Tuesday, January 29, 2013

Catatan Siswa 1

Pemandangan Jambatan Pulau Pinang
Tanggal Julai 1991, aku telah melapor diri ke kampus Minden USM. Padahal pada waktu yang sama aku juga mendapat tawaran ke Maktab Perguruan juga di Pulau Pinang. Namun atas nasihat guru-guru dan teman-teman aku mengambil keputusan untuk ke menara Gading(USM). Seramai 5 orang temanku dari sekolah yang sama iaitu SMK TG Panglima Raja, Lemal berjaya ditawarkan ke universiti berkenaan. Kesemuanya mendapat kursus Pendidikan.
Aku melihat ayah dan ibuku terlalu excited dengan kejayaan anaknya ini yang berjaya mendapat tempat di universiti. Kebetulan tarikh ayahku pencen adalah bulan pada 1 April 1991, tiga bulan selepas itu beliau menyambut anaknya pula yang berjaya menjejak kaki hingga ke puncak jaya. Aku dikira menggantikan ayahku iaitu Cikgu Wan Mohamed Noor. Pemergian kami ke bumi Minden ini disertai juga oleh ibu dan adik bongsuku, Naim. Tak dapat bayangkan kerana kami akan melintasi jambatan yang dikatakan terpanjang di Asia pada ketika itu. Sehingga jiranku iaitu arwah Pakcu Seman minta ayahku mengira berapa tiang elektrik sepanjang jambatan tersebut. Kami bertolak di awal pagi. Kami menaiki van yang dicatar dengan orang Kg Repek. Pada awalnya ayah berjanji dengan seorng lagi kawannya yang anaknya sama-sama dapat ke USM. Namun begitu tanpa pengetahuan ayah beliau telah menjemput seorg lagi untuk naik van bersama. Aku dapat melihat wajah ayahku yang kecewa dengan tindakan kawannya itu. Tidak kisahlah..perkara sudah berlalu...bersambung
Ketika Menerima Ijazah Pertama

No comments: