Tuesday, August 30, 2016
Kisah Yang Mendebarkan
Watch Valley Of The Wolves Palestine 2011 (eng subs) in Action & Adventure | View More Free Videos Online at Veoh.com
Wednesday, August 17, 2016
Thursday, August 11, 2016
Catatan ke 21 Pertama Kali ke Kuala Lumpur
Maaf kiranya lambat membuat catatan lantaran kesibukan dan urusan lain. Kali ini terus ke catatan ke 21....
Mengenang masa lalu memang berbaur rasa indah dan pahit. Tidak banyak yang dapat dicatatkan melainkan hanya lintasan memori yang sekali sekala menerjah ruang pemikiran ini. Maklumlah sudah hampir separuh abad. Potret-potret zaman kecil memang tiada. Hanya beberapa keping. Itupun mujurlah ada jiran iaitu Budak Awang(panggilan org kg) atau abg Zakry yang sudi mengambil gambar kami sempena hari raya. Gambar semasa bayi, kanak-kanak, atau potret duduk atas kerusi yang ditempah kat kedai spt org lain pun tiada. Sementelahan keluarga memang berasal daripada keluarga yang susah namun kaya dengan budi bahasa. Keperitan dan kepayahan mereka membesar dan mendidik kami adik beradik begitu menginsafkanku. Seharianku termenung di atas sofa merah yang dibeli beberapa tahun yang lalu. Kipas berpusing berkrek-krek bunyinya, mungkin perlu diletakkan minyak. Salakan anjing bersahutan di luar sana, mungkin ada orang asing yang melintas di jalanan. Jam sudah menunjukkan pukul 2.25 pagi, mataku masih belum melabuhkan kelopaknya. Nyamuk pula galak menggigit di jari kaki serta betis, terasa gatal yang amat sangat. Kali ini aku ingin coretkan pengalaman pertama menjejak kaki ke Kuala Lumpur iaitu pada tahun 1986. Aku terpilih untuk mengikuti lawatan ke Pertunjukan Canadian Science Circus yang diadakan di Putra World Trade Centre(PWTC). Seminggu sebelum bertolak aku memang tidak dapat tidur lena. Dlm kepala ini dapat membayangkan sedikit sebanyak tentang KL. Betapa seronok rasanya. Apatah lagi lagu2 nyanyian Alleycat spt Senyum Kuala Lumpur, Taman Haiwan serta lagu nyanyian Allahyarham Sudirman iaitu Chow Kit Road yang kedengaran di corong radio serta peti TV berjenama Singer yg baru dibeli sebulan yang lalu cukup menggamitku untuk ke KL. Peti televisyen TV itu cukup istimewa. Badannya diperbuat drp kayu. Ada empat kaki seperti meja. Boleh diletakkan akhbar lama di bawahnya. Gambar hitam putih. Guna bateri kereta sebagai punca kuasa. Elektrik belum sepenuhnya di kg yang terpencil ini. Begitu lembabnya pembangunan. Selepas di-off, peti Tv ini boleh ditutup secara sliding. Guna antena yang diikat pada buloh yg panjang dan diikat pada tiang rumah. Hanya TV1 & TV2 sahaja siarannya. Lagu-lagu itu cukup mudah difahami...antaranya liriknya ialah "Kuala Lumpur, senyumanmu... Di pagi hari..."
Sebaik sahaja mendapat keputusan penggal yang dikira cemerlang di peringkat sekolah aku terpilih bersama dengan Zulkarnain yang kini seorang kontraktor yang berjaya. Cikgu yang bernama Aedah di sekolahku ada dua orang iaitu Aedah Ismail dan Aedah Sulaiman. Kedua-duanya cukup baik. Cikgu Aedah Sulaiman merupakan guru PBSM dan aku Pengerusi PBSM Sekolah. Beliau berpindah Kota Bharu ketika aku dlm tingkatan dua. Cikgu Aedah Ismail yg mengajar sejarah serta guru kelasku banyak ambil berat tentangku. Beliau sendiri yang menghantar surat tawaran untuk ke Kuala Lumpur ke rumahku di Kg Banggol Setol serta dijelaskan kebaikan lawatan tersebut kepada orang tuaku. Maklumlah budak kampung. Tak pernah berjauhan. Bimbang juga dengan keselamatan kami. Setelah berpuashati mereka merestui lawatan tersebut. Cikgu2 pun teruja kerana pelajarnya terpilih drp beberapa buah sekolah di daerah Pasir mas untuk ke KL. Lawatan tersebut berkaitan pendidikan iaitu Canadian Science Circus. (Dlm kepala terbayang Sarkas org yg berayun dgn tali...haha) Tempoh lawatan adalah selama 3 hari dua malam. Kami bertolak pada pagi khamis(kebetulan cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan) dan kembali pada petang sabtu. Kos lawatan ditanggung oleh pihak sekolah. Aku hanya bawa wang saku sahaja.
