Wednesday, January 9, 2013

Awal Tinta Di Tahun Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera Selamat tahun baru. Moga saya dan anda semua juga mempunyai azam yang baru. Saya memohon ampun dan maaf kerana sudah lama tidak update blog ini. Bukan kerana apa tetapi kerana masalah kesuntukan masa. Saya bukannya orang penting tapi saja-saja menyibukkan diri. Sempena tahun baru ini saya sudah tidak terbeban dengan tugas yang besar sepertimana tahun lepas. Oleh itu tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk mendidik anak bangsa akan kugalas demi mencapai kecemerlangan sekolah. Tahun ini masih lagi mengajar sejarah 8 kelas merangkumi 5 kelas tingkatan 4 dan 3 kelas tingkatan 5. Terdapat juga perubahan terhadap kelas yang diajar. Namun ada desas desus akan berlaku lagi pertukaran kelas. Susahlah macam ni. Sekian. Moga berjaya selalu.

No comments: