk pada pinggang. Setelah meletak dan mengunci basikal kami naik kereta cikgu Wan Husin. Kami bermalam di rumah beliau. Memang besar banglo kepunyaan beliau. Luas ruang tamu dan dapur rumahnya. Bilik air pun bersih dengan air mandi spt hujan yg turun. Cantik isterinya. Namun dapur tak berasap. Aku difahamkan isteri beliau tak boleh memasak…oklah. Kami diberi satu bilik tamu untuk tidur. Bilik itu yang dihiasi dengan almari baju, meja solek dan katil bujang. Cukup kemas dan bersih. Banglo dua tingkat itu amat sunyi kerana mereka tidak mempunyai anak.

Pagi-pagi selepas subuh kami  sudah bersiap dan bersarapan dengan nasi kerabu yang sedap. Cikgu wan Husin cakap beli kat warung depan rumah. Kami menaiki kereta jenis Datsun warna putih Cikgu Wan Husin ke hentian bas di depan Mini Stadium Pasir Mas. Sebuah bas sekolah sudah menunggu dan cikgu Wan Husin bercakap sesuatu dengan ketua rombongan yang aku kira seperti pengetua atau orang PPD. Selepas bersalaman kami naik dan duduk di tempat paling belakang. Kelihatan pelajar lelaki dan perempuan yang sebaya dengan kami dari sekolah daerah Pasir Mas dan Tumpat seramai 40 orang siap untuk ke Kuala Lumpur.

Sebelum bertolak ketua rombongan memberi taklimat melalui pembesar suara yang terdapat di bahagian pemandu bas. Dalam taklimat yang diberikan perjalanan kami adalah melalui jalan Tanah Merah-Machang-Kuala Krai- Gua Musang. Menurut Cikgu Hamid iaitu ketua rombongan bahawa bas ini hanya boleh melalui Gua Musang pada waktu siang sahaja kerana kawasan tersebut masih ada lagi ancaman daripada pengganas komunis.(PKM meletakkan senjata pada tahun 1990) Sebarang kenderaan dilarang untuk melalui Jalan Gua Musang-Merapoh-Kuala Lipis-Raub pada waktu malam. Oleh itu, jika memandu pada waktu malam terpaksa melalui Kuala Terengganu. Yang mana jaraknya lebih jauh berbanding dengan jalan yang ada sekarang.

Jalan bengkang bengkok. Terutama ketika menaiki Bukit Tujuh. Sehinggakan ada pelajar yang muntah-muntah akibat kepeningan. Bau muntah itu yang tidak tahannya. Sehingga akupun rasa nak muntah. Kepalaku pun macam pusing-pusing. Dalam perjalanan kami dibekalkan air kotak berjenama Yeos perisa bunga matahari dan dua biji karipap. Ketua rombongan banyak memberi taklimat melalui pembesar suara yang dipasang pada system audio di dalam bas tersebut. Banyak celoteh yang menyebabkan kami tidak kering gusi. Di luar pemandangan cukup indah. Hutan-hutan yang menghijau serta bukit bukau yang tinggi. Kami singgah di masjid Kuala Lipis pada pukul 3 petang. Setiap orang diberikan nasi bungkus berlaukkan ayam goreng serta air kotak. (waktu itu belum ada air mineral). Selepas makan, kami solat jamak zohor dan asar di masjid tersebut yang terletak di atas bukit. Menurut cikgu Hamid, perjalanan masih jauh. Oleh itu kami bergegas menaiki bas untuk meneruskan perjalanan seterusnya...bersambung