Thursday, February 7, 2013

Bicara Eksekutif Tun Dr Mahathir Mohamad

Pada 7 Februari 2013, bertempat di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang Jalan Salahudin, Kuala Lumpur aku bersama ribuan guru-guru serta kakitangan kerajaan yang lain telah dijemput untuk menghadiri Bicara Eksekutif Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiap sekolah diwakilkan oleh 2 orang guru. SMK Sinar Bintang telah diwakili oleh admin dan Cikgu Shapawi.
Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, aku terpaksa turun awal dari rumah iaitu sekitar pukul 6.30 pagi. Itu tidak menjadi masalah kerana kebiasaannya aku turun dari rumah untuk ke sekolah pun pada masa yang sama. Alhamdulillah berkat datang awal, jalan pun belum mengalami kesesakan lagi, aku telah sampai di destinasi tersebut tepat jam 7.20 pagi. Setelah bersarapan aku lepak bersama dengan rakan-rakan guru yang lain serta seorang anggota polis di lobi. Rupa-rupanya majlis itu akan berlangsung pada 10 pagi tetapi aku tidak kecewa kerana aku tidak mengalami kesesakan pun.
Apabila memasuki dewan kelihatan ribuan peserta dari seluruh Kuala Lumpur sudah memenuhi dewan utama MLPP itu. Disebabkan ruang di belakang sudah penuh maka aku, cikgu shapawi dan seorg lagi rakan lama iaitu cikgu Anuar terpaksa di bahagian depan iaitu dua dari depan.
Tidak lama kemudian diumumkan kehadiran Tun Dr Mahathir bersama isteri beliau iaitu Tun Dr Siti Hasmah.Beliau telah berucap selama hampir 1 jam setengah dan 30 jam lagi adalah dibuka untuk soalan. Majlis berakhir pada 12.15 petang.

No comments: