Saturday, October 18, 2008

LDP OH LDP...



Hari ini (sabtu, 18 Oktober 2008) berlangsung satu ldp yang diwajibkan untuk semua guru di smk Kepong baru dan mungkin terdapat juga di sekolah2 lain.
Hari ini cukup memenatkan. Bayangkan bermula pukul 8 - 3 petang. terpaksa menadah telinga dan bersengkang mata untuk menerima input daripada penceramah 'local' dan penceramah 'import'.
dimulai dengan ceramah berkenaan disiplin yang disampaikan oleh En Ilamaran.
Aku kira banyak juga input yang berguna disampaikan oleh beliau berkenaan perundangan dlm profesion perguruan. Rupa-rupanya cikgu zaman ler ni byk menghadapi tekanan berbanding dgn guru dulu. Dulu siap bapa bawa rotan utk guru guna bagi mengajar anak-anak mereka tidak mcm skrg siap bawa peguam lagi.(menurut EnMohd Azmi)
Penyampaian oleh En Mohd Azmi kukira amat menarik sekali. Penyampaian penuh bersahaja padat dengan maklumat, cerita yang penuh humor dan pelbagai aktiviti yang penuh bererti ini begitu mengujakan aku dan rakan-rakan.
Sebenarnya masa yg diperuntukkan untuk slot beliau amat tidak cukup. seboleh-bolehnya 6 jam tetapi hari ni bagi kat dia dua jam sahaja. Tak mengapa lain kali pihak sekolah dapat menjemput beliau lagi.
Aktiviti petang pula diwarnai dgn aktiviti mengecap dan melukis pelbagai corak yang diilhamkan oleh guru-guru sendiri. Kreatif juga cikgu-cikgu SMK Kepong Baru ni. Dan dapat release tension.
Boleh dikatakan pada hari ni aku boleh bagi ranting 4 star. bravo

No comments: