Ya,duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Duit, duit di mana kau duit?
Ayah aku kata "Kau nak buat apa simpan duit banyak-banyak bukan boleh bawak masuk kubur pun."
*Maksud ayah aku dekat sini, kau kalau ada duit banyak pun, kalau kedekut tak guna jugak. Kalau ada duit banyak pun tak bersedekah tak guna jugak. Kau ada duit banyak pun tapi hati kau tak tenang, no point la duit banyak.*
Aku tak kata semua orang yang banyak duit ni kedekut, tapi ada segelintir, yang kita memang dah jelas, bila bab duit saja, tanya soalan macam apa je. Segelintir jugak, bila duit banyak, akan rasa tak cukup, tak cukup dan tak cukup. Sebab apa? Sebab kehendak diri makin tinggi. Yela, tau dah banyak duit, macam-macam lah kita nak beli. Nak beli itu, nak beli ini, nak buat itu, nak buat ini. Sebab itu, duit yang ada kita rasa macam air mengalir. Bila kita tau duit tak banyak, baru kita akan fikir 80 kali nak beli itu ini, nak buat itu ini. Aku tak kesah dan tak marah pun orang yang berduit tu nak buat itu, nak buat ini. Hak korang, duit korang, suka hatilah korang nak buat apa kan. Itulah dinamakan sebagai NAFSU
Ini apa yang aku rasa bila aku ada duit:
1) Aku rasa, nak tukar handphone baru.
2) Aku rasa, nak tkar tayar kereta.
3) Aku rasa, nak beli runmah satu lagi.
4) Aku rasa nak beli gajet2 yang berada di pasaran!
5) Aku tak dapat nak senaraikan lagi...
Kehendak diri memang banyak, tapi tak semua yang kita boleh lunaskan. Kita ada tanggungjawab. Once dah ada duit, kita memang nak menyimpan, tapi kenapa tak boleh? Sebab :
1) Nak bayar kereta.
2) Nak bayar motor.
3) Nak bayar rumah.
4) Nak bayar minyak/ tol.
5) Nak shopping/ make up kereta.
6) Nak makan/ minum.
7) Nak bagi parents. (Sila bagi walau sedikit duit gaji korang kat mak bapak ye.Nak dapat berkat. Mak bapak redha, baru Allah redhai hidup kita. Itu formula utama.)
8) Nak bagi anak-anak duit poket.
9) Nak tulis lagi, banyak sangat rasanya.
Aku tak marah kalau ada yang nak berbisnes untuk jana pendapatan lain, tapi jangan ambil untung tinggi sangat. Nak cepat kaya? Orang lain pun buat macam tu. Paling penting, jangan aniaya orang lain. Kadangkala harganya melampau-lampau mahalnya..haish!
Nak cepat kaya untuk apa?
1) Nak pergi buat Haji/ Umrah (Alhamdulillah)
2) Nak senangkan mak bapak (Alhamdulillah)
3) Nak derma dekat rumah anak yatim (Alhamdulillah)
4) Nak tolong derma kat GAZA (Alhamdulillah)
5) Nak berzakat (Alhamdulillah)
6) Nak wakaf/infaq harta (Subhanallah, Alhamdulillah...syabas!)
Tapi nak cepat kaya untuk apa?
1) Nak ubah taraf hidup.
2) Nak kahwin lagi.Hihi ini org pompuan tak suka nih
3) Nak sambung belajar lagi.
4) Nak beli kelengkapan rumah.
5) Nak beli barang anak-anak.
*Semua ni boleh, tapi tak jadi kaya pun tak apa kan. Bersederhana itukan lebih mudah. Bukan semua orang pandai menguruskan duit. Serius! Aku mengaku, aku pun tak pandai nak urus duit. Kadang pakai 'boo' je beli. Tu yang kadang-kadang terjadi pembaziran.
