Sunday, October 12, 2008

Selamat Menduduki PMR 2008


Selamat menduduki PMR 2008 kepada calon-calon PMR di seluruh negara amnya dan calon PMR SMK Kepong Baru, KL Khasnya.
Saya mengharapkan mereka dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik.
Di sini saya nak perturunkan beberapa tips ketika hendak mengambil pep.
1. Pastikan tidur awal. Kalau boleh sebelum tu buat solat hajat dan berdoa serta bertawakkal kehadrat-Nya.(pelajar Islam)
2. Bangun awal, solat jgn lupa, bersarapan itu penting.
3. Minta restu ibu bapa, jika jumpa guru minta restu mereka.
4. Bila melangkah ke dewan peperiksaan. Baca doa agar diberkati perjuangan anda pada hari tersebut. Tenangkan fikiran.
Jangan terlalu gelabah
5. Apabila soalan diedarkan, ikut arahan pengawas.
6. Baca arahan dan jangan terlalu gopoh kerana peruntukan masa adalah mencukupi(jika ada tahu menguruskannya)
7. Untuk soalan geografi(saya guru geog), sila jawab soalan 7 - 60 dahulu kerana soalan 1 - 6 perlukan banyak masa untuk pengiraan jarak, bearing dsbnya.
8. Tinggalkan soalan yg susah dan teruskan menjawab soalan lain dan kembali untuk menjawab soalan tersebut.
9. HItamkan kertas jawapan anda sambil menjawab agar anda tidak kesuntukan masa.(ramai pelajar yg suka menjawab pd kertas soalan dahulu dan apabila kesuntukan masa ramai yg tergopoh-gapah untuk menjawab sehingga tertukar jawapan)- ingat tu....
10. Jawablah sehingga habis waktu. Jgn terikut dgn kengkawan yg sudah 'hebat' tu tak sampai 15 minit dah minta keluar.
11. Semoga berjaya...

No comments: