Istiadat Pengurniaan Ijazah Sarjana
Setelah mendapat biasiswa HLP aku telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan, pentadbiran dan dasar pendidikan di Universiti Malaya pada 2008. Aku mendapat seliaan daripada Prof Madya Rahmad Sukor. Pengajian yang mengambil masa dua tahun ini bermula pada akhir tahun 2008. Setelah menghabiskan kerja kursus sebanyak 18 jam kredit aku telah disuakan dengan disertasi yang mempunyai beratan 18 jam kredit jua. Tahun 2009 sebenarnya tahun mencabar buatku. Untuk membolehkan disertasi aku yang bertajuk "Amalan Kepimpinan Moral Dlm Kalangan Pentadbir Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes" dapat dilaksanakan, maka aku perlu melalui vetting iaitu pembacaan proposal untuk kali pertama oleh tiga reader yg terdiri daripada Prof dr Sufean Husin, Dr Zuraidah dan En Megat.
Nampaknya pembacaan kali ini tidak memuaskan hati prof dr sufean sehingga beliau menggagalkan aku dan menyebabkan aku terpaksa membuatnya semula. aduus...cabaran yang amat getir ini memaksa aku berusaha dengan lebih keras lagi bagi menyiapkan proposal tersebut.
Mujurlah aku mendapat sokongan yang baik daripada bekas pengetua sekolah lama aku dahulu. Beliau memberi kerjasama yang cukup baik untuk membolehkan aku melaksanakan kajian yg berbentuk kualitatif itu. Sebetulnya aku amat meminati kaedah kuantitatif tapi memandangkan Supervisor aku minta aku melaksanakan kajian kualitatif maka aku terpaksa akur. Sememangnya kaedah kualitatif adalah berganda susahnya berbanding kuantitatif. Apatah lagi aku terpaksa membuat triangulasi secara temu ramah, pemerhatian dan analisis dokumen
Orang kata berat mata memandang maka berat lagi bahu yang memikulnya. Selepas kesemua chapter dapat disiapkan maka aku terpaksa melalui VIVA pulak. Hasil kajian aku itu dikehendaki melalui proses pembacaan untuk kali kedua. Kali ini memerlukan seorang pembaca luar(external reader) iaitu dari USM dan seorang pembaca dalaman (internal reader)
Alhamdulillah tanggal 2 Oktober aku telah dianugerahkan Ijazah Sarjana setelah majlis Senate Universiti meluluskan dalam pengajian ini. Segala cabaran yang getir telah dilalui dengan jayanya. Semoga ini menajdi semangat kepada pelajar-pelajarku. InsayAllah
No comments:
Post a Comment