Saturday, January 12, 2013

Sabtu Yang Hening

Hari sabtu yang hening 12 Jan 2013. Pada hari ini ada tiga event yg penting dan melibatkan aku. Pada hari ini juga di kampung halaman ada kenduri kahwin anak saudara. Pada hari ini juga ada LADAP di sekolah dan pada hari ini juga ada sesuatu yang hebat berlaku di Kuala Lumpur. Dalam keadaan ini aku terpaksa membuat pilihan yang kedua kerana itulah bidang tugas dan kerjaya aku yang diamanahkan untukku. LDP atau LADAP bagi sesetengah sekolah penting untuk kecemerlangan dan kelangsungan guru dalam pendidikan. Kami juga bertuah kerana pengetua yang prihatin dan mengambil berat kebajikan guru-guru. Beliau juga meluangkan masa untuk bersama kami di sekolah.

No comments: