Semalam hari yang cukup meletihkan. Kebetulan aku ada kelas dari pukul 3 - 9 mlm. Aku pula mendapat jemputan melalui SMS drp sepupu(Abg Fauzi) di Sg Merab, Bangi sempena kenduri kesyukuran. Aku gagahi juga untuk pergi ke sana walaupun keadaan jalan dan hujan yang cukup merimaskan aku. Tambahan pula keadaan badan yg sgt2 letih.
Kadang kala terfikir juga aku buat apa pergi "demo tu bukannya suka bertandang ke sini". Tapi apabila memikirkan mungkin mereka pun ada urusan yg cukup penting sehingga tak sempat nak datang ke Sg Buloh dan paling penting teringatkan sikap bapa aku yg dulunya cukup suka mencari waris..aku lupakan semua itu.
Sememangnya aku punya ramai waris-warah di KL ni..kalau tgk nama2 sepupu-sepapat di sidebar blog ini sudah cukup untuk dinyatakan boleh buat satu kelab..Kelab Anak Cucu Tok Wan Leh. Kalau boleh dibuat satu gathering setiap tahun untuk menghimpunkan waris-warah di sekitar kuala lumpur. Segala hebahan bolehlah diajukan melalui blog ini. Secara tak langsung, hubungan dapat dikekalkan dan diharmonikan lagi.
Sementelahan pula tempat kami berkumpul setiap hari raya ialah di rumah arwah Makcik Nah. Namun sekarang beliau sudah meninggalkan kita semua.(bingkisan untuk arwah ada pada posting yg lalu..cuba check archives)
Teringat pula saat-saat gembira ketika aku balik kg..mesti aku spent masa untuk ke rumahnya. Arwah begitu gembira dengan kedatangan kami sekeluarga. Paling akhir ke rumahnya pada hari raya yang lalu iaitu hari raya yg kedua. Aku cukup suka dengan kuzi yg selalu dihidangkan pada setiap hari raya pertama. Tapi aku melepas kerana pergi pada hari yg kedua. Arwah cukup seronok melihat gelagat anak aku yg bongsu iaitu najwa. Kegembiraannya cukup luar biasa pada hari itu..aku pun perasan.. rupanya itulah pertemuan terakhir kami sekeluarga dengan beliau.
Sekarang yg masih ada ialah Makcik Yah, Makcik Sah dan bapa aku(Pakcik Mat). Pakcik Mat sekarang cukup uzur dan kadang2 ingat2 lupa. sembahyang pun tak kira waktu. Aku cukup sedih memikirkan keadaan beliau di kampung. Begitu juga Mek aku yg sudah tidak mampu duduk apatah lagi berdiri lantaran penyakit urat yg dihadapi sekian lama. Sampaikan kena angkat untuk ke tandas dan untuk mandi. mujurlah ada kakak sulong yg banyak berbakti untuk ibu aku di kampung. Kepada Allah aku berserah agar dipanjangkan umur mereka kerana Allah pada waktu ini masih lagi beri peluang untuk aku untuk berbakti kepada mereka berdua.
Oleh itu diharapkan waris-warah yang dok jauh tu kalau balik kg, jengok2lah...nanti... :(
No comments:
Post a Comment