Wednesday, March 18, 2009

Sejarah Kg Laut (II) sambungan


Raja Kampung Laut
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad I (1800 - 1837) Long Ismail sekali lagi dilantik menjadi Raja Muda; baginda menjadi pemebsar di Kg Laut dan berjaya memerintah dengan aman. Tetapi semasa Long Jenal menajdi Yang Dipertuan Kelantan(1837 - 1839), Long Ismail telah diketepikan dalam pentadbiran negeri. Sultan hanya mengadakan perundingan dengan Raja Bendahara, Raja Muda Penambang dan Raja Muda Bukit sahaja. Perbuatan Long Jenal menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Long Ismail. Ini mendorong kepada membuat pakatan menggulingkan Long Jenal.
Mengikut Raja Kg Laut, Long Jenal tidak berhak menduduki takhta kerana yg benar-benar layak ialah anak saudaranya Tg Long Senik Mulut Merah yg bergelar Raja Temenggung Aria Pahlawan sptmana yg diamanahkan oleh al-Marhum Sultan Muhammad I dahulu. Cadangan penggulingan ini mendapat sokongan daripada Engku Sri Maharaja dan Engku Perdana Menteri Jeram.
Langkah pertama yg dilakukan ialah Raja Kg Laut telah mengarahkan orang-orangnya menikam org2 raja Penambang yg datang menyaksikan Menora di Kg laut. tercetuslah perang saudara sehingga membawa kepada kekalahan Long jenal dan baginda melarikan diri ke Pattani. dgn itu Long Senik Mulut Merah telah diangkat sbg Yang Dipertuan Kelantan bergelar Sultan Muhammad II(1839 - 1886).
Di sini jelaskah Raja Kg laut berperanan besar dalam menggulingkan Long Jenal dan perlantikan sulatan yg baru. selepas itu, peranan Raja Kg laut mula pudar apabila berlakunya pemusatan kuasa di Kota Bharu.
bersambung...

Tuesday, March 17, 2009

Sejarah Kg Laut

oleh : Yusof B Nik Mohd Noor

Sejarah awal
Mengikut keterangan Wan Mamat b wan Seman, Kampung Laut dulunya merupakan sebuah kawasan yang terletak di tepi laut. Apabila berlakunya proses penimbunan dan pembesaran delta Sg kelantan maka kampung ini menajdi semakin besar dan semakin jauh dari laut, maka dari sinilah dikenal sebagai Kampung Laut.
Kg ini dianggap sebagai salah satu drp kg tertua di negeri Kelantan, dan dibuka bersama-sama kg Penambang, Kg Banggol, Kg jeram dan lain-lain. Nama Kg laut mula disebut dalam sejrah Kelantan pada penghujung abad ke-18 lagi iaitu semasa Long Yunus menjadi Yang Dipertuan kelantan. Semasa pemerintahan baginda, anaknya iaitu Tg Long Ismail telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Kg Laut.
Nama Kg laut juga disebut oleh Munsyi Abdullah semasa membuat lawatan ke kelantan pada 1836. Beliau menyebut :
..maka kira-kira setengah dua jam lamanya sahaya belayar mudek, sampailah kepada satu tempat yang bernama Pengkalan Tambang(Kg Penambang) iaitu berseberangan dengan Kg Laut..

Sejarah pembukaan Kg laut mungkin juga berlaku seawal abad ke-17 lagi jika dapat dikaitkan dengan satu bangunan tertua iaitu 'Masjid Kg laut'. Ahli sejarah berpendapat masjid tersebut telah didirikan tidak kurang 300 tahun dahulu.








..bersambung

*artikel ini dikutip drp Jurnal Persatuan Sejarah yg ditulis oleh Cikgu Yusof b Nik Mohd Nor/Abg Li(sepupu penulis)

Megat Nordin

Sejarah Puteri Saadong berakhir di Bukit Marak?


Pemerintahan Puteri Saadong dikatakan berakhir pada kira-kira menjelang kurun ke-18, di akhir-akhir pemerintahan baginda tidak langsung disebut baik mana-mana juga buku sejarah, bahkan cerita-cerita lisan dari penduduk-penduduk negeri Kelantan pun tidak didapati, puas juga saya menjelajah keseluruh negeri Kelantan, ke Kampung-kampung yang jauh di pendalaman dan pernah juga saya menajalankan kajian di bukit Marak yang dikatakan tempat akhir sekali Puteri Saadong bersemayam tidak saya temui bahan-bahan yang boleh menolong mengesan lingkaran sejarahnya yang berikut.

Dengan berakhirnya pemerintahan Raja Abdul Rahim yang menggantikan pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai dan juga pemerintahan Puteri Saadong di Bukit Marak maka muncul semula pemerintahan di Jembal, iaitu pemerintahan Sultan umar (Raja Umar), baginda ini ialah adik kepada Raja Loyor, dan pangkat bapa saudara pula kepada Puteri Saadong.

Pemerintahan baginda ini dikatakan bermula pada tahun 1675, baginda mempunyai beberapa orang putera dan puteri, putera sulung baginda bernama Raja kecil Solong yang dirajakan di Kota Teras (di Kampung Teras dekat Kampung Mentuan), seorang lagi putera baginda bernama Raja Ngah atau dipanggil juga Raja Hudang memerintah di Tebing Tinggi Pusaran Buah (Kampung Tanjung Chat), seorang puteri Sultan Umar bernama Raja Pah telah berkahwin pula dengan Tuan Besar Long Bahar seorang putera raja yang datang dari Patani (dalam negeri Thai).

Mengenai Tuan Besar Long Bahar pula menurut Ringkasan Cetera Kelantan yang ditulis oleh Datuk Paduka Raja Kelantan Nik Mahmud bin Ismail adalah putera Wan Daim ataudisebut juga Datuk Pangkalan Tua, raja dari negeri Petani yang zuriatnya berasal dari keturunan anak-anak Raja Bugis bernama Paqih Ali.

Tuan Besar Long Bahar mempunyai beberapa orang saudara iaitu Tuan Solong Kelantan, Tuan Senik Genting dan Datuk Pasir Petani. Oleh kerana terjadinya perselisihan keluarga maka Tuan Besar Long Bahar telah merantau ke Negeri Kelantan dengan membawa bersama seorang putera yang bernama Long Sulaiman, dan di Kelantan Long Besar berkahwin pula dengan Raja Pah puteri Sultan Umar, kemudian Tuan Besar Long Bahar berpindah membuka sebuah tempat yang diberi nama Kota Kubang Labu (dalam Wakaf Baru sekarang).

Dalam tahun 1721 Sultan Umar telah mangkat dan baginda inilah juga yang disebut atau digelar raja Udang yang mana makamnya terdapat masa ini didalam kawasan sawah padi kira-kira dua rantai jauhnya dari sekolah Rendah Kebangsaan Kedai Lalat, begitu juga dengan Raja Bahar kekanda baginda yang memerintah Jembal yang mangkat pada tahun 1675 yang digelar raja ekor yang makamnya terdapat sekarang ini dikampung Tok kambing, Mukim Sering dekat Kota Bharu.

Dengan kemangkatan Sultan umar makam putera sulung baginda yang bernama Raja Kecil Solong yang sedang memerintah di Kota Teras tidak mahu mengambil alih pemerintahan di Jembal dari ayahndanya, dan dengan persetujuan baginda jugalah lalu diangkat adik iparnya iaitu Tuan Besar Long Bahar menjadi raja di Jembal, dan dengan itu Kota Kubang Labu diserahkan kepada pemerintahan putera baginda yang bernama Long Sulaiman, putera ini ialah dari isteri baginda di Patani.

Apabila pemerintahan Jembal dan juga pemerintahan di Kota Kubang Labu terserah kepada pemerintahan Tuan Besar Long Bahar dan putera baginda maka berakhirlah satu peringkat pemerintahan yang berasal dari zuriat Raja sakti yang memerintah Jembal, dan pada peringkat ini pula maka zuriat keturunan dari Tuan Besar Long Baharlah yang memerintah Jembal juga Kota Kubang Labu keturunan dari Tuan Besar Long Bahar ini jugalah asalnya raja-raja yang memerintah Negeri Kelantan hingga sekarang ini.

Dalam tahun 1977 dan seterusnya hingga tahun-tahun yang kemudian saya telah menjalankan kajian dibeberapa tempat disekitar Kedai Lalat yang letaknya kira-kira 7 batu dari bandar Kota Bharu, di kampung tersebut terletaknya makam-makam Raja Loyor , iaitu ayahnda Puteri Saadong, menurut cerita dari penduduk-penduduk kampung sekitar yang saya dapati bahawa pada suatu ketika dulu terdapat beberapa orang siam yang datang untuk mengorek makam tersebut, kononya orang siam tersebut bermimpi bahawa didalam makam tersebut terdapat sebilah keris yang dianggap keramat atau mempunyai kuasa ghaib, begitu juga saya diberitahu pernah disuatu ketika ada orang-orang mencuri serpihan batu nisannya yang dibuat dari batu marmar, beberapa hari kemudian serpihan itu dipulangkan semula, menurut orang yang mengambil serpihan tersebut bahawa ia sering diganggu mimpi yang menakutkan.

Makam Raja Udang atau Sultan Umar mempunyai beberapa kepercayaan pula, makam ini terletak tidak jauh dari Masjid Kedai Lalat, waktu saya melawat ke makam tersebut saya dapati ada sebuah batu besar yang disebut batu hampar terletak berdekatan dengan makam tersebut, orang kampung disekitar ada yang percaya batu tersebut mempunyai kuasa-kuasa ghaib, batu tersebut sepanjang tiga kaki dan lebarnya lebih kurang dua kaki, tebalnya kira-kira enam inci (6 inci), tidak sesiapa yang berani mengambil batu tersebut walaupun pada hemah saya batu tersebut sangat baik dibuat tempat membasuh kain baju, saya percaya batu tersebut digunakan untuk membuat binaan makam, boleh jadi kerana besarnya tidak mencukupi maka lalu ditinggal begitu saja.

Saya juga telah melawat sebuah makam lagi di Kampung Tok Kambing iaitu kira-kira sebatu jauhnya dari Kedai Lalat, makam tersebut ialah dikenali sebagai makam Raja Ekor atau Raja Bahar, makam ini terdapat binaan yang dibuat dari batu pejal, sungguh menarik kerana terdapat ukiran yang terpahat, ukiran tersebut menggambarkan seekor burung (boleh jadi Burung Bangau) sangat menghairankan saya kerana biasanya perkuburan islam tidak menggambarkan benda-benda hidup saperti haiwan-haiwan.

Pahat yang berbentuk burung biasanya mempunyai pengaruh-pengaruh dari utara terutama dari Negeri China (meliputi negeri-negeri di Indo-China), adakah Raja Ekor ini seorang raja yang berasal dari Indo-China ataupun boleh jadi batu makam tersebut sengaja ditempa di Chempa (Republik Khamer) yang waktu di zaman dulu adalah pernah menjadi sebuah kerajaan yang umat islam dan pengaruh islam. Inilah satu perkara yng ahli-ahli penyelidik harus menjalankan pula satu kajian yang lebih mendalam, seelok-eloknya meninjau pula kenegri-negeri di Indo-China untuk melihat makam-makam Islam di zaman dulu yang banyak terdapat di negara tersebut, dapatlah dibuat perbandingan dengan makam-makam raja-raja Jembal yang terdapat di Kelantan terutama makam Raja Ekor yang masih menjadi mesteri.

PUTERI SAADONG BUNUH SUAMI KERANA CEMBURU.

Catitan Ibnu Batutah tentang negeri yang disebut Kilu-Kerai itu kurang jelas, baik tentang letak negeri tersebut dan juga gaya pemerintahan Raja Perempuan yang disebut Urd-uja itu, ialah satu perkara yang sangat rumit dapat dikesan oleh pakar-pakar sejarah.

Dengan keterangan yang sebegitu sedikit maka kita tidaklah boleh memberi kata putus bahawa Kilu-Kerai itulah yang sebenarnya Kuala Kerai yang terdapat di Negeri Kelantan sekarang ini, walau bagaimanapun perkara ini boleh diselesaikan jika sekiranya ada pakar-pakar sejarah yang betul-betul menjalankan penyelidikan khas mengenai perkara tersebut.

Dari beberapa keterangan yang diperolehi yakni berdasarkan dari hikayat-hikayat lama dan juga lain-lain catitan sejarah, adalah Negeri Kelantan telah wujud pemerintahan beraja yang berteraskan agama Islam pada kira-kira awal kurun ke 15, dikatakan raja yang mula-mula memerintah Kelantan yang dapat dikesan ialah Maharaja K'Umar atau disebut juga Raja K'Umar, pemerintahan baginda adalah sekitar tahun masehi 1411, tidak diketahui dimana letaknya pusat pemerintahan baginda, sesetengah ahli sejarah tempatan percaya pusat pemerintahan baginda terletak di Pulau Sabar, iaitu sebuah pulau yang terletak di tengah sungai Kelantan berhampiran dengan Kampung laut, pulau tersebut pada masa ini telah tenggelam.

Selepas pemerintahan K'Umar muncul pula pemerintahan Sultan Iskandar, pemerintahan baginda berakhir pada tahun 1465 masehi kerana dibinasakan oleh Angkatan Perang Siam (Thai), kononnya baginda dan lebih 100,000 rakyat Kelantan telah dapat ditawan dan dibawa kenegeri Siam, tidaklah diketahui tentang nasib raja tersebut adakah baginda mangkat di Siam atau juga dihantar pulang ke Kelantan.

Kira-kira pada tahun masehi 1477 sebuah angkatan perang dari Melaka yang diperintah oleh Sultan Mahmud telah datang menyerang dan mengalahkan Kelantan, Sultan Mansur iaitu Sultan Kelantan telah dapat ditawan, begitu juga ditawan ketiga-tiga puteri baginda iaitu Puteri Unang Kening, Cubak dan Cuban. Puteri Unang Kening yang paling jelita itu kemudian diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah, maka setelah Sultan Mansur Shah mengaku tunduk kepada pemerintahan Melaka lalu baginda diangkat semula menjadi sultan Kelantan, sejak itu negeri Kelantan dikira sebagai jajahan takluk Melaka.

Sultan mansur Shah mangkat pada kira-kira tahun masehi 1526, putera baginda yang bernama Raja Gombak telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bersemayam di Pulau sabar juga, dalam tahun 1548 Raja Gombak telah mangkat dengan tidak meningggalkan zuriat, oleh itu anak saudara baginda yang bernama Raja Ahmad telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bergelar Sultan Ahmad, menurut beberapa punca sejarah Sultan Ahmad ini mempunyai seorang puteri yang sangat jelita yang bernama Puteri Cik Wan Kembang, dan sewaktu Sultan Ahmad mangkat puteri ini masih kecil lagi, lalu dil;antik aeorang anak raja dari Johor yang bernama Raja Husain memangku raja dengan bergelar Sultan Husain.

Sultan Husain yang memerintah kelantan itu dikatakan mangkat pada tahun 1610, dengan itu lalu dilantik Cik wan Kembang menjadi pemerintah Kelantan. Raja perempuan Kelantan ini dikatakan berpindah dari Pulau Sabar ke sebuah tempat yang sangat jauh di pendalaman iaitu Gunung Cinta Wangsa (terletak kira-kira 27 batu ke tenggara Kuala Kerai).

GANJIL
Mengapa baginda berpindah begitu jauh dari tebing sungai Kelantan adalah satu perkara yang sungguh ganjil, biasanya pemerintahan raja-raja di zaman dahulu adalah memilih tempat-tempat yang berhampiran dengan sungai, kerana sungailah yang menjadi jalan dan perhubungan yang penting ketika itu.

Harus jugalah pada fikiran raja perempuan itu bahawa tempat tersebut lebih selamat dan tenteram dari apa juga gangguan luar, terutama sekali gangguan dari pemerintahan Siam yang dianggap kuasa yang teragung ketika itu.

Dalam jangka yang sama di zaman pemerintahan Cik Wan Kembang, atau pada pedagang-pedagang bangsa Arab disebut Cik Siti (Cik Siti wan Kembang), maka di Negeri Kelantan telah wujud sebuah lagi pemerintahan beraja yang berpusat di Jembal (Kedai lalat sekarang iaitu kira-kira 6 batu dari bandar Kota Bharu). raja yang memerintah disitu bernama Raja Loyor putera Raja Sakti yang berasal dari Kedah.

Ada sesetengah ahli sejarah tempatan berpendapat yang Raja Loyor berkahwin dengan Namng Cayang yang dikatakan seorang raja perempuan Pattani yang melarikan diri ke Kelantan, dari perkahwinan itu mereka beroleh seorang puteri yang diberi nama Puteri Saadong, Puteri Saadong inilah yang kemudiannya diambil oleh Cik Siti Wan Kembang menjadi anak angkatnya, kerana baginda sendiri tidak mempunyai anak. Puteri Saadong pula berkahwin denban sepupunya yang bernama Raja Abdullah, kemudian Raja Abdullah telah dilantik menjadi raja di tempat yang bernama Cetak (dalam Jajahan Pasir Mas). Tidak lama di situ Raja Abdullah berpindah pula bersemayam di Kota Mahligai (dalam Daerah Melor sekarang).

Setelah Raja Abdullah dan Puteri Saadong berkerajaan di Kota Mahligai, maka Cik Siti Wan Kembang pun balik semula bersemayam di Gunung Ayam, setelah itu tidak lagi didapati cerita tentang Cik Siti Wan Kembang adakah baginda berpindah ke tempat lain atau mangkat di tempat tersebut.

Memanglah satu perkara yang sukar untuk mengesan tentang kedudukan tempat semayam Cik Siti Wan Kembang yang sebenarnya, kerana di negeri Kelantan terdapat dua buah gunung yang bernama Gunung Ayam, sebuah terletak kira-kira 17 batu ke barat Gua Musang, gunung tersebut setinggi 2,945 kaki, terletak pula terlalu jauh dirimba yang sangat sukar dijalankan penyelidikan, sebuah lagi Gunung Ayam terletak dekat dengan sempadan negeri Terengganu iaitu kira-kira 15 batu ke timur laut Kuala Kerai, gunung tersebut setinggi 2,674 kaki, terletaknya pula jauh ke dalam rimba. Gunung Ayam yang mana satu menjadi tempat dan pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.

Waktu saya melawat makam Tuan Tabal atau nama batang tubuhnya Tuan Haji Abdul Samad bin Muhammad, seorang tokoh pengembang agama Islam yang terkenal di negeri Kelantan, yang meninggal dunia pada tahun 1891 dan dan dimakamkan di perkuburan Banggul, jalan ke Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi), saya juga telah diberitahu oleh Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Dir yang memandu saya ke makam tersebut bahawa tidak berapa jauh dari makam Tuan Tabal itu terdapat sebuah makam lama yang sangat cantik dibina dari batu pejal serta berukir pula, makam tersebut orang-orang Banggul menyebut Makam Cik Siti, saya juga telah melihat makam tersebut, kesimpulannya dari kajian saya tidak syak lagi makam tersebut adalah sebuah makam lama dari seorang perempuan yang dari keturunan raja-raja atau orang-orang besar juga, dan seni ukir pada binaan makamnya menggambarkan seni ukir yang hampir persamaannya dengan makam-makam di jembal dan juga makam-makam di permakaman DiRaja Langgar, adakah ini yang sebenarnya makam Cik Siti Wan Kembang adalah satu perkara yang sangat menarik dan perlu dibuat kajian yang lebih teliti.

NISAN
Berdasarkan tanah perkuburan Banggul saya yakin adalah satu tanah perkuburan yang sangat lama, mungkin tanah perkuburan tersebut telah digunakan beratus-ratus tahun lampau, di perkuburan Banggul itu juga akan memperlihatkan kepada kita berbagai-bagai jenis bentuk batu nisan yang ganjil-ganjil serta ada pula yang berukir dan bertulis ayat-ayat Quran yang sangat cantik dan menarik.

Dengan berakhirnya pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang tidak dapat dikesan di akhir pemerintahannya, maka muncullah pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai.

Pemerintahan Raja Abdullah berakhir pada tahun 1671 iaitu apabila baginda mangkat dibunuh oleh isterinya Puteri Saadong, lalu Puteri Saadong melantik pula Raja Rahim anak Raja Abdullah merajai Kota Mahligai. Tidak lama setelah Raja Rahim memerintah baginda kemudian dibunuh pula oleh rakyatnya di tepi tasik Lelayang Mandi. Dengan kemangkatan Raja Rahim maka berakhirlah pemerintahan beraja di Kota Mahligai.

Konon menurut cerita Puteri Saadong telah lama ditawan dan di bawa ke Siam (Thailand) iaitu ketika tentera-tentera Siam datang melanggar Kelantan waktu mereka mula-mula berkahwin dan bersemayam di Kota Mahligai, selepas beberapa tahun Puteri Saadong di Siam, baginda di hantar balik ke Kelantan. Alangkah terkejutnya Puteri Saadong bila mendapati yang suaminya Raja Abdullah telah berkahwin lain, maka dari punca itulah berlakunya pertengkaran dan berakhir kemangkatan Raja Abdullah dengan tikaman pancak sanggul isterinya.


Sumber:
Oleh : N A Halim (Muzium Negara)
Petikan : Mingguan Malaysia 28hb.Okt.1979

Sunday, March 15, 2009

Gambar lama...kisah Tok Janggut




Siapa Wan Tahir dan keturunannya...? kemaskini

Mengikut ceritanya,Asal keturunan Wan Tahir ini adalah daripada Kesultanan Acheh. Wan Tahir telah bertugas sebagai guru agama di masjid Kg Laut dan selepas itu dikenal sebagai Tuan Guru Hj wan Tahir. Tidak lama kemudian mendapat perkenan istana Kelantan untuk dilantik sebagai Guru agama Istana Kelantan. Tugas beliau tidak lama apabila beliau berhirah ke Terengganu dan dilantik pula sebagai guru istana di Terengganu sekitar 1800-an. Selepas itu beliau tidak pulang-pulang dan akhirnya terputus hubungan sehinggalah kini. Cucunya Wan Kahiruddin telah menjalankan usaha untuk menjejaki keturunan beliau di Terengganu dan mendapat hasil positif (*akan diceritakan kemudian)


