Sunday, November 2, 2008

balik kg...emergency


petang jumaat lepas lebih kurang pukul 5.00 aku menerima sms drp abang ttg ibuku yang sakit tenat di kampung. Tanpa berlengah lagi, kami sekeluarga mula bertolak ke Kelantan kul 6.30 petang.
Sebenarnya aku tak berapa biasa bawa kereta waktu mlm. Tapi disebabkan keiginanku untuk melihat keadaan ibu di kg..digagahi juga.
Perjalanan melalui Bentong-Raub-K.Lipis-G Musang memakan masa lebih kurang 7 jam. Pukul 2 pagi sampai di Banggol Setol. Tapi ibu aku telah dikejarkan ke bhgn kecemasan di Hospital Lati, Pasir Mas. Memandangkan masa yg hampir pagi terus aku ke rumah di B.Setol. Sesampai sahaja, terus cari bantal dan tidur dlm keadaan keletihan. maklumlah bawa kereta solo tanpa gantian. Anak-anakku malam cukup jinak. tak banyak karenah dan bergaduh seperti selalu..sebaliknya anak sulung..kak long yg terlena di bhgn seat belakang. Dua lagi kat tgh. yg kecil atas riba mama.
Keesokannya terus aku pergi ke hospital. Diberanikan juga untuk melawat w/pun bukan waktu melawat. Aku curi-curi masuk untuk berjumpa ibu yg terlantar kat katil..kesedihan melanda. Maklumlah aku yg paling jauh dan jika apa2 berlaku..aku yg paling lewat....

No comments: