Thursday, October 11, 2012

Selamat Berjaya

Selamat menduduki peperiksaan PMR dan SPM kepada pelajar-pelajar SMKSB. Semoga kejayaan milik anda. Kami guru-guru sentiasa mengiringi dengan doa. Selamat berjaya.
Gambar kredit kpd cikgu Tg Abas
boleh dilawati FB ini

Sunday, October 7, 2012

Latihan Pengungsian Bangunan

Istiadat Pengurniaan Ijazah Sarjana

Setelah mendapat biasiswa HLP aku telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan, pentadbiran dan dasar pendidikan di Universiti Malaya pada 2008. Aku mendapat seliaan daripada Prof Madya Rahmad Sukor. Pengajian yang mengambil masa dua tahun ini bermula pada akhir tahun 2008. Setelah menghabiskan kerja kursus sebanyak 18 jam kredit aku telah disuakan dengan disertasi yang mempunyai beratan 18 jam kredit jua. Tahun 2009 sebenarnya tahun mencabar buatku. Untuk membolehkan disertasi aku yang bertajuk "Amalan Kepimpinan Moral Dlm Kalangan Pentadbir Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes" dapat dilaksanakan, maka aku perlu melalui vetting iaitu pembacaan proposal untuk kali pertama oleh tiga reader yg terdiri daripada Prof dr Sufean Husin, Dr Zuraidah dan En Megat.
Nampaknya pembacaan kali ini tidak memuaskan hati prof dr sufean sehingga beliau menggagalkan aku dan menyebabkan aku terpaksa membuatnya semula. aduus...cabaran yang amat getir ini memaksa aku berusaha dengan lebih keras lagi bagi menyiapkan proposal tersebut.
Mujurlah aku mendapat sokongan yang baik daripada bekas pengetua sekolah lama aku dahulu. Beliau memberi kerjasama yang cukup baik untuk membolehkan aku melaksanakan kajian yg berbentuk kualitatif itu. Sebetulnya aku amat meminati kaedah kuantitatif tapi memandangkan Supervisor aku minta aku melaksanakan kajian kualitatif maka aku terpaksa akur. Sememangnya kaedah kualitatif adalah berganda susahnya berbanding kuantitatif. Apatah lagi aku terpaksa membuat triangulasi secara temu ramah, pemerhatian dan analisis dokumen
Orang kata berat mata memandang maka berat lagi bahu yang memikulnya. Selepas kesemua chapter dapat disiapkan maka aku terpaksa melalui VIVA pulak. Hasil kajian aku itu dikehendaki melalui proses pembacaan untuk kali kedua. Kali ini memerlukan seorang pembaca luar(external reader) iaitu dari USM dan seorang pembaca dalaman (internal reader)
Alhamdulillah tanggal 2 Oktober aku telah dianugerahkan Ijazah Sarjana setelah majlis Senate Universiti meluluskan dalam pengajian ini. Segala cabaran yang getir telah dilalui dengan jayanya. Semoga ini menajdi semangat kepada pelajar-pelajarku. InsayAllah

Thursday, September 6, 2012

Aku, Pengetua & Sekolah

Bergambar bersama Tn Hj Che Yahya
Gaya menawan
Peace
Gaya, Mutu & Keunggulan
Antara komen-komen di wall SMKS'S Family tentang tuan haji ialah
Mohd Basyir Baharudin "the best principal" 31 minutes ago · Like · 3
Amantha Gah Wei Yap "ya" 30 minutes ago · Like
Shazbob De Subang Azmi "Gua bangga tuan haji mcmni...sedih gua..siap angkat peace yoooo....kirim salam pd dia abe mi oii" 28 minutes ago · Like
Choon Zheng "yaya...he is a good principal...=]" 21 minutes ago · Like
Pauline Koh Dear "Bob... Tn. Hj. is showing VICTORY sign.. not peace. His blog is named VICTORY (Kejayaan...") 20 minutes ago · Like
Vicky Loo YayayaB-) 20 minutes ago via Mobile · Like
Muhammad Syahmi "Tuan Haji sentiasa memahami keadaan dan masalah setiap guru,pelajar dan kakitangannya.. Sgt best.. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥" 8 minutes ago · Like · 3
Deon Daffodil Principal "top la~" 8 minutes ago
·