Di Kg Laut, anaknya ialah Wan Salleh merupakan guru al-Quran di masjid kg Laut.
Antara pekerjaan utama selain mengajar al-Quran ialah membuat tapisan(santan) drp logam. Selain itu berjaja kain batik ke seluruh Kelantan hinggalah ke Terengganu.

Wan salleh

Wan Salleh merupakan seorang yang cukup tegas dalam mendidik anak-anaknya iaitu Wan Ali, Wan Aminah, Wan Mohd Noor/Wan mamat, Wan Aishah, Wan maryam dan Wan Kamariah. Tok su Adam juga seorang alim yang seangkatan dengan Tok wan Leh dan Ipar/abang Tok wan Leh (* sila betulkan fakta ini)

Tok Su Adam

Salah seorang anaknya iaitu Wan Mohd Noor telah merantau sehingga ke Pasir Mas iaitu di Pusu 40. Beliau dikatakan telah berguru dengan Tengku Mahmood dan dijodohkan dengan seorang perempuan yg lebih tua daripadanya tetapi jodoh tidak panjang. Beliau juga menimba ilmu pengetahuan dengan PAksu Lah di cerangus. Beliau juga bersama-sama dengan para penduduk kampung telah mengasas Sekolah Rakyat di Kg Baru(cerangus).

Wan Mohd Noor dan J/K Pengasas Sek Kg Baru (1959)

kemudahannya cukup daif dengan sekolah yang berdinding buloh serta beratap rumbia dan berlantaikan tanah. Tetapi sudah cukup untuk memberi pengetahuan kepada penduduk kg Cerang Hangus sehinggalah ke Paloh pada waktu itu. Kalau nak kira hampir 70% org Cherang hangus dan sekitarnya merupakan anak murid Cikgu Wan Mohd Noor. Sekolah tersebut sekarang dikenal sebagai Sekolah Kg Baru, Pasir Mas.
Dalam perantauannya di tempat tersebut, beliau telah dianggap hilang oleh orang tuanya di Kg laut. Sehinggalah geger seluruh org Kg laut tentang kehilangannya. Sebenarnya beliau dikatakan telah disergah oleh ayahandanya Wan Salleh kerana nak berhenti sebagai guru, ini kerana faktor kecacatan kecil pada kaki yg dialaminya.
Beliau telah berkahwin untuk kali keduanya dengan seorg wanita di Kg Bukit yg telah dijodohkan oleh Pak Su Lah tetapi jodohnya tidak kemana dan tidak dikurniakan sebarang zuriat pun.
Tidak lama kemudian beliau telah berkahwin dengan seorg perempuan di Kg banggol Setol iaitu Nik Yam bt sulaiman yang statusnya sudah dikira 'janda' kerana sepertimana Wan Mohd Noor, Nik Yam juga telah dikahwinkan seusia 13 tahun lagi oleh bapanya Sulaiman(Bekas mata-mata) dgn seorg pemuda di kgnya iaitu Hj Hussin(meninggal 23 Feb 2009). Jodohnya juga tidak kekal lama. Kemudian beliau sekali lagi telah dijodohkan dengan seorg pemuda yg bernama Wan Harun dari Kg Lenggok. Perkahwinan ini telah menghasilkan seorg cahaya mata perempuan yg diberi nama Wan Azizah.
Namun jodohnya dengan Wan Harun tidak berpanjangan apabila Wan Harun hendak berpoligami. Nik Yam rela diceraikan daripada dimadukan. Penderitaan beliau tidak lama apabila dilamar oleh seorang pemuda yg berasal dari Kg Laut tetapi bermastautin di Kg Cherang Hangus iaitu Cikgu Wan Mohd Noor.
Sebenarnya banyak org mengata tentang perkahwinan ini kerana Wan mohd Noor seorang yg cacat. Apatah lagi gajinya pada masa itu sekitar RM63.00 sahaja. Sehingga ada org pergi 'cucuk' Nik Yam dengan mengatakan "Mu nak makan apa dgn org cacat ni" tetapi Nik Yam berpegang pada qada' dan qadar Allah bahawa jodoh dan ajal pertemuan milik Ilahi.

Gambar pada tahun 1982

Perkahwinan ini telah menghasilkan zuriat iaitu Wan khadijah, Wan Khairudin, wan Sukeri(meninggal pada 1977), Wan Noor Azmi, pasangan kembar wan Mustafa dan Wan Jusoh (meninggal pada 1975)dan yg bongsu Wan Mohd Naim.


sambungannya..nanti

*Segala fakta diperoleh drp arwah makcik Nah, wan Khairudin, wan Mohd Noor
* sepupu yg lain bolehlah bagi tambahan fakta untuk tatapan semua

Arwah Makcik Nah : Dalam kenangan


Dari kiri : Kak Zan,Kak Jah, Makcik Yah, Kak Som dan arwah
Duduk dari kiri : Dawini, Ashraf dan Ruzila
Gambar diambil pada 1982 sempena perkahwinan Kak Jah

Latarbelakang negeri Kelate


diambil daripada web Kelantan

Mungkin pengunjung tidak tahu ttg kelantan yg sebenar..walaupoun asal Kelantan.sila baca :

Negeri Kelantan adalah sebuah daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di Timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada semenanjung Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo. Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, ialah sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan. Negeri ini terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari. Suhu setiap hari dianggarkan dari 21° C hingga 32° C.

Negeri Kelantan yang mempunyai penduduk seramai 1.4 juta yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain. Sebanyak 94% penduduk adalah berbangsa melayu. Penduduknya meningkat hampir 2.8% setiap tahun. Sebanyak 75% daripada penduduknya menetap di Utara negeri di mana kawasan itu meliputi sebanyak 17% daripada jumlah tanah negeri tersebut.

Kelantan diperintah mengikut parti politik dan ia mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan, mungkin ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik dan matang yang mengamalkan sistem demokrasi. Persekitaran politik dan perbezaan antara negeri dan kerajaan Mukim bukan menjadi masalah untuk membuat pelaburan. Semua polisi berkenaan dengan pelaburan di Malaysia boleh dirujuk kepada kerajaan Mukim. Kerajaan negeri akan memberi segala kemudahan berkenaan dengan pelaburan.

Dalam usaha untuk menarik minat pelabur melabur di Kelantan, kerajaan negeri berusaha untuk menawarkan pelbagai kemudahan seperti kemudahan infrastruktur. Negeri Kelantan mempunyai kemudahan yang secukupnya untuk menjalankan perniagaan secara kerjasama "Business Ventures". Terdapat 39 buah cawangan bank komersial dan 12 institusi kewangan yang beroperasi di negari ini.Sejumlah 2300 km jalan di negeri dan mukim adalah berhubung dengan bandar utama di Kelantan untuk ke Kota Bharu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 6 jam yang meliputi sebanyak 474 km melalui Gua Musang di Selatan Kelantan dan juga negeri Pahang.

Saturday, March 14, 2009

Catatan Jumaat - 13 Mac 2009

Semalam hari yang cukup meletihkan. Kebetulan aku ada kelas dari pukul 3 - 9 mlm. Aku pula mendapat jemputan melalui SMS drp sepupu(Abg Fauzi) di Sg Merab, Bangi sempena kenduri kesyukuran. Aku gagahi juga untuk pergi ke sana walaupun keadaan jalan dan hujan yang cukup merimaskan aku. Tambahan pula keadaan badan yg sgt2 letih.
Kadang kala terfikir juga aku buat apa pergi "demo tu bukannya suka bertandang ke sini". Tapi apabila memikirkan mungkin mereka pun ada urusan yg cukup penting sehingga tak sempat nak datang ke Sg Buloh dan paling penting teringatkan sikap bapa aku yg dulunya cukup suka mencari waris..aku lupakan semua itu.
Sememangnya aku punya ramai waris-warah di KL ni..kalau tgk nama2 sepupu-sepapat di sidebar blog ini sudah cukup untuk dinyatakan boleh buat satu kelab..Kelab Anak Cucu Tok Wan Leh. Kalau boleh dibuat satu gathering setiap tahun untuk menghimpunkan waris-warah di sekitar kuala lumpur. Segala hebahan bolehlah diajukan melalui blog ini. Secara tak langsung, hubungan dapat dikekalkan dan diharmonikan lagi.

Sementelahan pula tempat kami berkumpul setiap hari raya ialah di rumah arwah Makcik Nah. Namun sekarang beliau sudah meninggalkan kita semua.(bingkisan untuk arwah ada pada posting yg lalu..cuba check archives)
Teringat pula saat-saat gembira ketika aku balik kg..mesti aku spent masa untuk ke rumahnya. Arwah begitu gembira dengan kedatangan kami sekeluarga. Paling akhir ke rumahnya pada hari raya yang lalu iaitu hari raya yg kedua. Aku cukup suka dengan kuzi yg selalu dihidangkan pada setiap hari raya pertama. Tapi aku melepas kerana pergi pada hari yg kedua. Arwah cukup seronok melihat gelagat anak aku yg bongsu iaitu najwa. Kegembiraannya cukup luar biasa pada hari itu..aku pun perasan.. rupanya itulah pertemuan terakhir kami sekeluarga dengan beliau.

Sekarang yg masih ada ialah Makcik Yah, Makcik Sah dan bapa aku(Pakcik Mat). Pakcik Mat sekarang cukup uzur dan kadang2 ingat2 lupa. sembahyang pun tak kira waktu. Aku cukup sedih memikirkan keadaan beliau di kampung. Begitu juga Mek aku yg sudah tidak mampu duduk apatah lagi berdiri lantaran penyakit urat yg dihadapi sekian lama. Sampaikan kena angkat untuk ke tandas dan untuk mandi. mujurlah ada kakak sulong yg banyak berbakti untuk ibu aku di kampung. Kepada Allah aku berserah agar dipanjangkan umur mereka kerana Allah pada waktu ini masih lagi beri peluang untuk aku untuk berbakti kepada mereka berdua.

Oleh itu diharapkan waris-warah yang dok jauh tu kalau balik kg, jengok2lah...nanti... :(

Friday, March 13, 2009

Assignment

Sekarang ada dua assignment sedang menanti. Satu PDGS 6103 - Prof Rahmad syukor. aku pilih tajuk 'Konflik dan Organisasi'..satu lagi PDGS6102 (Perancangan) - Prof Shahril rasa pilih tajuk 'Eduacation plan in Malaysia'...kalau sahabat ada bahan bolehlah post kat sini.
Sekian

Thursday, March 12, 2009

Salsilah Keluarga Mohd Noor

Salsilah Keluarga

Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK)

Pada 8 - 15 Nov yang lalu aku telah mengikuti kursus PTK di Puteri Resort, Melaka. Pada hari ini result telah keluar. Aku sangat teruja untuk mengetahui apa yang aku dapat..jeng jeng jeng aku dapat III dan IV. Syukurlah... Yang pastinya gaji tak naiklah. Takper lah. Aku juga cuba hubungi kengkawan yg lain..Zahurin pun dapat result yang sama. Tahniah! untuknya.
Dan hari ini juga result SPM keluar...aku harap pelajar aku dapat keputusan yang baik. Maklumlah sekarang dok kat umah segan pulak nak pergi ke sekolah.

Sunday, March 8, 2009

Hari Jadi Kak Long ke-10

Tanggal 3 Mac 1999 lahirlah seorang puteri yang dinamakan Wan Nur Fatini di hospital Kota Bharu. Kelahirannya memberi sianr cahaya kepada sepasang suami isteri iaitu Cikgu Azmi dan Cikgu Rohana,
Pada 3 Mac 2009, genaplah 10 tahun puteri itu. selamat hari lahir



Wednesday, March 4, 2009

Gambar Waktu kahwin

Diambil pada 7 Dis 1997
Di Pengkalan Kubor, Tumpat

Ini pula gambar anak-anak...

anak

Pertama : Kak Long(Wan Nur Fatini)
Kedua : Abg Ngah (Wan Muhammad Irfan)
Ketiga : Kak Chik (Wan Nur Fatini)
Keempat : (Wan Nur Fatin Najwa)




Gambar anak saudara...



Anak Naim ngan emak dia


Ini foto anak saudara aku..namanya Wan Nor Aqilah bt Wan Mohd Naim.

Bapanya tu adik bongsu aku..dulu hobinya sangat suka z z z z tapi sekarang ntahlah. waktu kahwin dah umur hampir 30++ dan Isterinya Mek Ta pun sama. 3 tahun kahwin baru dapat anak. Syukurlah dapat juga zuriat..penyambung generasi.
Dalam keluarga aku drp 4 beradik , 3 lelaki dan 1 perempuan. Tapi anak aku dan anak-anak saudara banyak perempuan.
Kak Jah (Kak Long) - 1 lelaki, 5 perempuan
Abg Din - 1 lelaki, 2 perempuan
Aku - 1 lelaki, 3 perempuan
Naim - 1 perempuan..setakat ni...