Friday, August 7, 2009

Kriteria Guru Cemerlang

Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Guru cemerlang mempunyai cirri-ciri yang berikut dari segi
a. Peribadi : guru cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar
b. Pengetahuan dan kemahiran : Guru cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengatahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
c. Hasil kerja : Guru cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
d. Komunikasi: Guru cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum
e. Potensi : Guru cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsive dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik
f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan Negara: Guru cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara
Tujuan pengwujudan jawatan guru cemerlang
1. Mula diperkenalkan pada tahun 1993 dengan tujuan berikut
a) Memperluaskan jawatan naik pangkat dalam perkhidmatan pelajaran
b) Memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang berpengetahuan, berpengalaman, berkemahiran dan mempunyai kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran
c) Membolehkan guru-guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar di bilik darjah atau bertukar ke jawatan pentadbiran
d) Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke jawatan lebih tinggi secara laluan laju

No comments: