Monday, November 19, 2012

Sajak : Gaza oh Gaza

Gaza oh Gaza..
Di senja ini
Aku terharu, sedih dan hiba
mendengar tangisan anak-anak kecil
melihat raungan ibu-ibu
menyaksikan ratapan bapa-bapa
Jiwa mereka meronta
Hati mereka membara
Jasad mereka diseksa
Dalam penjara terbesar di dunia..Gaza
Puluhan tahun dicengkam derita
Puluhan tahun dihimpit bahana
Puluhan tahun diperkosa
atas kekejaman bangsa Yahudi
berfahaman zionist laknatullah
Gaza oh Gaza
Mana dia OIC?
Mana dia PBB?
Mana dia NATO?
sanggup kau menunjangi
haiwan yang mengganas
membaham mangsa tanpa belas kasihan?
sanggup kau mendokong?
sanggup kau memveto?
demi menghalalkan
penjarah
yang tak pernah ada hati perut?
Aku di sini
hanya mampu berdoa
kepadaMu Ya Allah
sejahterakanlah insan-insan
di bumi Gaza..
kerana mereka adalah juga..
Saudara-saudara seagama denganku
Gaza oh Gaza
Nukilan : AZMI NOOR 19/11/2012

No comments: