Wednesday, October 29, 2008

MASJID BEIJING DI KELANTAN



Caption: Left Masjid Beijing di Kelantan Right : Masjid di Xian, China
Sewaktu aku pulang berhari raya hari itu, aku melalui Rantau Panjang. Terlihat aku sebuah bangunan yang menyerupai tokong cina selepas keluar simpang dari Pekan Rantau Panjang Terkesima aku...apabila dipandang sekali lagi rupanya sebuah masjid Cina yang binaannya sama dengan apa yang ada di negara China.
Dari segi sejarah, apabila Islam berkembang di negara tersebut, mereka tidak membuang terus budaya cina terutamanya dari segi budaya, seni bina dan cara hidup. Yang pastinya, Islam telah diasimilasi dengan budaya cina. maknanya di sini segala yang jelas bertentangan dengan syariat Islam telah dihapuskan tetapi budaya yang tidak bertentangan dikekalkan. Contohnya seni bina masjid, penggunaan 'chop-stick' dsb.
Berdasarkan catatan sejarawan spt John Crawford, org arab Islam telah mempunyai gedung perniagaan di Canton/Amoy yg sekarang dikenal sbg Guangzhou. Oleh itu mereka sentiasa berulang-alik ke negara tersebut melalui nusantara lalu membina perkampungan di kawasan ini.
Oleh itu ilham yg telah dilahirkan oleh Tuan Guru Hj Nik Aziz itu berjaya diimplementasikan di Kelantan. syabas.
Melalui pembinaan masjid itu diharapkan bukan sahaja menarik pelancong tetapi menarik yg non-muslim kepada muslim...kerana Islam bukanlah untuk melayu sahaja tetapi untuk semua bangsa.
Fakta : org China Islam seramai 150 juta
org Melayu Islam seramai 16 juta.
Agak-agaknya siapa yg paling ramai masuk syurga?
Fikir-fikirkanlah...

1 comment:

arsal74 said...

Orang Melayu, apabila memeluk Islam tidaklah meniru seni bina Arab. Masjidnya tetap dengan konsep Melayu yang asal. Cuma akhir-akhir ini sahaja, semakin ramai yang berasa "geli-geleman" menjadi Melayu. Agak-agaknya berasa bahawa dengan menjadi Melayu itu kurang Islamnya...