Friday, August 30, 2013

Pelancaran Hari Patriotisme SMKSB 2013

Secara rasminya Hari Patriotisme telah dilancarkan oleh Tn Hj Che Yahya Che Soh, pengetua smksb. Dimulakan dengan kata alu-aluan pengacara majlis. Kemudiannya majlis diteruskan dengan ucapan pengetua. Kemuncaknya ialah acara melepaskn burung ke udara lambang kebebasan dan kemerdekaan.

Wednesday, August 28, 2013

Asal Usul ujian dan Peperiksaan

Ujian merupakan satu perkataan yang menjadi lumrah dalam hidup kita. Yang senang diuji dengan kesenangan dan yang susah pula diuji dengan kesusahan yang dialami. Kalau dalam pembelajaran kita menghadapi beberapa tahap ujian dan peperiksaan. Melalui ujian dan juga peperiksaan yang kita hadapi itu maka dapat menilai sejauh mana tahap pemahaman dan penguasaan kita dalam sesuatu mata pelajaran. Peperiksaan awam yang pertama adalah diperkenalkan oleh Maharaja Shih Huang Ti. Peperiksaan tersebut dikendalikan oleh suatu jawatankuasa iaitu dipanggil sbg Hon kao su.Peperiksaan diperkenalkan adalah untuk memilih pegawai kerajaan dalam kalangan rakyat untuk berkhidmat dengan kerajaan. Peperiksaan itu meliputi 3 tahap sepertimana peringkat universiti iaitu bacelor,master dan phD. Peringkat tertinggi akan dijalankan di hadapan maharaja. Jika calon didapati meniru maka akan dihukum pancung serta merta. Begitulah asal usul peperiksaan.

Sunday, August 25, 2013

Karnival Sains dan Teknologi Peringkat JPWP

Karnival Sains dan Teknologi (KASTEK) telah dilangsungkan di SMK Sinar Bintang pada 23 Ogos 2013. Program yang meliputi 4 acara iaitu Saintis Muda, Effeciency Cooking, Solar Bot dan Solar Car telah menghimpunkan 30 buah sekolah dari seluruh wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. program ini juga diserikan dengan kehadiran Tuan pengarah Pendidikan WPKL dan Pen. Pengarah PPW Sentul. Pengetua SMK Sinar Bintang juga turut hadir bagi meraikan tetamu kehormat tersebut.