Zaman kanak-kanak cukup seronok. Permainan seperti lompat tali, dekcot(ketinting), bola kaki tiga, lempar tin, main sorok-sorok, main jual-jual, main gasing, main kipas dll adalah rutin pada waktu petang atau musim cuti sekolah.
Permainan Lompat Tali. Talinya daripada gelang getah. Gelang getah ini boleh dibeli atau dikumpulkan hasil daripada pergi membeli nasi kerabu atau nasi berlauk. Gelang getah disambung-sambung sehingga panjang. Dua org akan pegang dari hujung ke hujung tali. Bermula dengan lutut, tali akan diletakkan pada kepala lutut. Terus ke pinggang, dada, kepala dan aras atas kepala. Yang tinggi beruntung. Selalu lepas ketika lompat. Namun kalau pasangan yang tak sama tinggi, pasukan lawan yang melompat akan mengambil kesempatan. Kadangkala dipusing-pusing tali dan seorang atau dua org akan melompat2 secara berpasangan sambil menyanyi lagu. Bahagian ini aku tidak berapa suka. Tengok sahaja orang main.
Dekchot atau ketinting adalah permainan yang selalu dimainkan pada waktu petang. Permainan ini melibatkan 2-4 orang pemain. Petak dilukis secara memanjang atas tanah yg berpasir. Dilukis dgn kayu atau apa2 yg boleh digunakan. Petak itu dibahagikan kpd beberapa petak kecil. Kon pula dibuat drp serpihan pecahan atap bata atau pinggan sebesar ibu jari. Yg melengkung lg baik kerana akan jatuh tepat pada sasaran. Yang dapat berdekcot(guna satu kaki) sehingga satu pusingan dikira menang. Yang kalah, apabila terpijak garisan atau kon yang dibaling terkeluar daripada garisan.
Selalunya kami bermain di halaman rumah Tok Ayah Yib. Tok saudara sebelah ibu. Nama penuhnya Tuan Taib b Tuan Senik. Berdarah raja jembal. Depan rumahnya memang bersih. Tanahnya berpasir halus. Jika ada daun pokok rambutan gugur terus dibuang. Menyapu guna lidi atau tangkai kelapa yang jatuh apabila kering sambil mengilas kain dibahagian perut. Kadangkala kilasan kain yang dilakukan itu tanpa sedar menyebabkan kain semakin meninggi. Hingga hampir hampir ternampak Angry Bird.
Setiap hari kerja Tok Ayah Yib ialah menyapu sampah. Banyak pokok bunga pudin yang warna waarni, ada jingga, ada merah dan ada hijau ditanam di depan rumah. Sambil menyapu sampah dihisap rokok daun yangg digulung dengan tembakau barat(Siam).Sangat marah jika naik ke rumahnya berkaki ayam dan kotor. Tok Ayah Yib selalunya solat zohr atau asar berhampiran tingkap. daun pintu sengaja dibuka dan disangkut dengan penyangkut besi. Yang lucunya mata akan menjeling jika ada orang yang berkaki ayam dan naik kat anjung rumahnya tanpa basuh kaki. Sejurus shj Tok Ayah habis solat, tiba2 kedengaran satu suara yg kuat sambil menjerkah ke arah kami "tak basuh kaki!!" Dihayun2 lidi atau btg penyapu seolah2 nak pukul kami. Yg basuh kaki pun akan melompat terjun sama ke tanah dari anjung tanpa pijak anak tangga kerana terkejut dan takut dipukul. Jika Tok Ayah tidak puas hati dihambatnya keliling rumah dengan batang penyapu. Pendengarannya juga ada masalah. Jika bercakap kena guna suara yang kuat. Tapi kalau terlebih kuat dimarahinya sambil beritahu "aku bukan tuli!"..memang masalah betul.
Bergambar di halaman rumah tahun 1978
Bawah pokok rambutan diletakkan pangkin.Memang nyaman jika berehat pada waktu petang. Berbantalkan lengan. Berbumbungkn langit. ditiup angin petang sepoi-sepoi bahasa. redup pokok rambutan yang rendang itu memang menggamit kanak-kanak untuk berkumpul dan bermain di laman rumah Tok Ayah.
Ayah muda iaitu anak Tok Ayah Yib memancang satu batang kayu atas tanah di sebelah pangkin. Pada kayu itu dimasukkan batang buluh yg dibuang takok di dalamnya. Pada hujung btg buluh itu diletakkn kayu kecil sbg pemegang. Alat ini utk membolehkn kanak-kanak yang baru belajar jalan. Apabila dipegang kanak2 akan berjln sambil mengelilingi kayu itu 360°. Inilah walker tradisi yg dihasilkn sendiri utk memudahkan kanak2 belajar berjalan.
Main sembunyi2 atau sorok2 juga adalah cukup menghiburkan. Tempat2 seperti bawah rumah, dalam baloh(jelapang), belakang pokok pisang, dll adalah lokasi yg menjadi pilihan utk bersembunyi. Pernah aku bersembunyi dalam baloh yang dipenuhi padi. Padi itu diangkut dari tanah sawah di Kg Pak Jak pada musim menuai. Tanah itu dipawah dengan Paknik Dol. Tiba2 aku terpijak anak tikus yang baru lahir berwarna merah hingga mati. Selepas kiraan hingga 10...Maziah (anak sedara Mok doh Mamat) terus mencari orang yg bersembunyi. Terkejut aku kerana dia buka pintu baloh. Mungkin bunyi bising tikus yg lain kerana terpijak anak mereka sampai mati. Terbuka shj pintu terus aku layang bangkai tikus di depan Maziah. Terus menjerit sambil berlari sebab ketakutan. Sejak hari tu Maziah tak nak main sorok2 dengan aku lagi. Maziah ni memang suka berkawan dengan kami iaitu Che Razak, Mat Jiji, Selina, Zan Pakteh Loh dll. Namun disebabkan neneknya yg suka memanjakan memang sensitif. Pernah dia mengadu hal kami macam-macam kpd neneknya. Kdgkala direka-reka cerita. Lepas tu disampaikan kpd bapaku. Apa lagi dihambat keliling rumahlah. huhu..
Ketika hujan lebat, kami adik beradik akan bermain injit2 semut. Bila tiba giliran tgnku di bawah, abgku akan kutil kuat2 sampai sakit. Bergaduh pulak. Last2 main selambut(batu seremban). Guna anak batu kecil. Tapi ramai budak perempuan suka permainan tersebut. Perlukan kesenian dan kelembutan.
Namun permainan yg cukup pelik ialah bermain serangga Kkabur( kumbang) sagu. Kumbang ini hidup di celah pelepah daun sagu. Mkn hidupan dicelah sagu. Tak gigit orang. Kumbang ini akan ditangkap dengan memegang pada bahagian atas badan. Kemudian diikat dengan tali rafia yg dibelah2 menjadi kecil. Diikat pada kaki kumbang tersebut. Apabila dilepaskan boleh tengak tali yg pjg berjela dibawa terbang ke pucuk pokok sagu.
Selain itu kumbang kayu juga boleh dibuat radio. Caranya diketuk2 pd lubang kayu yg mengandungi kumbang. Kumbang itu akan keluar lalu ditangkap dan dimasukkan dlm plastik. Plastik itu ditelungkupkan pada satu tin susu atau tin milo. Kumbang akan bergetar. Getaran itu kami anggap sbg radio.
Tin susu juga boleh dibuat telefon. Caranya diikat dawai pada satu paku. Ditebuk bhgn dasar tin tersebut. Dimasukkan paku dan tali dawai utk jemuran kain akan diikat pada tin yang satu lagi. Bila kawan bercakap dengan suara yg kuat pada tin yg satu lagi dlm jarak 10 meter. Menghasilkan bunyi dan getaran. Itu sudah dianggap perhubungan berlaku.
Tin susu juga boleh dibuat roda untuk ditolak dengan kayu. Tin susu cap junjung itu akan ditebuk dikedua2 bahagian atas dan bawah. Dimasukkn lidi basikal. Pada hujung lidi diikat dgn dawai pada kayu panjang. Pegang kedua2 kayu, maka dapat ditolak seperti menolak roda. Selalunya Pakchu Kri anak pakchu Hamat suka buat alatan begitu. Seronok sungguh.
Kadangkala tayar basikal lama atau rim basikal boleh jadi permainan. Rim atau tayar basikal akan di pukul-pukul dgn kayu sambil berlari2. Tayar akan berpusing dan aku berlari sambil mengawal gerakan tayar tersebut. Jika mahu berhenti ditekan utk memperlahankn gerakan tayar tersebut. (Bersambung)
#nota kaki : Tok Ayah Yib meninggal pada tahun 1990 Maziah telah ikut ibunya di Lakloh pada tahun berikutnya Makdah Mamat meninggal tahun 2015 Pak Nik Dol meninggal pada 1990-an
No comments:
Post a Comment