Thursday, April 26, 2012
Wacana Ilmu Pertama bersama Tn Hj Che Yahya
Dalam wacana ini, Tn hj mengutarakan beberapa perkara iaitu;
1. STAR - Situation Toward Achievement Result
2. P n p 60%, kokurikulum 20% & disiplin 20%
3. Peranan guru pemeriksa kertas utk pelajar
4. Kerja dgn happy
Wednesday, April 25, 2012
Langkah Mengatasi Stress
Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.
Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.
Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang?
Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.
1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.
3)Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.
5)Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.
7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).
Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006
***************************************************************
LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS
Langkah 1 – Fahami Punca Stress
- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.
Langkah
Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan
kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak
membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia
boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.
Langkah 4 – Menangis
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu
masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan
tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan
berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan
menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
Langkah 5 – Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan
denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan
dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah
- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga
lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.
Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa
mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan
airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati
sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga
boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana
mengikut kreativiti anda.
Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.
- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan
sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar
sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita
itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa
yang digambarkan didalam diari.
Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.
- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak
pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat
mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan
pandangan sahabat anda itu.
Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.
- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan
tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat
pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda
sebenarnya dan apa yang anda ingini.
Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.
- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu
memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak
lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau
mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.
Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.
- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis
baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan
sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.
Langkah 13 – Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.
Langkah 14 – Ambil Mudah.
- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang
mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan
itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak
keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.
Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.
- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,
dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan
tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar
mengenai diri sendiri.
Langkah 16 – Berurut.
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat
yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang
mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
ketegangan akibat bebanan stress.
Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.
- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.
Langkah 18 – Hipnosis
- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki
satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi,
airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh
melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda
berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan
membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.
Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.
- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu
yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika
tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.
Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan
anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan
fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang
dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.
disalin dari blog ini
Saturday, April 21, 2012
Semakan Penyata Slip Gaji : Gaji Baru SSM 2012 + Tunggakan Boleh Disemak Mulai Hari Ini
Kakitangan Awam yang ingin menyemak gaji bolehlah klik sini
Gambar Sekitar Majlis Anugerah Cemerlang (2)
Cikgu Soraya dan Cikgu Azaniza
Anak-anak SMKSB yang ceria
Pemeriksaan Kehormat
Pelajar-Pelajar PPKI sedang membuat persembahan "Joget Pahang"
Hari Anugerah Cemerlang SMKSB
Acara ini disempurnakan oleh Tuan Pengetua iaitu Tn Hj Che Yahya Hj Che soh dan YDP PIBG En Simon Khor. Tn haji berharap agar GPS sekolah dibawah 4.0 pada tahun ini. Bilangan straight A juga meningkat drp 12 org kpd 40 orng.
Friday, April 20, 2012
Konvokesyen Isteri
Empat tahun lamanya isteriku menyambung pelajaran utk pengajian sarjana mudanya...akhirnya ogos yang lalu...Beliau telah menerima ijazah sarjana muda dlm pengajian matematik di OUM.
Banyak suka duka yang dilaluinya demi untuk meningkatkan kelulusan yg untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. sebelum ini hanya sijil perguruan asas di Maktab perguruan Pasir Panjang (skrg dah terkubur). Selepas 4 tahun dengan dugaan yg pertama mendapat anak ketika hendak menghadapi ujian semester pertama serta untuk meyiapkan tugasan yg diberikan. Akulah bertungkus lumus berusaha untuk cuba menyiapkan dan berjaya jua disiapkan. Sebelum menamatkan pengajiannya lahir anak keempat melalui pembedahan kerana tekanan darahnya tinggi. Maklumlah kena kursus dan menghadapi banyak pressure utk menamatkn pengajiannya. Pada waktu itu tempoh mengandung baru menjangkau 7 bulan. bayi yg dikeluarkan melalui pembedahan itu hanya seberat 1.17 kg sahaja...sgt2 ringan dan selama 39 hari terkurung dalam 'incubutor'. Tapi sekrg sgt2 aktif atau boleh dikatakan hiperaktif. dah boleh bercakap dan berta badannya 6.3 kg. namanya Wan Nur Fatin Najwa. terima kasih juga aku ucapkan kepada nurse-nurse di wad NICU Hospital Besar Sg Buloh yg sabar dan berdedikasi ketika menjaga dan merawat anak aku itu.
Anugerah Cemerlang
Pada hari sabtu iaitu 21 April 2012 akan diadakan majlis hari anugerah dan kecemerlangan SMKSB 2012. Hari sabtu ini juga adalah hari persekolahan ganti. selamat menjalankan tugas kepada guru-guru yang terlibat. Tentu meriah. dapat melihat wajah-wajah pelajar yang cemerlang...tunggu esok. akan diupdate..
Thursday, April 19, 2012
Menulis Buku
Dua minggu lepas aku mendapat tawara
n untuk menulis buku Geografi daripada sebuah syarikat buku yang terkenal iaitu SASBADI. Sebenarnya aku telah banyak menulis buku geografi dengan dua buah syarikat setakat ini iaitu Syarikat Longman dan Arah Pendidikan(telah ditutup).
Yang peliknya... aku bukanlah guru Geografi dan bukanlah major dalam Geografi ketika mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM dahulu.
Namun disebabkan minat dan semangat ingin mencuba maka aku teruskan jua dan setakat ini sebanyak 12 buah buku telah aku hasilkan dengan syarikat Longman. Kali terakhir aku dihubungi oleh editor LOngman pada tahun oktober 2010 yang lalu untuk menulis buku Geografi berkaitan soalan-soalan ramalan lantaran kesibukan untuk menghabiskan master maka permintaan beliau terpaksa aku tolak. Hampir dua tahun berlalu dan tamabhan pula proses penyerahan akhir sudah mencapai kemuncaknya aku terpaksa terima tawaran untuk menulis buku untuk kesekian kalinya iaitu dengan Syarikat SASBADI pula. Moga-moga buku yang akan dihasilkan ini dapat memberi input yang berguna kepada anak-anak muridku. InsyaAllah
Wednesday, April 18, 2012
Tugas dan Tanggungjawab
PENGENALAN
Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa
Definisi dan Konsep keguruan
Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.
Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ketahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain.
‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya)sebagai guru..
Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.
Di sini maksud Etika membawa maksud :1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan(Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994)
Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul
berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
dipetik daripada laman ini
Monday, April 16, 2012
Apa itu Kepimpinan Moral?
Amalan kepimpinan moral dapat memotivasikan para guru dan staf dalam melaksanakan arahan dan tindakan (Kanungo & Mendoncca, 1998). Ini kerana sentuhan peribadi dan kejiwaan lebih besar berbanding dengan tindakan serta arahan secara terus yang memungkinkan para guru itu hanya akan menjalankan tugas yang diberikan dalam ruang lingkup yang diperhatikan sahaja. Ini kerana kepimpinan moral bukan hanya melibatkan hubungan pemimpin dan yang dipimpin dari segi kuasa sahaja tetapi melibatkan saling memerlukan antara pemimpin dan pengikut, membangkitkan aspirasi dan menunjukkan nilai yang baik (Greenfield,2004)...antara sedutan disertasi aku yang sedang direpair
Labels:
tesis
Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun
Nampaknya ada kerja yang masih belum dibereskan..soalan peperiksaan pertengahan sejarah Tingkatan empat tahun 2012..18 April merupakan tarikh akhir penyerahan soalan. Ayuh kawan-kawan siapkan soalan sekarang. Perlu diingat Pengetua Baru kita merupakan bekas orang kuat JPWP sektor penilaian dan peperiksaan
Labels:
peperiksaan
happy Birthday Najwa
Tanggal 13 April 2007 yang lalu lahirlah seorang bayi yang diberi nama Wan Nur Fatin Najwa di Hospital Sg Buloh. Lahirnya lain drp yg lain. Apa tidaknya lahirnya melalui pembedahan. Ketika dilahirkan bayi itu hanya seberat 1.17 kg shj. Terlalu ringan. Pembedahan terpaksa dilakukan kerana isteriku mengalami darah tinggi. Lantaran waktu itu beliau sdg berhempas pulas untuk menamatkan pengajian di OUM. Tambahan pula terpaksa melalui kursus ETEMS yg amat menguji kesabaran fizikal dan mental. Syukur skrng bayi itu sudah berumur 5 tahun dan amat lincah orangnya.
Perjuanganku
Alhamdulillah. Perjuangan untuk menamatkan pengajianku sudah di penghujungnya. Selepas keputusan VIVA lulus dengan pembetulan. Maka berhempas pulaslah aku untuk menyiapkan disertasi yang bertajuk :Amalan Kepimpinan Moral Dalam Kalangan Pentadbir. Aku begitu seronok dalam melaksanakan kajian ini. Apa tidaknya aku begitu puas dengan kaedah kualitatif yang digunakan dlm menyiapkannya. Melalui tamu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Ketiga-tiga teknik itu memantapkan lagi kajian tersebut. Yang menarik perhatianku ialah dapatan daripada kajian Wan Zahid Nordin (2004) iaitu mantan KPPM yang membuat kajian di beberapa sekolah di Kedah bahawa guru-guru tidak mengharapkan imbuhan yang lumayan tetapi pengiktirafan dan pujian daripada pihak pentadbir sudah cukup untuk menjadikan mereka cemerlang dan bersungguh-sungguh dalam tugasan mereka sebagai guru.
Bak kata pengetua baru kami iaitu Tuan Hj Che Yahya..kita hendaklah bekerja dengan happy dan jangan stress.
Sesungguhnya sebagai guru, kita haruslah melaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.
Bak kata pengetua baru kami iaitu Tuan Hj Che Yahya..kita hendaklah bekerja dengan happy dan jangan stress.
Sesungguhnya sebagai guru, kita haruslah melaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.
Monday, April 9, 2012
selamat datang Tn Hj Che Yahya b Hj Che Soh
Sunday, April 8, 2012
Pengetua Baru SMKSB
Pada 6 April 2012 yang dilalu telah diadakan acara perpisahan Pn Sumarni bt Junin (Pengetua SMKSB) ke SMK Tmn Desa. Jawatan beliau akan diambil alih oleh Tn Hj Che Yahya b Hj Che Soh dari SMK Danau Kota.
Ini merupakan sejarah kepada warga SMKSB kerana inilah kali pertama warga SMKSB menerima kehadiran pengetua lelaki.
Aku mengharapkan pengetua baru ini dapat melakukan transformasi terhadap sekolah ini. Transformasi tersebut perlulah menyeluruh yang meliputi aspek kurikulum, kokurikulum, prasarana dan pentadbiran. Sememangnya tidak semua kehendak dapat dipenuhi. namun demikian perubahan itu diharapkan dapat mengubah minda dan sikap warga SMKSB agar lebih maju ke hadapan.
sumber : blog victory
Selamat bertugas di temapt baru kepada bekas pengetua (pn Sumarni) dan pengetua baru Tn Hj Che Yahya b Hj Che Soh. Maklumat beliau juga dapat diikuti melalui blog ini
Ini merupakan sejarah kepada warga SMKSB kerana inilah kali pertama warga SMKSB menerima kehadiran pengetua lelaki.
Aku mengharapkan pengetua baru ini dapat melakukan transformasi terhadap sekolah ini. Transformasi tersebut perlulah menyeluruh yang meliputi aspek kurikulum, kokurikulum, prasarana dan pentadbiran. Sememangnya tidak semua kehendak dapat dipenuhi. namun demikian perubahan itu diharapkan dapat mengubah minda dan sikap warga SMKSB agar lebih maju ke hadapan.
sumber : blog victory
Selamat bertugas di temapt baru kepada bekas pengetua (pn Sumarni) dan pengetua baru Tn Hj Che Yahya b Hj Che Soh. Maklumat beliau juga dapat diikuti melalui blog ini
Subscribe to:
Posts (Atom)