Suasana hari raya masih terasa. Rumah terbuka ada di mana-mana. Sama ada rasmi atau tidak rasmi masing-masing ada pihak-pihak tertentu yang mengadakannya. Ada sesetengah majlis yang diadakan itu mempunyai tujuan dan maksud yang tertentu tetapi yang pasti tradisi itu masih segar dan menjadi amalan masayrakat di Malaysia.
Hari ini ada dua majlis Rumah Terbuka yang tidak cukup hebatnya iaitu di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru dan Stadium Melawati Shah Alam. Sejak kul 9.00 lagi jalan menghala ke Kl dari Selayang/Kepong sudah sesak kerana banyak kereta yang menuju ke satu destinasi iaitu Kg Baru dan mungkin juga sekatan jalan raya yang diadakan demi 'keselamatan'
Namun begitu, bagilah pekuang kepada rakyat untuk beramah mesra dan kunjung-mengunjung untuk berhari raya dan jangan jadikan alasan-alasan yang tertentu sebagai pengahalang kepada pertemuan rakyat dan pemimpin.
No comments:
Post a Comment