Sunday, March 15, 2009

Siapa Wan Tahir dan keturunannya...? kemaskini

Mengikut ceritanya,Asal keturunan Wan Tahir ini adalah daripada Kesultanan Acheh. Wan Tahir telah bertugas sebagai guru agama di masjid Kg Laut dan selepas itu dikenal sebagai Tuan Guru Hj wan Tahir. Tidak lama kemudian mendapat perkenan istana Kelantan untuk dilantik sebagai Guru agama Istana Kelantan. Tugas beliau tidak lama apabila beliau berhirah ke Terengganu dan dilantik pula sebagai guru istana di Terengganu sekitar 1800-an. Selepas itu beliau tidak pulang-pulang dan akhirnya terputus hubungan sehinggalah kini. Cucunya Wan Kahiruddin telah menjalankan usaha untuk menjejaki keturunan beliau di Terengganu dan mendapat hasil positif (*akan diceritakan kemudian)


Di Kg Laut, anaknya ialah Wan Salleh merupakan guru al-Quran di masjid kg Laut.
Antara pekerjaan utama selain mengajar al-Quran ialah membuat tapisan(santan) drp logam. Selain itu berjaja kain batik ke seluruh Kelantan hinggalah ke Terengganu.

Wan salleh

Wan Salleh merupakan seorang yang cukup tegas dalam mendidik anak-anaknya iaitu Wan Ali, Wan Aminah, Wan Mohd Noor/Wan mamat, Wan Aishah, Wan maryam dan Wan Kamariah. Tok su Adam juga seorang alim yang seangkatan dengan Tok wan Leh dan Ipar/abang Tok wan Leh (* sila betulkan fakta ini)

Tok Su Adam

Salah seorang anaknya iaitu Wan Mohd Noor telah merantau sehingga ke Pasir Mas iaitu di Pusu 40. Beliau dikatakan telah berguru dengan Tengku Mahmood dan dijodohkan dengan seorang perempuan yg lebih tua daripadanya tetapi jodoh tidak panjang. Beliau juga menimba ilmu pengetahuan dengan PAksu Lah di cerangus. Beliau juga bersama-sama dengan para penduduk kampung telah mengasas Sekolah Rakyat di Kg Baru(cerangus).

Wan Mohd Noor dan J/K Pengasas Sek Kg Baru (1959)

kemudahannya cukup daif dengan sekolah yang berdinding buloh serta beratap rumbia dan berlantaikan tanah. Tetapi sudah cukup untuk memberi pengetahuan kepada penduduk kg Cerang Hangus sehinggalah ke Paloh pada waktu itu. Kalau nak kira hampir 70% org Cherang hangus dan sekitarnya merupakan anak murid Cikgu Wan Mohd Noor. Sekolah tersebut sekarang dikenal sebagai Sekolah Kg Baru, Pasir Mas.
Dalam perantauannya di tempat tersebut, beliau telah dianggap hilang oleh orang tuanya di Kg laut. Sehinggalah geger seluruh org Kg laut tentang kehilangannya. Sebenarnya beliau dikatakan telah disergah oleh ayahandanya Wan Salleh kerana nak berhenti sebagai guru, ini kerana faktor kecacatan kecil pada kaki yg dialaminya.
Beliau telah berkahwin untuk kali keduanya dengan seorg wanita di Kg Bukit yg telah dijodohkan oleh Pak Su Lah tetapi jodohnya tidak kemana dan tidak dikurniakan sebarang zuriat pun.
Tidak lama kemudian beliau telah berkahwin dengan seorg perempuan di Kg banggol Setol iaitu Nik Yam bt sulaiman yang statusnya sudah dikira 'janda' kerana sepertimana Wan Mohd Noor, Nik Yam juga telah dikahwinkan seusia 13 tahun lagi oleh bapanya Sulaiman(Bekas mata-mata) dgn seorg pemuda di kgnya iaitu Hj Hussin(meninggal 23 Feb 2009). Jodohnya juga tidak kekal lama. Kemudian beliau sekali lagi telah dijodohkan dengan seorg pemuda yg bernama Wan Harun dari Kg Lenggok. Perkahwinan ini telah menghasilkan seorg cahaya mata perempuan yg diberi nama Wan Azizah.
Namun jodohnya dengan Wan Harun tidak berpanjangan apabila Wan Harun hendak berpoligami. Nik Yam rela diceraikan daripada dimadukan. Penderitaan beliau tidak lama apabila dilamar oleh seorang pemuda yg berasal dari Kg Laut tetapi bermastautin di Kg Cherang Hangus iaitu Cikgu Wan Mohd Noor.
Sebenarnya banyak org mengata tentang perkahwinan ini kerana Wan mohd Noor seorang yg cacat. Apatah lagi gajinya pada masa itu sekitar RM63.00 sahaja. Sehingga ada org pergi 'cucuk' Nik Yam dengan mengatakan "Mu nak makan apa dgn org cacat ni" tetapi Nik Yam berpegang pada qada' dan qadar Allah bahawa jodoh dan ajal pertemuan milik Ilahi.

Gambar pada tahun 1982

Perkahwinan ini telah menghasilkan zuriat iaitu Wan khadijah, Wan Khairudin, wan Sukeri(meninggal pada 1977), Wan Noor Azmi, pasangan kembar wan Mustafa dan Wan Jusoh (meninggal pada 1975)dan yg bongsu Wan Mohd Naim.


sambungannya..nanti

*Segala fakta diperoleh drp arwah makcik Nah, wan Khairudin, wan Mohd Noor
* sepupu yg lain bolehlah bagi tambahan fakta untuk tatapan semua

1 comment:

Unknown said...

Seronok baca sejarah keluarga kita. Dulu-dulu kalau ke Kampung Laut rumah Makcik Nah adalah destinasi wajib. Sekarang selalunya ke rumah Tok Mat sahaja. Tak jemu dengar Tok Mat bertitih asal usul keluarga.