Di sini aku akan perturunkan beberapa tips penggunaan komputer. Harap-harap kengkawan semua jdkannya sbg panduan Antaranya ialah:
1. Jangan install lebih dari 1 OS dalam satu sistem
2. Jangan letakkan bilangan user yang terlalu ramai dalam sesuatu sistem,
paling banyak pun 2, terbaik biar hanya 1 user saja
3. Jangan install perisian yang anda tidak pasti sumbernya
4. Berhati-hati apabila update driver motherboard dan processor (biasanya
tak perlu update pun)
5. Sentiasa update perisian antivirus anda
6. Jangan install atau cuba run perisian yang melebihi kebolehan sistem
anda (biasanya game lar,memerlukan spesifikasi yang tinggi)
7. Elakkan install perisian terlalu banyak dalam drive anda install OS anda,
elakkan juga menyimpan fail dalam drive tersebut, simpan dalam drive atau
partition lain
8. Berhati-hati ketika mereka partition, data dalam partition yang anda delete
dan reka semula akan hilang sama sekali
9. Ketika menggunakan perisian untuk tweaking setting komputer, berhati-hati
agar tidak menjadikan anda menyesal kemudian hari
10.Jangan overclock sistem anda walaupun anda cukup hebat dalam bidang tersebut, banyak komplikasinya, dan jangka hayat sistem anda akan berkurang
11.Jangan memaksa sistem anda bekerja untuk beberapa perisian serentak,contohnya membuka 7 ke 8 perisian serentak!!!
12.Elakkan install terlalu banyak perisian yang anda tidak perlukan
13.Scan virus sekurangnya sekali seminggu, defragment,check registry,buang fail
tak penting sekurangnya sekali setiap 2 minggu
14.Elakkan menggunakan “regedit” dan “services.msc” jika anda kurang mahir
mengenainya!!!
15.BIOS?Jangan usik jika anda tidak mahir mengenainya!!!
16.Membuka casing untuk penyejukan memang bagus, tapi pastikan anda prihatin
dengan kebersihan sistem anda
17.Elakkan makan dan minum berdekatan sistem anda
18.Penggunaan sistem penghad kuasa digalakkan, seperti PowerBuster
19.Jangan install perisian perlindungan komputer hebat yang menggunakan password kalau anda seorang yang pelupa!!!
20.Andai anda ingin membawa pc anda untuk perjalanan jauh, seperti naik bas,
tanggalkan beberapa komponen dan bawa dalam beg berasingan seperti hard disk, graphic card, untuk mengelakkan berlaku kerosakkan kepada komponen ini
apabila pc anda mengalami hantukan atau terjatuh!!!
21.Elakkan install perisian mencurigakan, jika anda tidak mahu menjadi gelabah
kemudian,seperti muncul senarai “gambar blue” dalam senarai
screensaver anda secara tiba-tiba,yang sudah pasti anda tidak tahu cara
deletenya.lebih teruk kalau komputer anda diserang virus atau ditakluk trojan.
22.Sistem anda perlahan,walaupun anda sudah tweak setting?upgrade la hardwarenya
23.Restart/Reset komputer ketika masalah muncul kadang-kadang membantu
24.Jangan membiarkan komputer anda terbuka 24jam sehari…akan membawa kesan jangka panjang yang teruk,seperti motherboard atau processor melebur…
No comments:
Post a Comment