Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. catatan hari ini dimulakan dengan kisah melayan anak no 3 yg baru mendapat keputusan UPSR. Pada tahun ini SKTBM telah memulakan kelas malam sejak bulan mac lagi. Maka setiap ISnin, Selasa dan Khamis aku sekeluarga terpaksa menumpang di surau sekolah sambil menunggu Kakchik (Fathiah) untuk kelas malam. Walaupun terpaksa tapi demi anak, hal-hal lain terpaksa dikorbankan. satu kelebihan kakchik ni ialah sukan baca al-Quran. Lepas solat mesti baca al-Quran. Atas kerajinannya itu ustaz dan ustazah telah melatihnya utk masuk pertandingan hafazan dalam Majlis Tadarus Quran peringkat Zon Sentul. Sejak tahun 3 lagi, Kakchik masuk bertanding tetapi belum lagi menyerlah. Tahun 2015 Kakchik telah johan peringkat Zon Sentul dan seterusnya layak untuk ke peringkat negeri yang diadakan di Sk Sri Bintang Utara. Aku telah pergi mengiringi bersama dengan ustaz Budiman Maan. Namun nasib tidak menyebelahinya. Hanya mendapat saguhati sahaja. Begitu juga pada tahun 2016 Johan peringkat Zon tapi saguhati peringkat negeri.
Atas kebolehan dan semangat yang ditunjukkan maka kami secara ikhlas bertanyakan kakchik sama ada dia berminat untuk masuk sekolah ululalbab. Kakchik dengan senyum bersetuju untuk ke sekolah tersebut. Sekolah ululalbab adalah sekolah tahfiz yg berintegrasi dgn sains dan matematik.Model Ululalbab yang terdapat di sekitar KL ialah Sek Men agama Kuala Lumpur (SMAKL). Kebetulan kaklong(Fatini) pun belajar kat sekolah ini tapi bukan pelajar ululalbab. Program ini baru dilancarkan pada 2014. Kak Long pula masuk SMAKL pada tahun 2012.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu keputusan UPSR diumumkan. Aku sudah terasa tak sedap hati kerana dikatakan keputusan tahun ini begitu teruk. Aku mendapat berita hanya dua orang yang mendapat 6A di SKTBM. Seluruh Malaysia pula sekitar 4186 orang sahaja straight A. Apabila semak sms..keputusannya cukup menyedihkan. Hanya 3A dan 3B sahaja. Aku bergegas ke sekolah untuk memberi sokongan moral kepada anakku itu. Kulihat wajahnya pucat dan sugul. Guru-guru yang mengajar tahun enam juga sedih dan hiba ada yang mengalirkan air mata. Pada saat ini hatiku juga menangis sedih. Betapa usaha yang dilakukan inilah hasilnya. Lepas itu baru kufaham mengapa keputusan ini terjadi...
Apabila diumumkan untuk masuk SBP dan MRSM minimumnya adalah 3A dan 3B maka sinar cahaya muncul kembali. Aku tidak jemu untuk menyemak laman web yang berkaitan permohonan MRSM dan sekolah kawalan. Alhamdulillah ketiga-tiga tempat selamat ditemuduga iaitu Sek Men Integrasi Sains Tahfiz(SMISTA) pada 3.12.2016, Tahfiz Model Ululalbab SMAKL dan UlulAlbab di MRSM Sg Besar. MOga mendapat tempat di salah satu drp sekolah tersebut. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment