Tuesday, September 3, 2013

Seminar Integriti di JPWPKL

Pada hari isnin bersamaan 2 September 2013 guru-guru daripada 5 buah sekolah sekitar Sentul telah menghadiri Seminar Integriti yang telah disampaikan oleh Pn Radiah iaitu pengetua cemerlang SMK Maxwell. Beliau merupakan mantan pengetua SMK Sinar Bintang. Banyak isi ceramah beliau yang menyentuh pengalaman di SMKSB. Kisah Cikgu Rosnah yang paling menyentuh perasaan. Bagaimana beliau yang telah diserang minor stroke sanggup ke sekolah utk memastikan pelajar beliau menyiapkan kerja kursus. Dalam pada itu isu integriti yang menyelubungi pegawai khidmat awam dan tidak terkecuali guru banyak memberi ilmu dan maklumat yang berguna kepada admin. Isu lambat masuk kelas,tidak menyiapkan brm, gangguan seksual dsbnya banyak berlaku dalam dunia pendidikan. Moga admin dan rakan guru yang lain akan lebih berintegriti pada masa depan.

No comments: