Tuesday, April 26, 2016

CATATAN XVI KE 16 MEROKOK & SAUDARA

Kebiasaan pada waktu petang, bapaku akan membaca akhbar spt Utusan & Berita Harian sambil2 menyenggeng(lepak) di ruang tamu. Ibu pula menyediakn jemput-jemput atau cekodok, pisang goreng, teh O. Harga akhbar waktu itu sekitar 25 sen shj. Kdgkala dikirim dgn abg Yi atau Budak Awang yang selalu ke Bandar Pasir Mas. Bapaku juga berlanggan majalah Dian yg diterbitkan oleh Syt. Dian Darul Naim di bawah kelolaan Dato Yusof Zaki Yaakob untuk beberapa tahun. Satu rak penuh dgn majalah tersebut. Aku suka baca majalah Dian wpun byk perkara yang aku tidak faham. Antara ruangan yg menarik ialah Bersama Maryam Jameelah iaitu yahudi yang memeluk Islam. Byk idea ttg Islam menarik minatku. Protokol Zion yg mendetailkn ttg niat yahudi utk menubuhkn negara Zionis sebelum perang Arab Israel 1967 jg byk membantu dlm mengembangkn pengetahuanku.

Gambar Hiasan. Majalah Dian

Sehinggalah ayat yang aku bina ketika menulis karangan ketika darjah enam memang melampaui umurku kata cikgu yang ajar BM. Bapaku juga seorang yang kuat merokok. Jenama spt Benson &Hedges, Player, Perylis dll byk di rumahku. Disusun pada dinding. Penuh dengan kotak rokok. Boleh dikatakan setiap hari kotak rokok berganti yang baru. Asap memang berkepul satu rumah. Macam ubat nyamuk. Kadangkala bila ada tetamu dtg akan disuakan dengan rokok. Selain sirih pinang dalam cerana, rokok sigeret memang kegemaran tetamu yang datang. Daun sirih tak perlu dibeli kerana ditanam di belakang rumah. Kadangkala sirih dilayur dengan jelaga api pelita minyak untuk dibuat cap jari. Waktu memerlukan pengesahan dan kebetulan bapa tiada di rumah, itulah kaedah untuk buat cap jari oleh ibuku serta ibu-ibu yg seangkatannya pada waktu itu seperti Makcik Timah Zakario, Maksu Jah Pakchu Nik dll. Pokok pinang juga ada dua tiga pohon di belakang rumah.

Buah pinang ada yang kutip ada yang diupah untuk panjat. Selalunya Pak Soh Kaknik Mek yg rumahnya dekat surau akan panjat pokok pinang. Buah pinang akan dimasukkan dalam tempayan kecil untuk direndam selama beberapa hari. Pinang jeruk lebih lembut tapi dlm tempayan yg berisi pinang tu byk gokgat(anak nyamuk). Gokgat selalu aku ambil utk buat makanan ikan laga atau sekaring. Ikan tersebut byk terdapat dlm alur kecil depan rumah. Guna penyejat santan pun boleh utk tangkap ikan laga. Ikan ini cantik dan selalu buat laga dgn ikan rakan2. Bila sebut sekaring.teringat .biji getah yg kuat dan keras juga dipanggil sekaring. Ini kerana buah getah juga menjadi mainan kami untuk dilagakan. Caranya diletakkan biji getah atas biji getah lawan dan di ketuk guna tangan. Yg pecah kira kalah. Biji getah juga dibuat main congkak. Lubang congkak digali bawah rumah menggunakan sudu. Ibuku selalu marah kerana sudu kerap hilang. Kdgkala 5/7 lubang ikut kesesuaian. Musim biji getah meluruh dengan bunyi yg kuat selalu kedengaran. Berebutlah kami untuk dptkn biji getah sekaring.

Bapaku seorang yang kreatif. Kotak rokok dibuat kraftangan. Dipotong bhgn penutup untuk disusun bekas minyak rambut Brylcream. Lapisan dalam dilapisi kertas timah yang ada,dalam kotak rokok. Ketika merokok, abu pada puntung rokok dimasukkn ke,dalam bekas tersebut.Seingat aku cikgu2 yg mengajar waktu itu di SK Tok Sangkut mmg menghisap rokok wpun ketika mengajar di dalam kelas. Ada yg pakai baju tiga poket. Semuanya diisi dengan kotak rokok. Namun selepas jatuh sakit sekitar tahun 1990, arwah mula berhenti hisap rokok. Syukurlah aku tidak menurut jejak langkah tersebut. Memang perasaan aku ingin mencuba tp takut dgn arwah yg memang warning siang2 lg agar jgn sentuh rokok.

Namun begitu, perasaan ingin mencuba sentiasa bergelodak dlm jiwa. Akhirnya peluang yang dinantikan tiba apabila sedara dari selatan Thai berkunjung ke rumah. Abg Husin dan Kak Nah(sepupu) dari Teluk Bukit, Sg Padi., Yala, Thailand. Arwah tok Sulaiman memang kahwin ramai sehingga anaknya bertebaran hingga ke Thailand. Kak Nah ada dua beradik. Adiknya org panggil Jali. Seorang ustaz mengajar kitab di masjid. Namun ada org dengki tuduhnya sbg anggota Pasukan Pembebasan Patani (PULO). Waktu asar, Jali telah ditembak mati sebanyak dua das di dada kat Kokta(Yala) oleh pasukan soldadu(polis). Pada masa itu, ibunya iaitu Maksu Muyam pergi ke Makkah. Balik dari Makkah, Maksu Muyam tak nampak kelibat Jali. Asyik ditanya mana Jali, mana Jali. Berulangkali. Namun dirahsiakn agar Maksu Muyam tak terkejut. Lepas beberapa hari baru diberitahu secara berhemah agar tak terkejut. Maksu Muyam mmg ada masalah jantung. Memang sedih dan hiba, Maksu Muyam menangis semahu-mahunya kerana Jali satu2nya anak lelaki.

Selalu juga Kak Nah dan Abg Husin ziarah kami. Mereka ckp Mak Sedara lain dah tiada. Ibuku sahaja yg tinggal. Kami pun pernah pergi ke Teluk Bukit ketika kenduri kahwin Jali sebelum itu. Ikut sempadan Sg Golok dari Rantau Panjang. Di Sg Golok, warih warah menunggu dgn kereta pickup utk dibawa ke Teluk Bukit. Perjalanan hampir 2 jam juga untuk sampai ke tempat tersebut. Kak Nah byk dusun durian. Beliau suka buat Lempuk durian. Sedap rasanya. Kak Nah ada dua orang anak iaitu Hasan dan Yusof. Hasan ni lulusan University of Bangkok tapi disebabkan dasar diskriminasi oleh kerajaan Thai maka Muslim Thai tidak dapat menjawat jawatan yang lebih tinggi daripada orang Buddha Thai.

Lempuk Durian atau Kek Durian

Pernah kena kerahan tenaga sebagai askar. Di Thailand, setiap remaja yang mencapai umur 21 tahun wajib menjadi askar kerahan selama 2 tahun oleh kerajaan yang memerintah.

Berbalik kpd kunjungan Kak Nah dan suami..Kebetulan hari itu, abg Husin bawa rokok dari Thailand. Aku ambil dua batang rokok jenama Krungthep tanpa pengetahuannya. Kebetulan bapaku tiada di rumah. Lalu aku hisap-hisap curi di belakang baloh atau jelapang padi. Sambil mata pandang sekeliling takut orang nampak. Nanti sampai ke telinga bapa. Memang nahas jawabnya.

Sedutan pertama sudah batuk2. Asap berkepul-kepul. Habis satu batang rasa dunia sudah mula berputar. Cuba sebatang lagi. Sedut lagi. Kepala pula berdenyut. Last sekali muntah-muntah. Habis mknn tengah hari keluar bersama asap rokok. Kambing yg duk dlm kandang pun asyik mengembek jer. Mungkin terkejut tuan dia hisap rokok atau asap memenuhi kandang. Kebetulan hujan. Kambing itu ditarik masuk kandang bawah Baloh. Rasa dunia sdh mahu terbalik. Sejak itu, aku sdh tak sentuh rokok lg hingga kini. Memang aku ditakdir untuk tidak merokok. (Bersambung)

#nota kaki : Maksu Muyam meninggal setahun selepas kematian Jali. Abg Husin meninggal pada tahun 1999. Kak Nah masih ada tapi sudah terlalu uzur.

No comments: