memaparkan rencah hidupku sebagai seorang pendidik
Thursday, February 14, 2013
Nostalgia - Program Motivasi
Teringat sewaktu belajar di USM dulu. Program motivasi adalah antara acara yang kerap diikuti oleh pelajar-pelajar pendidikan USM. Antara rakan-rakan yang bergiat aktif ialah Cikgu Muhamad Daud (GC di SMS TG Mohd FAris Petra), Mat Khailani (BTN, K.Tganu), Cikgu Tg Hasnubahari(GK Kg Raja Besut), Cikgu Hj Yasmin yg merupakan GC SMK St Teresa, Kuching dan lain-lain lagi.
Program ini selalunya diatur oleh JK Himpunan Anak-Anak Kelantan USM (HAAK). Kami selalu mengadakan program motivasi yang diadakan di Dewan Murni, Kampus Kedoktoran USM, Kubang Kerian. Pelajar-pelajar yang terpilih terdiri daripada pengawas sekolah serta yang berminat. Admin pernah menjadi fasilitator kecemerlangan pelajar Kelantan pada tahun 1993. Ketika itu admin berada di Tahun Dua. Banyak pengalaman yang menarik dan tidak dilupakan antaranya ialah apabila menjadi bidan terjun untuk acara memanaskan badan. Hinggakan ada yang mengadu sakit-sakit belakang kerana pergerakan yang dibuat oleh admin sangat 'luar biasa'. Apa tidaknya, dimulakan dengan gerakan yang lasak terlebih dahulu
Apabila menjelang malam motivator yang berpengalaman seperti Cikgu Muhamad Daud dan Hj Yasmin akan mengambil alih tugas masing-masing. Para peserta dibawa berkumpul dan akan dibacakan kisah yang bermula "seorang bayi yang baru lahir sehinggalah menjadi dewasa. Namun, disebabkan pergaulan yang bebas maka pelajar itu menjadi liar dan tidak tahu mengenang budi terhadap guru dan ibu bapanya. Yang paling bestnya bacaan kisah tersebut diiringi dengan muzik Kitaro iaitu 'Caravansary'. Ikutilah muziknya yang syahdu dan bisa menggegarkan jiwa yang mendengarnya
No comments:
Post a Comment