Monday, January 26, 2015

SEMINAR SEJARAH

Seminar ini diadakan pada 2014. Video ini sebagai menambahkan ilmu kepada pelajar sekalian

Sunday, January 4, 2015

Musibah Banjir Kelantan Disember 2014

Antara yg terlibat dgn banjir di kb ialah abg aku sendiri iaitu Khai Noor. Air yg naik secara tiba2 memaksa mereka 4 beranak untuk ke pusat pemindahan yg kebetulan bersebelahan rumah mereka. Sebenarnya rumah mereka terlalu kerap digenangi air banjir kilat sebelum ini apabila hujan lebat. Lantaran rumah yg lebih rendah drp sekolah yg baru dibina 3-4 tahun lalu.

Pada 18hb yg lalu rumah mereka dinaiki air dikala rumah org lain tidak pun terjejas. Sebelum bertolak ke kl pd 20.12.2014 kami sempat bertemu mata di Tesco. Kebetulan mereka baru habis mengemas akibat banjir kilat. Pd 24.12.2014, air mula naik mendadak sehingga memaksa mereka,sekeluarga berpindah ke pusat pemindahan dengan meninggalkan segala barang berharga. Yg ada kepala mereka hanya selamatkan nyawa. Syukurlah mereka selamat. Lebih 2hari mereka kelaparan di pusat tersebut sehinggalah bantuan tiba. Namun ada manusia yg mengenakan caj rm10 utk upah memasak. MasyaAllah ada yg ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Hampir 5 hari aku terputus komunikasi dgn mereka...

Selepas air surut timbul pula masalah baru iaitu untuk mencucinya pula. Mujurlah adik dan.kakak serta anak saudara yg tidak terlibat banjir telah bergotong royong utk membersihkan rumah abg di Kg Pdg Enggang. Dgn bawa,peralatan spt waterjet memudahkn lg kerja mencuci. Hari ini 3.01.2015 masih ada lagi kerja mencuci yg tidak habis lagi. Segala baju, pakaian habis berselut. Tinggal sehelai sepinggang. Antara saudara mara yang terlibat:

1. Rumah ibu saudara Makciksah di Manik Urai Lama habis musnah. Mujur beliau sdh berada di Melaka pd waktu itu

2. Rumah sepupu Rahimi Mahmud di kg laut jg tenggelam dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan

3. Rumah anak sepupu Wira Alfatah Abdul Aziz di Tanah Merah, seorng doktor, isteri pensyarah jg habis tenggelam

4. Rumah sepupu Yusoff Nik di Wakaf Baru jg dinaiki air dan terpaksa berpindah.

Inilah peristiwa hitam yg menjadi sejarah untuk generasi akan datang..moga ujian yang menimpa ini menambahkan lg keimanan mereka terhadap Allah swt