Tepat pukul 12.00 tgh malam aku mendapat satu panggilan. Panggilan yang cukup menghiris dan memilukan perasaanku. Panggilan yang mengkhabarkan tentang suatu pemergian. Pemergian untuk selama-lamanya...MAKCIK NAH. Ibu saudaraku yang cukup penyayang dan pengasih. Jika aku balik kg, tak pernah aku ketinggalan untuk singgah di rumahnya untuk melawat beliau di rumah di Kg Laut.
Beliau merupakan kakak kepada bapaku Cikgu Wan Mohd Noor.
Aku juga tidak dpt balik bersama dgn sepupu2 aku yg lain kerana beberapa masalah yg tak dapat dielakkan. Hati ini sebenarnya terbungkam dan memberontak utk menatap wajahnya yg kali terakhir...itu yg menyedihkanku..
Pada hari raya rumahnyalah tempat kami berkumpul dan bertemu mata dengan saudara mara yg tak pernah berjumpa. Beliaulah yg banyak memperkenalkan aku dgn saudara-saudara yg belum pernah aku temui sebelum ini.
sesungguhnya setiap yang bernyawa mesti akan melalui kematian. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org-org yang soleh dan beriman. Amin
1 comment:
Al-Fatihah 😢😢 . .. selalu merindui kuih tat Mak Cik Nah. Tiada bandingan...
Post a Comment