Sunday, October 5, 2008

Balik Raya

Perjalanan jauh tak kurasa
kerna hati melonjak sama
bertemu sanak saudara
hati girang
balik kampung....

itulah sedutan lahu Balik Kampung oleh Allahyarham Sudirman. menggamit hati dan perasaan untuk sampai ke kampung.
biarpun terpaksa melalui kesesakan yg teruk tp tekadkan hati utk pulang menemui ayah bonda dan keluarga.
Pada kali ni...aku telah buat keputusan untuk balik melalui jalan Cameron Highland. Namun begitu terpaksa hangus RM23.00 untuk tol dari sg buloh ke simpang pulai.(Tapah? isteri aku dah serik jalannya amat mencabar. raya tahun lalu muntah2 dibuatnya.
Pagi-pagi lagi dah bersiap (27 Sept,Sabtu). Lepas bersahur terus berkemas kalau sebelum ni lepas sahur dan solat subuh terus tidur..tapi kali ni digagahi untuk balik kg.

mulanya nak balik ngan Myvi tapi memandangkan adik ipar dan anak buah aku nak tumpang ditambah lagi dgn anak yang 4 org tu maka Avanzalah pilihanku. Perjalanan balik melalui Simpang Pulai - Cameron Highland - Lojing - Gua Musang mengambil masa hanya 3 jam lebih jer.... berbanding ngan melalui K. Lipis - Raub. Yg seronoknya kami singgah di C. Highland sambil makan angin (angin jer sebab puasa) dan merasai kedinginan suhu yg sejuk di sana.
jalan pun elok. Jd langkah yg bijaklah aku rasa dengan memilih jalan itu. Kawan aku cakap jln melalui K. Lipis - Raub - G. Musang - K/ Krai - Machang sgt2lah jam. Ada yg terpaksa melalui hampir 15 jam atas kereta. itu pernH ku alami waktu aku pakai kereta Charade dulu. Pnyalah siksa.dahla..takder aircond. anak pulak meragam.panas pulak tu. Tapi syukurlah Allah telah byk bg rezeki kepada kami sekeluarga.
Beraya pun tak sempat habis. Itupun umah family aku dan isteri sahaja. Umah kengkawan pun tak sempat pergi.
Balik KL pun melalui jalan yg sama. Kul 10.00 pagi di PMas sampai kul 7.30 di sg Buloh. Org lain K. krai - GMusang (hampir 5 jam)
oklah nanti aku nukilkan lagi ttg aku nak berkursus PTK DG44 pulak..mencabar tu kena speaking beb...lepas tu. bulan 12 ni kena daftar masuk UM pulak sambung master...
sekian

No comments: