Friday, May 13, 2016

CATATAN XX KE20 - Alam Persekolahan

Sewaktu darjah dua aku ditempatkan di bangunan sementara berhampiran  kantin sekolah. Bangunan ini memang daif. Terdapat tiga kelas iaitu 2Hijau, 2 Merah & 2 Kuning. Dinding buloh. Bumbung atap rumbia. Tiang drp kayu cengal. Kerusi pula guna bangku panjang. Kelas tiada pintu. Tingkap terbuka. Lantai tanah dan berpasir. Kadangkala habuk naik sampai atas meja apabila angin kencang. Lantai tidak rata. Tinggi rendah. Tidak selesa langsung.

Satu kelas dengan che Nab, Rohana Daud dan adiknya Razali Daud, Norhayati Sudin, Rokiah Yusof, Nor Zainun Noh, Noraini Ramli, Azmi b Ramli,Alias Mat Yaakub, Adnan Mohd dll. Che Nab digelar SPY(perisik) oleh Guru Besar apabila GB sendiri yg isytiharkan dlm kelas . Sejak hari itu terus kami panggil Che Nab sbg SPY. Sangat manja. Sikit2 mengadu. Semua hal dia mengadu. Ibunya pernah dtg marah2 seorang kawanku yg dikatakan suka menjelir Che Nab. Orang pandang pun dia mengadu. Sampai sekarang kelibat Che Nab aku tak jumpa. Entahlah di mana dia sekarang. Seorang lagi nama Che Rohim. Badannya agak besar. Suka menyakat orang. Matanya sedikit juling. Kulitnya putih.  Wataknya mcm Giant dlm cerita Doramon.

Razali Daud pula adalah sainganku  dalam kelas. Kakaknya Rohana Daud terlewat daftar. Sebab itu sekelas dengan adiknya Razali. Ayah dan ibu mereka ambil tender kantin sekolah. Orang panggil Mak Da dan Pak Da. Harga nasi kerabu waktu itu hanyalah 10 sen. Memang mengenyangkan.

Dalam kelas, aku dan Razali saling bersaing untuk No 1 & 2. Bergilir-gilir setiap penggal. Setiap tahun pihak sekolah menyampaikan hadiah kecemerlangan. Cikgu Wan Rosli sbg penyelaras hari anugerah sekolah. Hadiah berbentuk buku, raket badminton, bola dsb. Buku cerita Sang Kancil dgn Harimau, Pak Pandir dan Mak Andih masih lagi dlm simpananku.

Dalam kelas, waktu bhs Inggeris adalah subjek yang paling menakutkan. Guru Bahasa Inggeris kami mukanya mirip pelakon tamil. Orang panggil mr Mat Zain. Garang orangnya. Naik vespa. Rambut kerinting. Misai tebal. Kulit gelap. Ada sideburn. Dalam kelas aktiviti spelling adalah aktiviti wajib setiap kali pdp. Jika satu perkataan salah, satu rotan kat punggung. Perempuan kat tangan. Trauma dgn rotan, malam2-terpaksa hafal perkataan yg baru. Ada yang tak sanggup kena rotan. Ponteng sekolah kalau ada subjek BI. Namun begitu, aku, Razali, Nor Zainun  sehari makin sehari banyak vocab dlm bi dpt dihafal. Cara yg digunakan oleh cikgu Mat Zain banyak membantu aku untuk memahami b.inggeris. Mr Mat Zain tidak lama mengajar kami kerana ditugaskan ke daerah lain. Terasa juga kehilangan beliau walaupun ada yang tidak menyukai beliau.

Waktu darjah tiga, aku masih lagi dalam kelas pertama. Guru kelas ialah cikgu Wan Rosli. Beliau mengajar BInggeris. Orangnya tinggi lampai. Berambut kerinting. Pandai main badminton. Datang sekolah naik motor honda. Kawan baiknya cikgu Radzi. Asal Taiping. Cikgu Radzi guru hoki. Pernah berlatih hoki tapi menarik diri kerana kayu hoki kena tulang kering. Seorang lagi cikgu Mohamad Hamid dari Pulau Pinang. Mengajar subjek sains. Seorang yg cukup garang. Mudah panas baran tapi Kreatif. Menyewa rumah di Pasir Mas. Bermotor ke sekolah.

Membina Taman Sains yg pertama di sekolah. Ada penyukat hujan, reban arnab, burung merpati, burung hantu Pelbagai jenis pokok yang dilabel dengan nama saintifik seperti pokok semalu(mimosa pudica), bijih getah(,havea bransialisis) dsb. Bersungguh ketika mengajar. Pernah mengunjungiku empat tahun lalu di Sg Buloh.

Aku pernah mewakili sekolah dlm pertandingan membaca cerpen peringkat Zon Kedai Tanjung. Dapat no 2. Cikgu Wan Rosli banyak memberi latihan dan bimbingan. Setiap waktu terluang aku diminta untuk ke bilik guru berlatih membaca cerpen. Seorang cikgu yg datang sekolah naik motor Scrambler iaitu cikgu Syukran. Nama mcm melayu tapi Siam Buddha. Ajar bhs inggeris, selalu pakai topi bareta. Di Sk Tok Sangkut ramai juga kaum siam buddha. Ada yang ambil subjek pengetahuan Islam dan dapat A. Mengalahkan pelajar Islam Melayu.

Pernah juga mewakili sekolah dlm pertandingan hafazan. Waktu itu darjah 6. Tahun 1983. Diadakan di Sk Tiang Chandi( sk Sri kiambang).Ustaz Rahim b Mat Aris membimbingku. Ayat yang perlu dibaca ialah ayat-ayat lazim. Mungkin dah biasa dgn didikan di rumah, aku semangat untuk menghafal. Namun nasib tidak menyebelahiku. Hanya dpt tempat kedua drp 8 buah sekolah. Johan diungguli oleh Dasuki cucu Tok lebai Soh.

Wayang pacak merupakan persembahan yg memang ditunggu2 oleh org kg. Selalunya padang sekolah menjadi medan untuk pertunjukkan wayang. Sekolah pernah buat kutipan untuk menyiapkan bangunan sekolah. Setiap orang dikenakan tiket utk menonton wayang pacak yg diadakan di sekolah. Rasanya cerita Si Badol. Waktu itu watak Badol memang popular.

Kalau di kawasan kampung, org drp Jabatan Penerangan akan menayangkan cerita kegemaran pada waktu itu. Diselangseli dgn ucapan yg bersemangat. Aku pun tak pernah ambil kisah apa yg dicakapkan. Waktu itulah peluang utk beli aiskrim dan gula2. Bila habis cakap cerita bersambung kembali.

Jika ada acara yg diminati spt tinju atau bola yg ditayangkan secara langsung, pihak sekolah akan mengumpulkan pelajar beramai2 utk menonton. Kalau di sk tok sangkut, kantin adalah tempat yg paling sesuai sebab tiada dewan. Pada waktu itu, berkebetulan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Burgner. Guru-guru dan pelajar sama2 menonton walaupun tv hanya sebesar 14 inci shj.

Tamat darjah 6, aku bersekolah pula di SMK Tiang Chandi. Di sana lagi ramai kawan baru seperti Mazlina, Murni, Fauzi Omar, Azmi Daud, Wasana(siam)-.

Sunday, May 1, 2016

CATATAN XIX KE19 - Menoreh Getah

Kebun getah yang sekangkang kera di belakang rumah itulah yang menjadi tempat ibuku mencari rezeki. Selain itu tanah padi pusaka Arwah Tokku yang dipawah dengan Pak Nik Dol di Kg Pak Jak juga hasil pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan kami anak-beranak. Gaji bapaku pun tidak seberapa pada waktu itu.

Wajah Ibu Yang sentiasa gembira

Awal-awal pagi lagi ibuku bangkit daripada tidur selepas solat subuh. Mengambil pisau toreh yang diletakkan di belakang baloh. Pakai kasut getah warna hitam. Seluar dan baju lengan panjang. Pada baju dan seluar penuh dgn kesan getah. Aku rasa jarang dibasuhnya. Pisau toreh sudah diasah dengan batu pengasah yang baru dibeli dari rumah Pakchu Hamat. Kesat rasanya batu itu. Berbentuk segiempat tepat. Sambil asah dicucur air.

Dalam kebun getah, memang banyak nyamuk. Kecil tapi berbisa. Pedih dan gatal selepas digigit. Nampak bintil-bintil merah selepas gigitan nyamuk. Terbang sambil berdengung-dengung di cuping telinga. Memang menyakitkan hati. Pukul seekor, berpuluh-puluh lagi datang. Ramai juga kena penyakit demam malaria. Orang kampungku kata demam kura-kura. Menggeletar jika terkena demam tersebut. Ada yang membawa maut. Terutamanya yang tinggal dalam hutan. Susah pengangkutan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Pacat pula memang galak mencari darah. Lalu sahaja di atas rumput, Benda hitam berjengket-jengket, seolah-olah mengejar aku. Hinggap sahaja pada kaki secara tidak sedar pacat ini bergerak aktif dan melekat di celah ibu jari kaki. Kadangkala sampai celah paha, celah ketiak, kat pusat. Pacat yg kekenyangan buncit penuh dengan darah. selagi belum kenyang memang melekat kuat pada gigitan tersebut. Bukan seekor, empat lima ekor pun ada. Ibu selalu suruh aku balik ke rumah. "Tidur kat rumah lagi baik" tegas ibu. Namun tapi aku rasa bosan, nak ikut juga.

Pada batang pokok getah diletakkn mangkuk. Selalunya tempurung kelapa dibuat sebagai mangkuk susu getah. Mangkuk disangga dengan ranting kayu. jika torehan itu tinggi. "Menoreh tidak boleh kasar sangat," kata ibu. Nanti habis rosak batang pokok. Torehan bermula dari atas menyerong hingga ke bawah. Bila ditoreh, kulit yang nipis beserta getah yang telah beku dari semalam akan di letakkan dalam satu bekas. Itupun boleh jadi harga. Susu getah akan menitik perlahan sedikit demi sedikit ke dalam tempurung. Pada hujung bawah torehan diletakkan sudu. Sudu kadangkala dibubuh daun getah. Kini guna besi atau aluminium. Untuk memudahkan susu menitik masuk ke tempurung. Kerja menoreh akan siap pada pukul 8 pagi.

2 jam berehat. Menyapu sampah, bagi makan ayam. "Kru, kru, kru," berderu anak-anak, ibu dan bapa ayam mencari suara itu. Macam sudah kenal. Selalunya hampas kelapa, lauk yang tak habis dan nasi dingin, menjadi makanan ayam. Ayam terlalu jinak. Atas rumah pun naik. selepas dihambat sempat keluarkan najis atas tangga. Najis manusia pun jd mknan. Ibu ayam akan kais tanah utk mendptkn cacing dlm tanah. Berebut2 anak ayam utk mendptkn cacing tanah yg masih hidup itu. Bapa ayam yg senior pula asyik berkokok. Nyaring kokokan. Selalu mengejutkan kami drp tidur untuk solat subuh. Kononnya hebat sangatlah. Maklumlah dua tiga ekor ayam betina mengekori si Balung ni. Kalau ada ayam jantan lain yg mahu merampas ayam betina muda di kawasan tersebut maka berlakulah aksi berlaga. Yang menang akan berkokok yg kalah berlalu pergi dengan penuh kehampaan.

Pukul 10 pagi, proses mengutip susu getah pula dilakukan. Sesudah makan nasi kerabu yang baru dijaja oleh Mak Som. Ibu menanak nasi untuk persediaan makan tengah hari, ibu akan masuk semula ke kebun getah untuk mengutip susu getah. Dua baldi akan dikandar untuk diisi susu getah yang penuh. Ibu cakap tak boleh terlalu lewat. Nanti getah akan beku. Kalau dah beku jadi 'pok getah' atau getah sekerap. Banyak kerja kena buat.

Susu yang penuh akan dibawa ke bangsal getah. Di bangsal terdapat mesin getah, takung, penyidai dan asid formik. Susu getah akan dituang ke dalam takung. Dimasukkan sedikit cuka getah (asid formik) untuk mempercepat proses getah beku. Lebih kurang 1 jam. Apabila beku, getah itu akan dikeluarkan dan diletakkan atas simen. Dilenyek-lenyek dengan tangan sehingga hampir nipis. Kemudian dimasukkan ke mesin getah. Mesin penggelek ada dua jenis. Yang licin untuk menipiskan getah serta mengeluarkan air. Mesin ini boleh dilaras. sama ada untuk dirapatkan penggelek atau dijauhkan. Tugas memusingkan mesin itu ialah aku dan abang. Kadangkala berebut-rebut nak pusing. Yang jenis bunga adalah paling akhir setelah melalui penggelek licin. Kemudian disidai pada kayu penyidai untuk dikeringkan di bawah sinaran matahari. Rezeki tidak menentu. Kadangkala dapat sekeping, kadangkala dua keping getah sehari. Kalau musim hujan memang kerja menoreh terpaksa dihentikan. Punca rezeki memang terhenti. Sehabis menoreh, ibu akan membasuh dan mengasah pisau toreh agar sentiasa tajam.

Mesin Penggelek

Kemudian diletakkan di tempat selamat. Pernah sekali aku cuba untuk menoreh. Habis rosak batang getah. Bising satu kampung ibu aku membebel. Dibasuh dan digosok tangan dengan sabut kelapa untuk mengelakkan drp melekat di tangan dan badan. Kalau tidak wuduk tidak rata, solat tidak sah.

Di Kg Banggol Setol ada dua tiga orang yang membeli getah keping dan getah sekerap daripada penduduk kampung iaitu Pak Muda Yaakub Jarah, Pakteh NikMud dan seorang lagi tapi lupa nama duduk di Pondok Banggol Setol. Seminggu atau dua minggu sekali mereka datang untuk membeli getah keping di rumah. Selalunya guna kati untuk menimbang getah. Hasil daripada penjualan getah itu ibu simpan dalam baju dalam yang ada poket di bahagian depan. Apabila nak berbelanja untuk membeli ikan ayo(tongkol), daging, ayam, ketam, duit itulah digunakan. Diselak baju dan diambil duit drp poket berzip itu. Penjaja iaitu Pakchik Halim MokDoh akan datang membawa barang jualan dengan motor. Dibelakang motor, diletakkan bakul yang tertutup. Dalam bakul itu dibuat beberapa bahagian untuk diletakkan ikan, udang, ketam. Sambil memicit hon..lebih kurang pukul 11 Pakchik Halim sudah datang dengan barangannya. Di kiri kanan bakul disangkut jajang spt cikades, mamee, lolipop, dsb. Daging pula dibeli dengan Abg Awang Sepiah. Tiap hari jumaat ada orang sembeliih lembu untuk dijual. Ibu aku suka makan limpa. Limpa dibuat singgang memang sedap.

Di tepi-tepi pagar ditanam dengan ubi kayu, ubi keledek dan tebu. Tebu yang berwarna kemerahan manis sedikit berbanding warna hijau. Aku suka kopak dengan gigi. Kemudian dikekah. Manis rasanya. Tebu dipangkas ikut takuk.

Begitulah rutin ibuku semasa masih sihat dan kuat. Namun selepas beberapa tahun ibuku kena stroke sehingga tangan kiri dan bahagian badan sebelah kiri jadi hamoir lumpuh. Tahun 2010, ibuku pergi meninggalkan kami semua ketika aku menyambung pengajian peringkat sarjana di UM. Moga Roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Khas untuk ibu