Sunday, April 19, 2015

Hujan Air Batu

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.

Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.

Proses lain yang menyebabkan hujan batu adalah riming, di mana wap air terlampau dingin cenderung tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Disebabkan terjadinya proses embun secara tiba-tiba maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar. Sementara itu, faktor daripada Taufan Ketsana juga memberi kesan sampingan ke atas keadaan cuaca di Semenanjung Malaysia ketika kejadian.

Ini menyebabkan ketulan air batu tersebut menjadi berat dan terpengaruh dengan tarikan graviti bumi hingga menyebabkan bebola ais tersebut jatuh ke bumi. Semakin kuat angin, maka semakin besar saiz bebola air batu akan terbentuk.

Namun, cuaca sejuk dan hujan juga bukan menjadi punca terjadinya hujan air batu. Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara faktor penyebab arus angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang tinggi. Disebabkan Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa, dan musim tengkujuh sering melanda negara ini pada setiap tahun, jadi peluang untuk mengalami hujan air batu juga adalah sangat tinggi.

Hujan air batu juga dianggap sebagai ‘natural hazard’ atau tabi’i yang akan berlaku dan tiada sebarang konotasi lain meskipun ketulan air batu boleh membahayakan orang dan persekitaran. Di negara yang mengalami iklim sejuk turut mengalami hujan air batu. Namun keadaan ini disebut ‘sleet’ iaitu kejadian hujan yang turun berserta salji atau lebih dikenali dengan nama hujan ais. sumber : http://www.kakiheboh.com/fakta-hujan-batu/#.UTSzjjd9wvM

Monday, April 13, 2015

Majlis Hafazan Peringkat WPKuala Lumpur

Alhamdulillah papa dan mama amat bersyukur kerana dianugerahkan anak yang berkebolehan untuk menghafaz ayat-ayat suci alQuranulkarim. Syukur kehadrat Allah atas kurniaanMu ini.

Peringkat Zon Sentul dinobatkan sebagai Johan. Namun peringkat negeri hanya mendapat saguhati sahaja. InsyaAllah akan diperbaiki untuk pada masa hadapan

Sunday, March 29, 2015

Perasmian KIOSK PPKI & Sambutan Tahun Baru Cina 2015

Karnival ppDa Peringkat SMKSB 2015

Majlis Anugerah Cemerlang SMKSB~Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1. Datuk Mary Yap

Tanggal 28 Mac 2015, tercatat dalam sejarah apabila seorang menteri peringkat persekutuan sudi menjejak kaki ke SMKSB. Beliau ialah YB Datuk Mary Yap Kain Ching iaitu Timbalan Menteri Pendidikan 1. Ketibaan beliau disambut dengan penuh meriah. Sementelahan guru-guru SMKSB telah bertungkus lumus membuat persiapan yang cukup rapi untuk menyambut kedatangan beliau. Terima kasih kepada AJK Majlis Anugerah Cemerlang yang diketuai oleh Pn Masliah Talib, selaku PK Tadbir dan Kurikulum. Dibantu oleh Pn Yong Lai Yeng iaitu penyelaras yang dilantik dalam kalangan Ketua Bidang. Tidak lupa juga guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan hari yang bersejarah tersebut.