Siapa tak nak jadi kaya? Semua orang pun selalu berangan nak jadi kaya. Nak duduk rumah besar, nak pakai kereta besar, nak pakai emas banyak-banyak, nak ada syarikat yang untung berjuta-juta. Gila kau ada orang tak nak kaya? Aku pun pernah gak berangan nak jadi kaya. Tapi bila tengok kesan daripada orang yang melupakan akhirat dan mengejar dunia, aku jadi takut pulak nak kaya. Jadi kaya ni banyak gak risikonya. Jadi aku delete habis dalam otak aku nak jadi kaya raya. Aku dah cukup bebas dengan apa yang aku ada sekarang. Dah jadi cikgu pun sangatlah bersyukur. Dapat mendidik anak bangsa.. Tapi aku percaya, rezeki Allah itu ada di mana-mana. Jangan risau! Allah sentiasa tolong kita. Dengan syarat, letakkan keyakinan setinggi-tinggi pada-Nya. Jadi aku memang tak perlukan duit yang terlalu-lalu banyak.
Nanti ada pulak yang kata aku ni tak ada motivasi diri la, tak ada 'aim' dalam hidup la, tak nak majukan diri langsung lah. Sampai bila nak hidup macam nilah. Tapi sebagaimana orang yang ada duit ni cakap "aku ada duit,suka hati akulah,duit aku, bukan duit kau." Macam itulah jugak aku, "selagi tulang empat kerat ni boleh aku guna nak cari rezeki, aku gunalah. Aku takda duit sekarang, tak semestinya sampai mati aku takkan ada duit."
Perancangan masa depan amat berkait rapat dengan duit. Tak ada duit tak boleh :
1) Sambung Belajar.
2) Kahwin. (yang belum kahwin, terutamanya kaum lelaki. Selalu sangat kaum Adam dimomokkan oleh keluarga kaum Hawa dengan istilah "hang takda duit, jangan berangan nak dapat anak aku.") *aku harap, takda duit, bukan alasan untuk setiap pasangan itu tak bernikah.*
3) Sara isteri/ anak.
4) Hidup senang.
5) Beli kereta/ rumah.
Maksud dia macam ni, walaupun duit tak boleh masuk kubur, tapi kita kena menyimpan untuk anak-anak kita satu hari nanti. Hutang adalah sesuatu yang sangat digeruni semua orang, tapi bila dah pandai pinjam, kena pandai bayar. Kalau mati dalam berhutang, roh kita akan tergantung di antara langit dan bumi. Na'uzubillah. Meaning kita tak akan tenang. Janganlah hidup di dunia tak tenang, dah mati tak tenang, akhirat pun tak tenang.
Nak cepat kaya untuk apa?
1) Beli kereta baru yang lagi mewah.
2) Beli rumah besar yang lagi luas.
3) Beli handphone yang lagi canggih.
4) Beli barang yang berjenama.
5) Beli emas banyak-banyak.
6) Kumpul harta
.
*Kalau di atas ini penyebabnya, oh sungguh rugilah kamu. Aku tak cakap tak boleh nak buat semua tu. Boleh sangat. Tapi kena usaha, guna cara paling bersih. Bukan dengan cara kotor untuk mudah dapat duit. Itu tak betul. Buat semua itu untuk siapa? Diri sendiri atau keluarga? Dua-dua, kerja keras demi keluarga. Ada juga untuk diri sendiri. Tapi untuk keluarga itu untuk siapa ya? Merangkumi mak bapak tak? Kalau ada, alhamdulillah. Tapi di dunia akhir zaman ni, aku tertanya-tanya, berapa nisbah dalam 100 orang? Aku tulis ini, bukan aku nak kata aku tak perlukan duit, aku nak tunjuk baik, or apa-apa saja persepsi korang pada aku lepas ni. Duit memang penting, tapi jangan sampai jadi hamba pada duit.
Buat masa ini, aku boleh lagi hidup tanpa berkereta mewah, berumah besar, berduit banyak, berbeli barang berjenama, beremas bagai penuh satu badan. Iklan jap ~>(Emas penting tau sekarang, kumpul jangan tak kumpul. Sebab nilai mata wang kertas dah tak akan berguna/tak laku bila kiamat dah dekat! Erk tapi siapa yang sanggup nak hidup bila kiamat dah dekat?) Ingatlah hari akirat dalam mengejar dunia. Seperti yang dinyanyikan oleh kumpulan Wali Band
disesuaikan dari blog
NIYA
2 comments:
Terima Kasih Wan kerana menyedarkan kita semua tentang kesudahan sebuah kehidupan ini.
Betul tu tn hj. Kerana duit kita boleh bergaduh. Ada yg putus saudara. Moga kita tdk tergolong dlm klngn mereka...
Post a Comment