Melastik burung juga antara aktiviti yg dilakukan dengan rakan-rakan sebaya pada waktu itu. Lastik atau bidas dibuat sendiri. Dahan pokok limau yang bercabang sesuai untuk dibuat kayu lastik. Dipangkas sehingga dapat dipegang pada kayu dan dua cabang lagi untuk diikat getah lastik. Anak batu kecil menjadi peluru untuk melastik burung. Namun begitu, hanya aksi sahaja. Aku tak pernah dapat melastik seekor burung pun. Anak batu yg dilastik itu kadangkala terkena daun, dahan kayu, atau btg pokok. Burung pula hinggap di dahan yang tinggi.
Gambar Ketika Hari Raya Aidil Fitri 1975
Burung yang selalu berterbangan di halaman rumah ialah burung gembala kerbau. Burung ini bersarang di celah dahan kelapa. Orang kata burung ini boleh diajar bercakap jika lidahnya digosok dgn daun lalang. Tapi kena bela dari kecil lagi. Aku teringin juga nak bela burung jenis ini. Namun ibuku cakap tak payah. "Mu nak makan pun tak cukup. Nanti burung mati berdosa." "Betul juga." Bisik hati kecilku.
Gambar Hiasan- Lastik(Bbidas)
Begitu juga burung tiong yang dibela oleh Abg Him Pak Jak. Burung ini selalu mengeluarkan kata2 yang tak senonoh. Aku rasa budak sekeliling yang ajar perkataan tersebut. Kalau orang perempuan lalu dibuat siulan. Disertai dgn perkataan yang tak baik.
Orang Kg Pak Jak ni memang suka hiburan. Setiap malam bunyi main dikir barat, dikir laba, main kertuk, main rebana dsb. Pernah mereka dijemput untuk menyertai paluan rebana sempena Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur. Pakteh Bedu, Ya Butir, Sakeri Pakteh, Ayah Lazim(Anak Tok Ayah Yib) dll lg mmg antara watak2 yang banyak terlibat dgn aktiviti tersebut. Selain bersilat, tomoi, memalu gendang. Semuanya ada di kampungku. Di sebelah timur kampong Banggol Setol pula terdapat kawasan pondok pengajian. Pondok Tok Haji Pok Weil. Diwarisi oleh anaknya Hj Zakaria. Yang pernah terpilih sebagai wakil rakyat di Dun Meranti.
Gambar Hiasan - Main rebana
Permainan wau dan layang-layang juga aktiviti yang menjadi tarikan selepas musim menuai. Permainan ini dijalankan selepas asar. Wau bulan adalah wau yang dihasilkan dgn seni rekaan yang menarik. Menggunakan corak yang pelbagai. Lebih besar dan lebar. Tali yang digunakan pun lagi kukuh. Jika ada pertandingan Wau. Rekaan yg cantik, bertahan lama di udara adalah kriteria utk dinobatkan sebagai pemenang. Busur diletakkan pada bhgn atas badan wau. Di udara angina yang bertiup menghasilkan bunyi dengung. Terasa getarannya apabila memegang tali tasi. Memang mengujakan. Angin yang bertiup sederhana byk membantu untuk membolehkan wau tegak di udara.
Gambar Hiasan - Main layang-layang di bendang
Aku dan kawan-kawan pula main layang-layang sahaja. Layang-layang dihasilkan daripada lidi kelapa, kertas surat khabar dan gam. Lidi kelapa dibentukkan sbg rangka laying-layang. Bentuknya kena betul2 tepat. Kalau tidak layang2 berpusing2 apabila diterbangkan. Sampai ke petang pun tak naik ke udara. Pada ekor laying-layang diletakkan keratan akhbar yang dipotong kecil secara memanjang. Seorang akan memegang tali sambil berlari apabila rakan melepaskan layang2. Pergerakan naik secara perlahan2 sehingga ke udara memang memberikan kepuasan. Ada yang menggunakan kertas minyak, kertas warna yg banyak dijual di kedai Pakchu Hamat. Lokasi permainan wau ialah di tanah sawah depan surau/ masjid Kg Banggol.
