Sunday, November 25, 2012

Who was Umar Mukhtar?

Umar Mukhtar(1862 – September 16, 1931), was born in the small village of Janzour, near Tobruk in eastern Barqa (Cyrenaica) in Libya. Beginning in 1912, he organized and, for nearly twenty years, led native resistance to Italian colonization of Libya. The Italians captured and hanged him in 1931. He was orphaned early and was adopted by Sharif El Gariani, nephew of Hussein Ghariani, a political-religious leader in Cyrenaica. He received his early education at the local mosque and then studied for eight years at the Senussi university at Jaghbub, which was also the headquarters of the Senussi Movement.
In October 1911, during the Italo-Turkish War, an Italian naval contingent under the command of Admiral Luigi Faravelli reached the shores of Libya, and demanded that the Turkish administration and garrison surrender their territory to the Italians or incur the immediate destruction of the city of Tripoli. The Turks and their Libyan allies withdrew to the countryside instead of surrendering, and the Italians bombarded the city for three days, then proclaimed the Tripolitanians to be “committed and strongly bound to Italy.” This marked the beginning of a series of battles between the Italian colonial forces and the Libyan armed opposition under Umar Mukhtar. A teacher of the Qur’an by profession, Mukhtar was also skilled in the strategies and tactics of desert warfare. He knew local geography well and used that knowledge to advantage in battles against the Italians, who were unaccustomed to desert warfare. Mukhtar repeatedly led his small, highly alert groups in successful attacks against the Italians, after which they would fade back into the desert terrain. Mukhtar’s men skillfully attacked outposts, ambushed troops, and cut lines of supply and communication. The Italian army was left astonished and embarrassed by his guerrilla tactics “I’m not a sweet bite of a meal anyone can swallow. No matter how long they try to change my belief and opinion, Allah is going to let them down” Umar Mukhtar Umar Mukhtar’s struggle of nearly twenty years came to an end on September 11, 1931, when he was wounded in battle near Slonta, then captured by the Italian army. The Italians treated the native leader hero as a prize catch. His resilience had an impact on his jailers, who later remarked upon his steadfastness. His interrogators stated that Mukhtar recited verses of peace from the Qur’an. In three days, Mukhtar was tried, convicted, and, on September 14, 1931, sentenced to be hanged publicly (historians and scholars have questioned whether his trial was fair or impartial). When asked if he wished to say any last words, Mukhtar replied with a Qur’anic phrase: “Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.” (“To God we belong and to Him we shall return.”). On September 16, 1931, on the orders of the Italian court and with Italian hopes that Libyan resistance would die with him, Mukhtar was hanged before his followers in the concentration camp of Suluq at the age of 82 years. Today, Mukhtar’s face appears on the Libyan ten-dinar bill. His final years were depicted in the movie Lion of the Desert (1981), starring Anthony Quinn, Oliver Reed, and Irene Papas. The Italian authorities had banned the film in 1982 because, in the words of the then Prime Minister Giulio Andreotti, it was “damaging to the honor of the army”. The last act of the government’s intervention against the film was on April 7, 1987, in Trento; afterward, MPs from Democrazia Proletaria asked Parliament to show the movie at the Chamber of Deputies. The movie was finally broadcasted on television in Italy by Sky Italy on June 11, 2009 during the official visit to Italy of Libya’s former leader Muammar Gaddafi (who wore a photograph of Umar Mukhtar hanging on his chest while on the state visit, and brought along Umar Mukhtar’s elderly son).
from the movie Lion of the Desert: Umar Mukhtar: We do not kill prisoners! Arab Warrior: They do it to us! Umar Mukhtar: They are not our teachers! With the Libyan uprising beginning February 17, 2011, Umar Mukhtar again became a symbol for a united, free Libya and his picture is depicted on various flags and posters of the Free Libya movement. Rebel forces named one of their brigades the “Umar Mukhtar brigade” after him.
diambil dari laman sdra OthmanAbdullah

Amalan Kepimpinan Moral (II)

Greenfield(2004) berpendapat bahawa pentadbir sekolah yang berusaha untuk berada dalam sesebuah komuniti harus mengambil berat akan setiap kebajikan orang di sekelilingnya serta membantu antara satu sama lain untuk belajar bagi meningkatkan rasa kekeluargaan, keakraban dan perhubungan antara warga sekolah(Greenfield, 2004, 174-175). Dengan itu
amalan kepimpinan moral yang dilaksanakan oleh para pentadbir yang lain akan membangkitkan semangat serta motivasi kerja kepada guru-guru. Apabila guru-guru berasa puas dan bersemangat terhadap kerja, maka mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah digariskan tanpa memikirkan kepentingan diri mereka. Justeru apabila kepimpinan dipraktikkan secara autoriti moral,para guru akan dapat memberikan komitmen secara bersama dan menunjukkan sikap saling bergantung antara satu sama lain (Sergiovanni, 1992). Impaknya, prestasi pelajar akan meningkat dengan cemerlang apabila komitmen yang ditunjukkan oleh guru menjadi teladan dan contoh kepada pelajar.
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Wan Mohd Zahid (1993) di Kedah menunjukkan aspek utama yang memotivasikan guru-guru untuk bekerja di sekolah bukanlah disebabkan oleh pangkat atau gaji tetapi bagaimana layanan, penghormatan dan penghargaan yang diberikan oleh guru besar atau pengetua. Pengiktirafan yang diberikan ini akan dibalas dengan usaha yang gigih dan juga penghormatan terhadap pemimpin. Seterusnya memangkin kecemerlangan institusi pendidikan tersebut.
Sergiovanni (1992) pula menekankan bahawa kepemimpinan moral yang berkesan akan melahirkan dan mengembangkan proses-proses pembelajaran secara bersistematik berasaskan kemampuan yang ada pada setiap manusia. Beliau menyarankan kepimpinan ini perlu diterapkan dalam institusi pendidikan kerana institusi tersebut adalah memberi perkhidmatan kepada masyarakat untuk kepentingan manusia pada masa depan. Pernyataan ini disokong oleh (Greenfield, 1999; Rahmad & Mariam, 2007)dengan menegaskan bahawa kepimpinan moral di sekolah berupaya untuk membawa anggota masyarakat untuk mencapai tujuan asas secara bersama. Tegasnya lagi, tujuan itu dapat dicapai dengan cara pemimpin tersebut hendaklah berperilaku secara bermoral terhadap semua orang dalam memberikan perkhidmatan di samping menyediakan aktiviti yang bermatlamat bagi memenuhi keperluan pelajar dan ibu bapa. Selanjutnya Greenfield(1999) menyarankan agar para pemimpin moral disekolah berperanan untuk mengaplikasikan aspek kepimpinan moral dalam pengurusan di sekolah. Tegasnya di sini bahawa tanggungjawab ini seharusnya diambil oleh para pentadbir untuk diimplementasikan kepada para guru bagi membentuk kepimpinan moral yang berkesan di sekolah. Sehubungan itu, pemimpin pendidikan seharusnya mengambil langkah yang proaktif untuk membolehkan orang-orang bawahannya melaksana dan menjalankan tanggungjawab dengan rela hati dan ikhlas. Hal ini dapat dicapai apabila setiap pemimpin dan pentadbir mempunyai tanggung jawab moral untuk membuatkan ahli-ahli dalam pertubuhan ataupun institusi merasa disambut, diinginkan dan dihormati (Sergiovanni, 1992).
wan noor azmi 2012

Thursday, November 22, 2012

AMALAN KEPIMPINAN MORAL

Perubahan paradigma dan perkembangan semasa telah menjadikan pengurusan organisasi pendidikan semakin kompleks yang mana input baru melalui tren terkini tentang pengurusan pendidikan perlu dipelajari sebagai amalan pentadbir sekolah. Salah satu perubahan kepimpinan yang perlu diketengahkan adalah kepimpinan moral yang mana ia merupakan satu ilmu baru dalam bidang kepimpinan di Malaysia. Fenomena ini muncul hasil daripada cantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesuatu negara menerobosi sempadan negara lain (Abdul Rahman Embong,2000.Objektif kajian untuk mengenalpasti amalan-amalan pentadbir sekolah yang dapat membantu transformasi diri, transformasi sosial; dan transformasi diri pentadbir dalam meningkatkan hubungan interpersonal dengan staf sekolahmereka. Walau bagaimanapun pembentang ini akan menghadkan kepada amalan-amalan pentadbir sekolah yang dapat membantu transformasi diri.
Model Kepimpinan Moral oleh Anello(2002) telah dijadikan kerangka konseptual kajian. Selanjutnya data dikutip menggunakan kaedah kualitatif secara kajian kes yang menggunakan tiga pendekatan dalam mengumpul maklumat secara triangulasi iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai enam orang peserta kajian yang terdiri daripada para pentadbir sekolah menengah terlibat dalam menjawab soalan-soalan kajian. Maklumat diproses dengan menjalankan reduksi, pengekodan dan verifikasi berasaskan tema. Data-data tersebut dipaparkan dalam bentuk rajah pokok dan jadual kekerapan. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan semua peserta kajian melaksanakan amalan kepimpinan moral dalam pentadbiran di sekolah. Penemuan baru mendapati amalan refleksi adalah amalan yang mentransformasi para pentadbir di sekolah menengah. Kajian juga mendapati keperluan kepada kepimpinan moral dalam mencapai pentadbiran sekolah yang cekap dan berkesan berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh. Kajian ini melaporkan transformasi diri pentadbir telah mewujudkan hubungan interpersonal yang meningkat dengan staf sekolah. Di samping itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pihak berkepentingan dalam pendidikan seperti Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan perlu menyediakan program latihan yang terancang serta berjadual untuk membolehkan amalan kepimpinan moral khususnya transformasi diri dapat dihayati sepenuhnya oleh para pentadbir. Akhirnya, dapatan kajian ini berdasarkan satu kajian kes sahaja maka tidak boleh digeneralisasikan kepada semua sekolah di Malaysia.
oleh Wan Noor Azmi UM 2011

Monday, November 19, 2012

Sajak : Gaza oh Gaza

Gaza oh Gaza..
Di senja ini
Aku terharu, sedih dan hiba
mendengar tangisan anak-anak kecil
melihat raungan ibu-ibu
menyaksikan ratapan bapa-bapa
Jiwa mereka meronta
Hati mereka membara
Jasad mereka diseksa
Dalam penjara terbesar di dunia..Gaza
Puluhan tahun dicengkam derita
Puluhan tahun dihimpit bahana
Puluhan tahun diperkosa
atas kekejaman bangsa Yahudi
berfahaman zionist laknatullah
Gaza oh Gaza
Mana dia OIC?
Mana dia PBB?
Mana dia NATO?
sanggup kau menunjangi
haiwan yang mengganas
membaham mangsa tanpa belas kasihan?
sanggup kau mendokong?
sanggup kau memveto?
demi menghalalkan
penjarah
yang tak pernah ada hati perut?
Aku di sini
hanya mampu berdoa
kepadaMu Ya Allah
sejahterakanlah insan-insan
di bumi Gaza..
kerana mereka adalah juga..
Saudara-saudara seagama denganku
Gaza oh Gaza
Nukilan : AZMI NOOR 19/11/2012