Catatan Siswa 2
sambungan...perjalanan yang mengambil masa 9 jam melalui lebuh raya Timur Barat, Jeli - Grik - Baling - Pulau Pinang begitu memenatkan. Kami berhenti sekejap di Grik untuk makan dan solat. Makanan di situ enak tapi mahal..memang cekik darah.
Kami tiba di pagar utama USM lebih kurang pukul 4 petang. Pengawal telah menunjuk arah untuk ke Desasiswa melalui surat tawaran yang ditunjukkan itu. Memandangkan kami berlainan desasiswa maka pemandu van itu mengambil keputusan untuk menghantar saya terlebih dahulu di Desasiwa Permai. Desasiwa itu juga dikenal sebagai Hilton Permai untuk pelajar lelaki dan Shangri-La untuk pelajar perempuan. Yang menariknya desasiwa itu juga menjadi lokasi untuk penggambaran cerita Ali Setan yang terkenal pada waktu itu. Watak utamanya ialah Azmil Mustafa yang sekarang menjadi pendakwah bebas.
Tidak lama selepas aku mengambil barang-barang dan meletakkannya di bilik yang telah disediakan untukku. Pada waktu itu aku hanya keseorangan kerana pelajar senior belum melaporkan diri lagi. Bangunan Desasiswa tersebut setinggi tujuh tingkat. Di bahagian bawah terdapat gerai mamak yang buat roti canai dan teh tarik. Disebabkan aku ditempatkan di tingkat 1 maka senanglah untukku turun ke tempat makan.
Oh ya...bagaimana dengan dua orang lagi tu?..Pemandu van telah menghantar mereka ke desasiwa masing-masing. Lupa nak jelaskan bahawa kedua-duanya adalah perempuan. Bapa kepada salah seorng kawanku itu kelihatan menangis. Menurutnya dia risau takut anaknya dibuli oleh senior. OLeh itu beliau berat hati untuk meninggalkan anaknya itu. Selepas dipujuk oleh bapaku maka beliau terpaksa akur untuk pulang. Selepas itu mereka menghantar aku kembali ke desasiswa Permai. Timbul juga rasa kesedihan kerana ditinggalkan tetapi demi cita-cita aku tetap gagahi jua. Maka bermulalah hidupku di kampus sebagai mahasiswa. Aku telah diberitahu oleh AJK Orientasi bahawa malam itu sudah bermula minggu orientasi untuk kami pelajar-pelajar baru ambilan 1991...bersambung
No comments:
Post a Comment