Wednesday, June 12, 2013

My Boss and Beautiful Pond

Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

Sesungguhnya apa yang dijadikan oleh Allah swt ada hikmahnya. Begitu jua takdir yang diharungi oleh abang iparku iaitu Hj Jaafar b Mohamad. Bekerja sebagai penjual ubat dan merantau ke seluruh negara. Beliau ditemani oleh kawan-kawan dan bapa saudara yang rapat dengan beliau untuk menjalankan aktiviti menjual ubat dari satu bandar ke satu bandar tanpa mengenal penat dan lelah. Beliau telah ditemukan jodohnya dengan kakak aku sekitar tahun 1970. Sebelum itu beliau telah berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari Jertih Terengganu. Namun atas takdir Allah, jodoh bersama dengan wanita tersebut tidak panjang. Wanita tersebut telah meninggalkan beliau yang dalam keadaan yang tidak sempurna itu secara senyap. Malah bukan itu sahaja, dengan tiada perasaan langsung sanggup tinggalkan juga seorang bayi lelaki yang masih kecil kepada suami yang tiada kaki dan tangan tersebut. Bayangkan sikap yang ada pada wanita tersebut. Mujurlah Hj Jaafar masih ada lagi seorang ibu yang pengasih dan sanggup untuk menjaga beliau dan bayi tersebut. Tidak lama kemudian beliau akhirnya telah ditemukan jodoh dengan seorang wanita yang berasal dari Pasir MAs Kelantan iaitu Wan Azizah bt wan Harun. Kepergian wanita tersebut ke daerah tersebut iaitu kampung Buloh (Sekarang Bandar Permaisuri) adalah semata-mata membawa diri kerana tidak tahan disiksa oleh ibu tirinya yang sangat kejam.
Kedatangan wanita itu ke daerah tersebut menimbulkan bibit cinta oleh lelaki OKU yang baru kehilangan isteri. Lalu lelaki tersebut meminta saudaranya yang paling rapat untuk menyampaikan hasrat hati beliau. Namun wanita itu dengan angkuh menyatakan bahawa "Siapa nak kahwin dengan lelaki macam buat tembikai itu?" Lelaki OKU itu tidak mengalah malah sentiasa berdoa kehadrat Allah agar dipertemukan jua jodoh dengan wanita yang dicintainya itu. Tidak lama kemudian wanita tersebut menyatakan kesudian beliau untuk diperisterikan oleh lelaki OKU yang bernama HJ Jaafar b Mohamad pada tahun 1971 di Kg Banggol, Kg Buloh Terengganu. Pasangan itu sekarang durniakan sepasang anak iaitu lelaki bernama Mat Kasim dan perempuan iaitu Noreha. Noreha kini sduah berumah tnagga dan mempunyai dua cahaya mata. Sementara Mat Kasim tidak berkahwin dan mungkin ingin berkhidmat untuk ayahnya sebagai pemandu. Sekarang mereka sekeluarga bergiat dalam perniagaan menjual dan membeli bahan kitar semula seperti kotak, besi dan botol di sekitar Bandar Permaisuri Teengganu.
Beliau dikurniakan oleh Allah untuk menulis dengan menggunakan mulut dan makan sendiri tanpa perlu disuap oleh sesiapa pun. Namun untuk mandi dan berinstinjak perlulah bantuan isteri beliau
Sesungguhnya bagi kita yang sempurna tiada alasan untuk tidak berusaha dan mencapai kejayaan kerana yang tidak sempurna pun boleh mencapai kejayaan.