Hari ini aku lupa bahawa ada latihan merentas desa. Pakai pula baju 'kerja'. Tak pakai t-shirt. aku ditugaskan di check point 3 kat Tmn Sri Megah. Aku tumpang kereta Hj Yahya. Apabila aku sampai di check point tu dah ada beberapa pelajar QM yang bertugas. Kami bersembang-sembag sambil menunggu ketibaan pelajar.
Aku sabar menanti sehinggalah kelompok pertama tiba di simpang check point 3. Ketika aku mengawal pelajar yang ramai itu tiba-tiba datang sebuah kereta kancil yg dipandu oleh seorg lelaki cina terus masuk simpang tersebut dgn lajunya. Aku mula mengarahkan pelajar yg berlari itu untuk ketepi. Malangnya tiba2 satu percikan air daripada lopak yang dilalui kereta tersebut betul-betul 'whooosh' menyimbah muka dan badanku.
Habis basah kuyup. Bayangkan pelajar2 yg dok sama-sama bertugas ketawa terbahak2 melihat keadaan cikgunya ini.
Nampaknya aku bukan lagi 'ibarat lilin' tetapi ibarat 'objek disimbah air'.
moralnya di sini berhati-hati jika ada nampak lopak air agar tidak kena pada badan anda.
sekian
No comments:
Post a Comment