Monday, November 24, 2008

Berminat untuk buat Blog? updated

kepada yang berminat boleh juga melawat laman panduan untuk blogger.

melalui laman ini anda akan dapat mengetahui secara detail cara2 untuk menjadi blogger. selamat mencuba

Thursday, November 20, 2008

HOW TO SPEED UP YOUR DOWNLOAD

Caranya ialah menggunakan downloader seperti Star downloader yang boleh disedut dari laman ini star downloader atau Free Download manager. Dgn menggunakan downloader tersebut kepantasannya meningkat 400%. Cubalah....:)

Virus oh virus

Virus adalah satu entiti yang cukup menggerunkan para pengguna komputer. bermacam-macam virus muncul sehingga melumpuhkan sistem pengoperasian dan merosakkan keseluruhan PC. Di sini aku nak recommend satu perisian iaitu AVG pro 8.1 beserta dengan licence. Sila download dari laman ini AVG Free

Montaj Sejarah Sekolah

Wednesday, November 19, 2008

Peserta Kursus PTK DG44 Kohort 10

Adobe Photoshop

Adobe photoshop adalah media grafik yang aku sangat gemari. Melalui penguasaan adobe photoshop kita boleh mereka cipta sesuatu yang menarik. JIka tuan-tuan mahu mendapatkan tutorial ttg grafik tersebut bolehlah layari laman http://www.idigitalemotion.com/tutorials/photo_manipulation_composition.html


contoh gambar yang telah aku touch-up

Monday, November 17, 2008

Percutian

nikmatilah percutian... dan selamat pengantin baru yang akan mendirikan rumah tangga pada cuti ini


Monday, November 10, 2008

KURSUS DI PUTERI RESORT, AYER KEROH

Assalamualaikum
Maaflah lama tak post sbrg berita. Maklumlah kena kursus PTK dari 8 - 15 Nov bertempat di Puteri Resort, Melaka.
Seronok jumpa ramai kengkawan sewaktu USM dulu. Mujurlah bilik aku dapat menerima broadband. So dptlah posting.
Hari ni cukup meletihkan. kuliah sepanjang hari. malam ni aktiviti bebas. sempatlah update blog
onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="http://4.bp.blogspot.com/_KrKbsa93AIE/SRgy9BHtMyI/AAAAAAAAAc8/YoRdT2fRdSs/s1600-h/Image479.jpg">







Friday, November 7, 2008

Gambar anak-anak murid: Selamat Berjaya





Detik-detik terakhir di SMK Kepong Baru


Caption:Pn Wong sdg berucap
Maaf dua hari tak sempat update. sibuk sikit kerana urusan penyerahan tugas dan perpisahan.
Hari Rabu (5/11/2008) adalah hari di mana aku diraikan dalam majlis sederhana dan penuh bermakna untuk meraikan perpisahan aku.
13 tahun aku di SMKB. Sejak menjejak kaki pada 31 Julai 1995.
Detik-detik yang menyedihkan aku kerana perpisahan ini untuk membolehkan aku melanjutkan pelajaran dengan gaji penuh di UM. aku bersyukur kerana mendapat tajaan KPM melalui skim Hadiah Latihan Persekutuan.
Menurut surat tawaran tersebut ;aku akan diposting di kementerian selepas menamatkan pelajaran nanti.
Aku mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sudi meraikan aku.
Sebak rasanya...

Sunday, November 2, 2008

balik kg...emergency


petang jumaat lepas lebih kurang pukul 5.00 aku menerima sms drp abang ttg ibuku yang sakit tenat di kampung. Tanpa berlengah lagi, kami sekeluarga mula bertolak ke Kelantan kul 6.30 petang.
Sebenarnya aku tak berapa biasa bawa kereta waktu mlm. Tapi disebabkan keiginanku untuk melihat keadaan ibu di kg..digagahi juga.
Perjalanan melalui Bentong-Raub-K.Lipis-G Musang memakan masa lebih kurang 7 jam. Pukul 2 pagi sampai di Banggol Setol. Tapi ibu aku telah dikejarkan ke bhgn kecemasan di Hospital Lati, Pasir Mas. Memandangkan masa yg hampir pagi terus aku ke rumah di B.Setol. Sesampai sahaja, terus cari bantal dan tidur dlm keadaan keletihan. maklumlah bawa kereta solo tanpa gantian. Anak-anakku malam cukup jinak. tak banyak karenah dan bergaduh seperti selalu..sebaliknya anak sulung..kak long yg terlena di bhgn seat belakang. Dua lagi kat tgh. yg kecil atas riba mama.
Keesokannya terus aku pergi ke hospital. Diberanikan juga untuk melawat w/pun bukan waktu melawat. Aku curi-curi masuk untuk berjumpa ibu yg terlantar kat katil..kesedihan melanda. Maklumlah aku yg paling jauh dan jika apa2 berlaku..aku yg paling lewat....