Sememangnya penggunaan komputer kini begitu penting. Apatah lagi pelbagai kerja seperti surat-menyurat, pembentangan kertas kerja, statistik guru dan murid memerlukan kemahiran dalam bidang ICT. Bagi guru 'lama', menganggap penggunaan komputer adalah menyusahkan. Alasannya tidak pandai, tak tahu buka komputer dan lebih teruk lagi 'buta komputer'. Alasan-alasan itu menyebabkan mereka bersikap lepas tangan dan menjalankan kerja secara manual dan ada yang sangguyp mengupah orang lain untuk menyiapkan sesuatu kerja yang melibatkan komputer.
Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Ia amat asing bagi saya kerana sepanjang berada di universiti dahulu mesin taiplah yang menjadi tempat untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Jika ada sebarang kesilapan maka lagi lambat kerja untuk disiapkan.
Apabila datang ke SMK Kepong BAru pada 1995. saya telah diberi tugasan yang mencabar iaitu menyiapkan buku program untuk Hari Sukan Sekolah. Pada waktu hanya terdapat satu komputer sahaja di bilik mesyuarat dengan menggunakan perisian window 3.1 Apabila mendapat tugasan itu terasa amat berat untuk diri ini menerimanya. Tapi digagahi juga kerana adalah sedikit minat dalam hati. Akhirnya berjaya jua disiapkan. Tapi banyak menggunakan kaedah print dan tampal. Apatah lagi En Sharif sbg ketua buku program banyak membantu aku untuk melaksanakan tugasan tersebut. Bermula pada itu, minat mula makin bercambah dan aku seronok apabila diberi tugas yang berkaitan komputer. Dan tugas aku itu sudah dikira 'tetap dan berpencen'
Dua tahun kemudian aku dilantik sbg Penolong Guru Emis sekolah(Ketuanya Pn Ooi). Tak lama kemudian beliau ditugaskan untuk melaksanakan tugas sebagai penyelaras form 6 dan beliau meminta aku pula jadi ketua , dan beliau sebagai penolong. Lepas itu terus dia tak jadi guru emis lagi kerana memenuhi tugas dan komitmen yg lain. Maka terkontang=kantinglah aku sendidrian untuk menjadi guru EMIS sekolah. 4 tahun kemudian aku telah dilantik sebagai Jurulatih utama EMIS WP Kuala Lumpur. Bermula pada itu aku mula sibuk dengan tugasan di luar dan di sekolah. Tetapi aku cukup bersyukur walaupun begitu pihak sekolah menaruh kepercayaan kepada aku untuk memegang jawatan dan kerja tersebut yang mungkin amat menyusahkan bagi sesetengah orang.
Apabila aku memulakan pengajianku pada Dis 2008 ini aku telah melatih pengganti aku agar tidak berlaku kekalutan dan kelam kabut. Alhamdulillah nampaknya beliau amat berminat untuk menjadi pengganti aku. Semoga Khairul Nizam akan dapat melakukan lebih daripada apa yang aku mampu lakukan. Insya-Allah.
Oklah nanti aku akan utarakan tips-tips penggunaan komputer pula, bye
No comments:
Post a Comment