Monday, October 6, 2008

Hari yang berlalu



Detik-detik yang kulalui
seakan pantas berlari
bak kuda tezi
yang segagah Tun Tuah

Detik-detik yang berlalu
seakan mendung
yang hiba
dibalik taufan melanda

Detik-detik yang akan kulalui
seakan bergentayangan
di alam fantasi

detik-detik itu akan pastiku
tempuhi
dalam mendaki puncak menara gading

Sunday, October 5, 2008


Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir Batin
saya ucapkan kepada Muslimin dan Muslimat semua.

Ayah dan Ibu...sayangilah mereka

KENANGAN JU EMIS DATA

Balik Raya

Perjalanan jauh tak kurasa
kerna hati melonjak sama
bertemu sanak saudara
hati girang
balik kampung....

itulah sedutan lahu Balik Kampung oleh Allahyarham Sudirman. menggamit hati dan perasaan untuk sampai ke kampung.
biarpun terpaksa melalui kesesakan yg teruk tp tekadkan hati utk pulang menemui ayah bonda dan keluarga.
Pada kali ni...aku telah buat keputusan untuk balik melalui jalan Cameron Highland. Namun begitu terpaksa hangus RM23.00 untuk tol dari sg buloh ke simpang pulai.(Tapah? isteri aku dah serik jalannya amat mencabar. raya tahun lalu muntah2 dibuatnya.
Pagi-pagi lagi dah bersiap (27 Sept,Sabtu). Lepas bersahur terus berkemas kalau sebelum ni lepas sahur dan solat subuh terus tidur..tapi kali ni digagahi untuk balik kg.

mulanya nak balik ngan Myvi tapi memandangkan adik ipar dan anak buah aku nak tumpang ditambah lagi dgn anak yang 4 org tu maka Avanzalah pilihanku. Perjalanan balik melalui Simpang Pulai - Cameron Highland - Lojing - Gua Musang mengambil masa hanya 3 jam lebih jer.... berbanding ngan melalui K. Lipis - Raub. Yg seronoknya kami singgah di C. Highland sambil makan angin (angin jer sebab puasa) dan merasai kedinginan suhu yg sejuk di sana.
jalan pun elok. Jd langkah yg bijaklah aku rasa dengan memilih jalan itu. Kawan aku cakap jln melalui K. Lipis - Raub - G. Musang - K/ Krai - Machang sgt2lah jam. Ada yg terpaksa melalui hampir 15 jam atas kereta. itu pernH ku alami waktu aku pakai kereta Charade dulu. Pnyalah siksa.dahla..takder aircond. anak pulak meragam.panas pulak tu. Tapi syukurlah Allah telah byk bg rezeki kepada kami sekeluarga.
Beraya pun tak sempat habis. Itupun umah family aku dan isteri sahaja. Umah kengkawan pun tak sempat pergi.
Balik KL pun melalui jalan yg sama. Kul 10.00 pagi di PMas sampai kul 7.30 di sg Buloh. Org lain K. krai - GMusang (hampir 5 jam)
oklah nanti aku nukilkan lagi ttg aku nak berkursus PTK DG44 pulak..mencabar tu kena speaking beb...lepas tu. bulan 12 ni kena daftar masuk UM pulak sambung master...
sekian

Sunday, September 21, 2008

Mengapa aku perlu menyambung pembelajaranku part 1

sememangnya ilmu yang dianugerahkan oleh Allah terlalu banyak dan terkira oleh kita. Jika dijadikan seluruh hutan sebagai kalam untuk menulis segala imu-Nya dan air laut sebagai dakwat nescaya tidak habis untuk dinukilkan segala ilmu Allah itu.
Justeru itu, janganlah kita teragak-agak dan takut untuk menyambung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selagi kita menggali ilmu itu semakin banyak kita nak ketahui. maka tidak hairanlah ada yang 'gila' belajar sehingga ke peringkat PHD dan tidak cukup itu...sampai double or triple PHD.
Atas alasan itulah saya rasa keputusan saya untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana adalah tepat. memnadangkan saya telah berjaya mendapat Hadiah Latihan Persekutuan untuk mendaki puncak bagi memeperoleh Ijazah Sarjana.... sekian

Sunday, August 17, 2008

cuaca...

Kehangatan cuaca sejak akhir-akhir ini tidak menentu. fenomena ini disebabkan oleh kegiatan pembangunan ekonomi yang begitu rancak.
Namun begitu, keadaan ini dapat diatasi dengan mengambil langkah-langkah yang lebih berkesan untuk mengatasinya.
Kita mungkin pernah dengar tentang pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dsbnya. 
Tapi percayalah, jika pembangunan itu bersandarkan hablumina-Llah dan habluminan-nas maka perkara ini akan dapat diatasi..sekian