Menurut cerita yang aku tahu yg diceritakn oleh orang yg terselamat,En Hassan kejadian yg menyayat itu berlaku pd tahun 1972. Kebetulan hari terakhir penggal persekolahan pertama. Bas tersebut membawa seramai 49 penumpang. 35 drpnya adalah pelajar drp Sek Arab, PMas, Sek Sultan Ibrahim satu, Sek Lemal dan Maktab Kadir Adabi. Selebihnya orang awam. Kebanyakan pelajar tinggal di rumah sewa. Mereka mengambil peluang untuk pulang ke rumah masin-masing. Menurut saksi yang sempat naik dan berdiri di tangga bas terkejut apabila seolah-olah bas berhenti di tengah-tengah landasan. Beliau terus terjun drp bas apabila melihat kereta api semakin mendekati dan terus merempuh badan bas sehingga terbelah dua. Para penumpang pula menjerit dan melolong dgn penuh kesakitan. Kejadian tersebut meninggalkan trauma yang cukup besar kpd penduduk sekitar serta penumpang yang terselamat. Antara sebab yang utama ialah penghadang yang tidak dipasang. Pemandu bas pula tidak nampak kereta api lalu kerana dihalang oleh jambatan besi berhampiran landasan tersebut.
Kejadian itu juga memberi kesan yang mendalam kepadaku serta penumpang lain ketika Bas SKMK melintasi landasan tersebut. Sejak kejadian yang ngeri itu, penghadang keselamatan telah dipasang.
Sampai di Cabang tiga Pokleh sekitar pukul 3 petang. Cuaca panas. Aku bermandi peluh. Bas memang tiada aircond. Kami bertiga berjalan kaki sejauh 1 km untuk sampai ke rumah. Di kiri kanan jalan terbentang sawah padi. Kebetulan waktu itu musim menanam padi. Kelihatan kerbau menarik bajak yg dipandu oleh tuan kerbau. Yang kerap mengambil upah membajak ialah Pakcu Che Dollah. Suaranya yang nyaring mengarahkan kerbau untuk menarik ggerat(tenggala). Sambil ditangannya sesuatu spt tali untuk melibas kerbau.
"Cih No No" berulangkali. Aku pun tidak faham apa maknanya tapi sang kerbau seolah-olah akur dgn arahan tuannya. Namun aku cukup takut dengan kerbau. Terutama kerbau yang ada anak. Matanya merenung tajam serta keluar dengusan yg menakutkn. Satu lg pantang kalau pakai baju merah. Nanti dikejar. Kena tanduk memang jd gemulah. Kerbau ni suka berkubang. Walau badan besar tapi suara kecil.."uak" uak" bunyi kerbau.
Kelihatan juga kanak2 sebaya denganku sdg bermain-main dlm sawah yang dibajak sambil mencari siput sedut. Aku pernah ke sawah. Seronok mencari siput sedut. . Ibuku selalu masak. Dicampur dgn daun kesom. Buat gulai kuning. Aku suka siput sedut atau orang panggil kecar.Kadangkala menangkap belalang utk digoreng. Di belah kiri jln pula kelihatan Mak Muda Ghopa dan kakaknya Mek si penjual kuih sdg menyabut(mengubah) anak padi yang disemai. Ibuku pun kadangkala membuat aktiviti mencabut. Ibu ada tanah padi 3 petak di kg Pak Jak. Dipawahkn dgn Pak Nik Dol. Hasilnya dibahagi dua. Dulu ibu dan bapaku mengerjakan tanah padi sekangkang kera kat situ. Hari cuti aktiviti bermula seawal pagi. Terutama musim menuai. Bapa akan mencerut dan memukul (membanting pad)i. Tugas ibu pula mengasingkan padi dgn hampa. Aktiviti menampi. Aku pula berlari2 atas batas. Digigit lintah menjerit satu kg. Kdgkala bapa membuat bangsal sementara dan dilapisi jerami. Atas jerami dibentangkan tikar. Bawa nasi dan lauk dlm mangkuk tingkat. Air teh o dlm termos. Berselera sungguh waktu mkn.
Mereka berdua menegur kami "Mari kkedai ko?" Kedai tu merujuk bandar Pasir Mas. "Ya," jawab ibuku. "Banyak bborong?" Tanya Mak Muda lg...ntahlah apa lagi yg dibualkan. Aku pun tak faham.
Kelihatan juga parit air. Digunakan untuk mengairi kawasan padi. Ada paip besar yang dipasang di bawah jalan yg kami dilalui. Kami panggil sebagai Kalbod Bunyi air mengalir sangat kuat. Bapaku selalu berpesan jgn mandi di kawasan tersebut. Bahaya. Air pun dalam. Terutama musim orang menanam padi.
Perjalanan sudah hampir sampai apabila melalui masjid. Imam tua masjid itu dulu ialah arwah Hj Idris. Kemudian dipegang oleh anaknya iaitu Tok Imam Pok Wel. Orangnya kelakar tp kdgkala boleh jadi bekeng. Jika ada orang buat bising di masjid, beliau akan kejar. Dijerkahnya budak2. Masjid tu terdapat satu kolah utk buat ambil air sembahyang. Sumber air ialah air boring(bawah tanah). Untuk dptkn air guna Gohek. Untuk gunakan air tu perlukan dua orang iaitu seorang akan gohek dan seorang lg boleh mandi atau ambik wuduk. secara bergilir2. Sekali gohek sekali air keluar. Airnya dingin. Terdapat beduk di masjid itu spt jg kat Jamaiyah. Dulu jalan utama ke Kg Machang Bubuk, Kg Lumpur dan Kg Jejawi melalui belah kiri masjid. Sekarang jln baru merentasi alur sagu. Lalu ikut rumah arwah Mat Daud Buncit atau mat Daud Mek Jenab. Seperti yang aku ckp sebelum ini selain pakcu Hamat, rumah Mat Daud Mek Jenab jg ada tv. Tapi Mat Daud ni selain itu ada kereta dan lori. Jenis TATA. Pintu kayu. Aku rasa memang Mat Daud tokeh besar.
Rumahku melalui kawasan alur sagu. Di kawasan ini juga ada Kalbod. Atas kalbod itu jadi tempat orang buang najis. Pagi2 buta ada beberapa orang yg tinggal berhampiran sambil berkain sarung dan selimut telanjang dan menutup muka akan bertenggek dan buang atas tembok di kalbod itu. Bunyi jatuhnya najis disambut oleh ikan yg byk di kwsan itu. Memang meriah... (Bersambung)
No comments:
Post a Comment