Pada waktu itu, jerami sudah habis dibakar. Kaum ibu sibuk menampi padi baru diangkut dari tanah padi selepas aktiviti membanting. Padi ditampi dengan menggunakan badang(nyiru) yang diperbuat daripada buluh. Bertujuan untuk mengasingkan padi dengan hampa di atas guni yang dihampar di tepi jalan. Jika tangkai padi diketam, tangkai dan padi akan diasingkan secara tradisional. Rumah Kak Nik Mek Pak Soh yang terletak di belakang masjid memang mempunyai alat pengisar. Alat ini digunakan untuk mengasingkan padi drp tangkai. Padi yang telah diasingkan itu pula akan ditumbuk dgn alat yang dipijak dibhgn hujung secara beramai-ramai. Aku memamg suka memijak hujung kayu penumbuk padi. Jika aku sahaja yang memijak memang tak bergerak pun kayu itu. Persis main jongkang jongkit. Hujung satu lagi dipasang kayu berbentuk alu yang besar. Dalam lesung itu dimasukkan padi yang telah diceraikan drp tangkai. Kaedah ini beransur hilang apabila teknologi moden mula diperkenalkan selepas itu. Lagi pun oarng kampung hanya menanam padi sekali setahun. Ada antara mereka yang sanggup ke Kedah dan Perlis untuk mengambil upah menguasahakan padi. Memang serba kekurangan.
Alat Kisaran Padi
Di tanah sawah seluruh kg Banggol Setol memang kering kontang termasuklah air parit yang hanya ada lumut dan teratai. Hijau airnya. Nak mandi pun tak tergamak. Kelihatan anak2 itik dan ibu berenang2. Ayam pula sibuk mengais-ngais mencari makanan. Padi-padi yang tumpah drp guni sewaktu aktiviti menampi memang menjadi rezeki ayam-ayam tersebut. Ayam kampung memang tidak pernah dikurung. Reban yang dibina di sudut kiri halaman rumah adalah untuk kegunaan untuk ayam-ayam tidur. Ada yang tidur atas pokok, ada yang tidur atas bumbung. Burung pocong juga galak untuk mencari rezeki. Itik serati yang selalu menyudu air car(longkang) juga datang ke kawasan ini. Angsa yg dibela oleh Hj Hasan Nawang kelihatan menyusuri tali air untuk mencari rezeki. Angsa adalah sejenis haiwan yang tidak pernah diam. Asyik bunyi je. Kadang-kadang datang menerpa ke betis untuk digigit. Berceludar lari. Pepatung pula banyak beterbangan terutama menghampiri senja memenuhi kawasan tanah padi yang kering itu.Susah benar untuk ditangkap Pelbagai warna dan saiz. Orang kata pepatung ini boleh dibuat ubat untuk mencegah kencing malam. Caranya biarkan pepatung itu menggigit pusat budak yang asyik kencing malam itu. Namun aku tak pernah cuba. Mat Jiji cakap memang pedih.
Gambar Hiasan - Pepatung
Keseronokan itu tidak terbatas hari cuti sekolah sahaja. Selepas balik dari sekolah aku terus bertukar pakaian dan berlari semahu-mahunya menuju ke tanah sawah yang kering itu. Kebetulan bapaku sedang mandi di telaga di belakang rumah. Terlepas pandang. Kadangkala main kejar-kejar. Kawan-kawanku memang seronok pada waktu itu. Mat Jidi, Zaki Ghopa, Mi Mek Jenab, Nuar Mek Jenab sedia menunggu di kawasan tersebut. Lupa makan dan minum. Kalau dahaga pergi togok air daripada gohek yang ada di masjid. Keseronokan yang tak terbatas itulah yang menyebabkan aku selalu dilibas oleh bapa kerana balik lewat petang.Maklumlah zaman ini belum ada sumber hiburan seperti sekarang. Nak buat permainan pun tak perlu beli. Hanya buat sendiri. Namun aku pun tak pandai suruh Zaki Ghopa yang buat. Bedil rocoh yang diperbuat daripada buluh pelenting salah satu daripada permainan kegemaranku pada waktu itu.
Bedil Rocoh
Pelurunya daripada buah cenerai atau kertas surat khabar yang direndam air..Kami dibahagikan kepada dua pasukan. Pasukan jahat atau pasukan baik. Kena pecat baju. Untuk melihat sama ada kena peluru atau tidak. Kalau kena kat badan memang pedih dan tinggalkan kesan bintik-bintik lagi. Selalunya bermain di kawasan Tok Teri yang jauh daripada rumah. Berjalan ramai-ramai dengan lastik di leher, bedil rocoh di celah pinggang, peluru dalam poket seluar. Memang happening waktu itu. Berbalas tembakan. Bersembunyi di balik semak. Memang tidak takut ada ular atau binatang berbisa yang lain...
(bersambung)