Selamat Tahun Baru Cina
Selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua rakan-rakanyang berbangsa Cina. Bagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, inilah keistimewaannya negara kita kerana dapat menyaksikan kemeriahan sambutan perayaan setiap bangsa.
Seperti biasa kalau Tahun Baru Cina, kawasan perumahan aku ini dah jadi macam pesta. Malam sambutan memang tak dapat lelapkan mata, bunyi mercun berdentam-berdentum seakan kita berada di medan peperangan pulak! Tapi memang seronok, pesta bunga api yang hanya dapat disaksikan setahun sekali. Itulah simbolik perayaan mereka..
Apa yang menghairankan.. tak ada pulak yang cedera putus jari ke.. putus tangan ke.. walaupun mercun yang di main ala-ala peluru dan ledakan meriam..
Selain Hari Raya, Tahun Baru Cina juga merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia, dan cuti Raya Cina juga agak panjang. Aku rasa pasti ramai yang telah pun selamat pulang ke kampung masing-masing. Bagi yang meninggalkan rumah tu, pastikan keselamatan rumah dijaga.
No comments:
Post a Comment