Sewaktu darjah dua aku ditempatkan di bangunan sementara berhampiran kantin sekolah. Bangunan ini memang daif. Terdapat tiga kelas iaitu 2Hijau, 2 Merah & 2 Kuning. Dinding buloh. Bumbung atap rumbia. Tiang drp kayu cengal. Kerusi pula guna bangku panjang. Kelas tiada pintu. Tingkap terbuka. Lantai tanah dan berpasir. Kadangkala habuk naik sampai atas meja apabila angin kencang. Lantai tidak rata. Tinggi rendah. Tidak selesa langsung.
Satu kelas dengan che Nab, Rohana Daud dan adiknya Razali Daud, Norhayati Sudin, Rokiah Yusof, Nor Zainun Noh, Noraini Ramli, Azmi b Ramli,Alias Mat Yaakub, Adnan Mohd dll. Che Nab digelar SPY(perisik) oleh Guru Besar apabila GB sendiri yg isytiharkan dlm kelas . Sejak hari itu terus kami panggil Che Nab sbg SPY. Sangat manja. Sikit2 mengadu. Semua hal dia mengadu. Ibunya pernah dtg marah2 seorang kawanku yg dikatakan suka menjelir Che Nab. Orang pandang pun dia mengadu. Sampai sekarang kelibat Che Nab aku tak jumpa. Entahlah di mana dia sekarang. Seorang lagi nama Che Rohim. Badannya agak besar. Suka menyakat orang. Matanya sedikit juling. Kulitnya putih. Wataknya mcm Giant dlm cerita Doramon.
Razali Daud pula adalah sainganku dalam kelas. Kakaknya Rohana Daud terlewat daftar. Sebab itu sekelas dengan adiknya Razali. Ayah dan ibu mereka ambil tender kantin sekolah. Orang panggil Mak Da dan Pak Da. Harga nasi kerabu waktu itu hanyalah 10 sen. Memang mengenyangkan.
Dalam kelas, aku dan Razali saling bersaing untuk No 1 & 2. Bergilir-gilir setiap penggal. Setiap tahun pihak sekolah menyampaikan hadiah kecemerlangan. Cikgu Wan Rosli sbg penyelaras hari anugerah sekolah. Hadiah berbentuk buku, raket badminton, bola dsb. Buku cerita Sang Kancil dgn Harimau, Pak Pandir dan Mak Andih masih lagi dlm simpananku.
Dalam kelas, waktu bhs Inggeris adalah subjek yang paling menakutkan. Guru Bahasa Inggeris kami mukanya mirip pelakon tamil. Orang panggil mr Mat Zain. Garang orangnya. Naik vespa. Rambut kerinting. Misai tebal. Kulit gelap. Ada sideburn. Dalam kelas aktiviti spelling adalah aktiviti wajib setiap kali pdp. Jika satu perkataan salah, satu rotan kat punggung. Perempuan kat tangan. Trauma dgn rotan, malam2-terpaksa hafal perkataan yg baru. Ada yang tak sanggup kena rotan. Ponteng sekolah kalau ada subjek BI. Namun begitu, aku, Razali, Nor Zainun sehari makin sehari banyak vocab dlm bi dpt dihafal. Cara yg digunakan oleh cikgu Mat Zain banyak membantu aku untuk memahami b.inggeris. Mr Mat Zain tidak lama mengajar kami kerana ditugaskan ke daerah lain. Terasa juga kehilangan beliau walaupun ada yang tidak menyukai beliau.
Waktu darjah tiga, aku masih lagi dalam kelas pertama. Guru kelas ialah cikgu Wan Rosli. Beliau mengajar BInggeris. Orangnya tinggi lampai. Berambut kerinting. Pandai main badminton. Datang sekolah naik motor honda. Kawan baiknya cikgu Radzi. Asal Taiping. Cikgu Radzi guru hoki. Pernah berlatih hoki tapi menarik diri kerana kayu hoki kena tulang kering. Seorang lagi cikgu Mohamad Hamid dari Pulau Pinang. Mengajar subjek sains. Seorang yg cukup garang. Mudah panas baran tapi Kreatif. Menyewa rumah di Pasir Mas. Bermotor ke sekolah.
Membina Taman Sains yg pertama di sekolah. Ada penyukat hujan, reban arnab, burung merpati, burung hantu Pelbagai jenis pokok yang dilabel dengan nama saintifik seperti pokok semalu(mimosa pudica), bijih getah(,havea bransialisis) dsb. Bersungguh ketika mengajar. Pernah mengunjungiku empat tahun lalu di Sg Buloh.
Aku pernah mewakili sekolah dlm pertandingan membaca cerpen peringkat Zon Kedai Tanjung. Dapat no 2. Cikgu Wan Rosli banyak memberi latihan dan bimbingan. Setiap waktu terluang aku diminta untuk ke bilik guru berlatih membaca cerpen. Seorang cikgu yg datang sekolah naik motor Scrambler iaitu cikgu Syukran. Nama mcm melayu tapi Siam Buddha. Ajar bhs inggeris, selalu pakai topi bareta. Di Sk Tok Sangkut ramai juga kaum siam buddha. Ada yang ambil subjek pengetahuan Islam dan dapat A. Mengalahkan pelajar Islam Melayu.
Pernah juga mewakili sekolah dlm pertandingan hafazan. Waktu itu darjah 6. Tahun 1983. Diadakan di Sk Tiang Chandi( sk Sri kiambang).Ustaz Rahim b Mat Aris membimbingku. Ayat yang perlu dibaca ialah ayat-ayat lazim. Mungkin dah biasa dgn didikan di rumah, aku semangat untuk menghafal. Namun nasib tidak menyebelahiku. Hanya dpt tempat kedua drp 8 buah sekolah. Johan diungguli oleh Dasuki cucu Tok lebai Soh.
Wayang pacak merupakan persembahan yg memang ditunggu2 oleh org kg. Selalunya padang sekolah menjadi medan untuk pertunjukkan wayang. Sekolah pernah buat kutipan untuk menyiapkan bangunan sekolah. Setiap orang dikenakan tiket utk menonton wayang pacak yg diadakan di sekolah. Rasanya cerita Si Badol. Waktu itu watak Badol memang popular.
Kalau di kawasan kampung, org drp Jabatan Penerangan akan menayangkan cerita kegemaran pada waktu itu. Diselangseli dgn ucapan yg bersemangat. Aku pun tak pernah ambil kisah apa yg dicakapkan. Waktu itulah peluang utk beli aiskrim dan gula2. Bila habis cakap cerita bersambung kembali.
Jika ada acara yg diminati spt tinju atau bola yg ditayangkan secara langsung, pihak sekolah akan mengumpulkan pelajar beramai2 utk menonton. Kalau di sk tok sangkut, kantin adalah tempat yg paling sesuai sebab tiada dewan. Pada waktu itu, berkebetulan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Burgner. Guru-guru dan pelajar sama2 menonton walaupun tv hanya sebesar 14 inci shj.
Tamat darjah 6, aku bersekolah pula di SMK Tiang Chandi. Di sana lagi ramai kawan baru seperti Mazlina, Murni, Fauzi Omar, Azmi Daud, Wasana(siam)-.
No comments:
Post a Comment