Monday, October 14, 2013

Mengimbau Kenangan Lama

Foto-foto berikut adalah discan daripada album lama yang disimpan di suatu sudut di dalam sebuah almari usang. Bapaku seorang bekas guru yang berkhidmat di beberapa sekolah di daerah Pasir Mas, Kelantan. Moga foto2 ini menjadi kenangan abadi untuk kita semua.

Tuesday, October 8, 2013

Sesi Praktikal Bekam di Surau Darul Musada

Pada 23 September 2013 yang lalu telah diadakan kursus bekam yang dikendalikan oleh ustaz Razis Sainisi bertempat di Surau Darul Mus'ada' Taman Paya Jaras Permai Sg Buloh. Kursus itu dilaksanakan selepas solat asar. Memandangkan hari itu adalah persekolahan ganti maka sesi itu dilaksanakan dalam keadaan admin yang kepenatan. Namun begitu kursus dapat diikuti dengan penuh minat oleh para jemaah. Kursus ini berlanjutan hingga ke malam iaitu selepas maghrib. Sesi malam ini dipenuhi dengan teori dan diakhiri dengan penganugerahan ijazah bekam oleh yg berbahagia ustaz Razis Sainisi. Moga ilmu ini dapat memberikan semangat untuk memberi khidmat kesihatan kepada rakan-rakan.