Kami berdua telah dibawa ke rumah arwah cikgu Wan Husin oleh cikgu Aedah di Padang Tokla sebelum menaiki bas untuk ke KL. Aku begitu kagum dgn jasa cikgu pada waktu itu. Mereka faham dengan kepayahan keluarga kami untuk menghantar ke Bandar Pasir Mas untuk naik bas catar ke Kuala Lumpur. Arwah Cikgu Wan Husin berambut kerinting. Guru disiplin. Rotan sentiasa di tangan. Namun seorang yang baik hati.
Berbekalkan sebuah beg sandang diisi beberapa helai baju, kain sarung dan seluar. Apabila diceritakan aku terpilih untuk ke KL ibuku tersengih dan tersenyum. Siap cakap untunglah dapat gi kuala lumpur. Mek nak pesan gapo? Aku sengaja tanya. Ikutmu lah..bapaku membekalkan ku 50 ringgit. Cukuplah tu untuk ke sana. Makan pun tanggung. Selepas bapa membaca surat pemberitahuan dan kebenaran ibu bapa serta penjelasan cikgu Aedah.
Aku ke sekolah terlebih dahulu kerana cikgu Aedah Ismail menunggu di sana untuk membawaku ke rumah cikgu Wan Husin sebelum menaiki bas ke KL. Dengan basikal jenama Raleigh aku berkayuh seorang diri. Sesampai di sekolah kelihatan Zulkarnain sudah sampai sambil mengikat baju sejuk pada pinggang. Setelah meletak dan mengunci basikal kami naik kereta cikgu Wan Husin. Kami bermalam di rumah beliau. Memang besar banglo kepunyaan beliau. Luas ruang tamu dan dapur rumahnya. Bilik air pun bersih dengan air mandi spt hujan yg turun. Cantik isterinya. Namun dapur tak berasap. Aku difahamkan isteri beliau tak boleh memasak…oklah. Kami diberi satu bilik tamu untuk tidur. Bilik itu yang dihiasi dengan almari baju, meja solek dan katil bujang. Cukup kemas dan bersih. Banglo dua tingkat itu amat sunyi kerana mereka tidak mempunyai anak.
Pagi-pagi selepas subuh kami sudah bersiap dan bersarapan dengan nasi kerabu yang sedap. Cikgu wan Husin cakap beli kat warung depan rumah. Kami menaiki kereta jenis Datsun warna putih Cikgu Wan Husin ke hentian bas di depan Mini Stadium Pasir Mas. Sebuah bas sekolah sudah menunggu dan cikgu Wan Husin bercakap sesuatu dengan ketua rombongan yang aku kira seperti pengetua atau orang PPD. Selepas bersalaman kami naik dan duduk di tempat paling belakang. Kelihatan pelajar lelaki dan perempuan yang sebaya dengan kami dari sekolah daerah Pasir Mas dan Tumpat seramai 40 orang siap untuk ke Kuala Lumpur.
Sebelum bertolak ketua rombongan memberi taklimat melalui pembesar suara yang terdapat di bahagian pemandu bas. Dalam taklimat yang diberikan perjalanan kami adalah melalui jalan Tanah Merah-Machang-Kuala Krai- Gua Musang. Menurut Cikgu Hamid iaitu ketua rombongan bahawa bas ini hanya boleh melalui Gua Musang pada waktu siang sahaja kerana kawasan tersebut masih ada lagi ancaman daripada pengganas komunis.(PKM meletakkan senjata pada tahun 1990) Sebarang kenderaan dilarang untuk melalui Jalan Gua Musang-Merapoh-Kuala Lipis-Raub pada waktu malam. Oleh itu, jika memandu pada waktu malam terpaksa melalui Kuala Terengganu. Yang mana jaraknya lebih jauh berbanding dengan jalan yang ada sekarang.
Jalan bengkang bengkok. Terutama ketika menaiki Bukit Tujuh. Sehinggakan ada pelajar yang muntah-muntah akibat kepeningan. Bau muntah itu yang tidak tahannya. Sehingga akupun rasa nak muntah. Kepalaku pun macam pusing-pusing. Dalam perjalanan kami dibekalkan air kotak berjenama Yeos perisa bunga matahari dan dua biji karipap. Ketua rombongan banyak memberi taklimat melalui pembesar suara yang dipasang pada system audio di dalam bas tersebut. Banyak celoteh yang menyebabkan kami tidak kering gusi. Di luar pemandangan cukup indah. Hutan-hutan yang menghijau serta bukit bukau yang tinggi. Kami singgah di masjid Kuala Lipis pada pukul 3 petang. Setiap orang diberikan nasi bungkus berlaukkan ayam goreng serta air kotak. (waktu itu belum ada air mineral). Selepas makan, kami solat jamak zohor dan asar di masjid tersebut yang terletak di atas bukit. Menurut cikgu Hamid, perjalanan masih jauh. Oleh itu kami bergegas menaiki bas untuk meneruskan perjalanan seterusnya...bersambung