Tuesday, January 28, 2014
Monday, January 27, 2014
Kenapa Berbekam Dalam Keadaan Perut Kosong
Tujuan berbekam dengan keadaan perut kosong ialah supaya organ sistem penghadaman tubuh badan tidak bekerja dan dalam keadaan rehat.Apabila berbekam,semua darah kotor yang keluar mewakili kesemua organ tubuh badan.Sebaliknya jika berbekam dalam keadaan kenyang maka organ sistem penghadaman sedang bekerja keras,darah kotor yang keluar pun hanya mewakili organ penghadaman sahaja dan tidak sama sekali mewakili semua organ tubuh. Seelok eloknya berpuasa. Kalau tak dapat berpuasa cukup sekadar dengan berlapar selama 2 jam sebelum berbekam.
Saturday, January 25, 2014
Sambutan MaulidurRasul SMKSB 2014
Segala puji bg Allah seru sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Alhamdulillah terlaksana sudah program maulidurRasul peringkat sekolah.
Sebetulnya program yg dianjurkan ini sebagai satu platform utk mengeratkan lagi hubungan antara guru serta para pelajar. Aku terharu dgn komitmen yg cukup superb drp pihak pentadbir terutamanya Tn Hj dan pn hjh Hanipah serta guru2 dan pelajar. Moga program yg seterusnya dapat dilaksanakan dengan dgn lebih lagi. Sepuluh jari disusun atas kelemahan dan kekurangan yang ada sepanjang berlangsungnya program ini. Segala yg baik adalah drp Allah swt...yg lemah itu adalah dari kita...jazakallahukhairan kathir
Friday, January 24, 2014
Cuaca Sejuk Landa Negara, Pantai Timur Catat Suhu Terendah Dalam Sejarah
Jan 24, 2014
KOTA BHARU - Keadaan suhu sejuk dan mendung seharian mencetuskan suasana baharu yang tidak pernah dialami masyarakat negara ini.
Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.
Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata, .
“Penurunan suhu di Kuala Krai itu adalah yang paling minimum manakala Pasir Putih pula mencatatkan bacaan 19 darjah Celsius selain Kota Bharu dan Gong Kedak dengan purata 20 hingga 25 darjah Celsius.
“Di antara punca utama penurunan suhu itu ialah disebabkan tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat,” katanya.
Menurutnya, fenomena tekanan suhu dari China itu terjadi semasa monsun timur laut dan tiupan angin kencang tersebut berlaku apabila kurangnya awan terbentuk pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Semenanjung.
Dalam masa sama, Jenuwa berkata, amaran ketiga angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan pihak Meteorologi kepada nelayan dan orang awam bagi mengurangkan sebarang aktiviti pantai.
“Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Untuk rekod, suhu di tanah tinggi Cameron Highland purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di negeri ini mendapati keadaan cuaca sepanjang hari redup dan sejuk. Orang ramai dan murid-murid sekolah yang mengenakan baju sejuk di luar bangunan walaupun pada jam 11 pagi.
Seorang penduduk di Kuala Krai, Rosdi Ismail, 49, berkata, perubahan mendadak suhu sejak selepas banjir gelombang kedua begitu dirasai.
Menurutnya, kedudukan kampung berkenaan yang dikelilingi bukit menyebabkan kesannya begitu terasa.
“Setiap kali keluar rumah untuk ke tempat kerja saya akan memakai baju sejuk kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk sekarang,” katanya.
Suhu di Besut 19 darjah Celsius
Suhu di kawasan Besut pula mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah Celsius pagi kelmarin, menjadikan ia rekod suhu terendah yang pernah dicatatkan di daerah itu.
Jenuwa berkata, suhu itu disifatkan sebagai satu rekod kerana suhu biasa yang dicatatkan paling minimum bagi dua kawasan itu sebelum ini hanyalah sekitar 23 darjah Celsius.
Katanya, daerah lain di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman mencatatkan sedikit penurunan iaitu sekitar 21 darjah Celsius berbanding hari biasa.
Selain itu katanya, Jabatan Meteorologi turut memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Menurut beliau, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
“Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya.
Seorang penduduk di Besut, Yusof Ali, 72, berkata, keadaan suhu sejuk dirasakan sejak beberapa hari lalu, memaksa dia memakai baju lebih tebal.
Menurutnya, seingatnya, kali terakhir suhu sejuk berlaku di daerah ini ketika dia berusia 15 tahun, kira-kira 57 tahun lalu dan tidak berlaku lagi selepas itu sehinggalah ia berulang sekarang.
sumber : greenboc.blogspot.com
Beliau berkata, disebabkan penurunan itu penduduk di kawasan berhampiran pantai terutamanya akan mengalami suhu sejuk yang terlampau berbeza dengan keadaan biasa.
Thursday, January 23, 2014
Wednesday, January 22, 2014
MESYUARAT KEWANGAN SMKSB KALI PERTAMA 2014
Mesyuarat kewangan SMKSB 2014 kali pertama diadakan di bilik mesyuarat pada pukul 12.30 dan berakhir pada pukul 2.45 petang. Disebabkan ini adalah mesyuarat pertama yg melibatkn kewangan maka banyak maklumat yang dapat dikongsi. Sementelah aku yang baru memegang jawatan sebagai guru kanan kemanusiaan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh tuan pengetua serta dibantu oleh CC iaitu pn Rubiyah.
Monday, January 6, 2014
Nostalgia Keheningan Kampung
Suasana kehidupan di kampung menggamit dalam memori ini. Apatah lagi mengenangkan sewaktu kecil arwah ibu dan bapa akan mengerjakan bendang pada waktu cuti. Apatah lagi ayahku yang merupakan guru sekolah kebangsaan juga sibuk membanting tulang untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Walaupun beliau seorang guru namun gaji yang kecil pada waktu itu tidak mampu meberikan kemewahan kepada kami sekeluarga. Cukup memberikan ilmu dan penghidupan yang selesa telah membentuk kami adik beradik menjadi orang yang berguna. Video yang ditunjukkan seterusnya betul-betul menginagtkan aku peristiwa hampir 38 tahun yang lalu. Sekarang tanah bendang itu telah dipawah kepada orang lain untuk diusahakan.
Sunday, January 5, 2014
Thursday, January 2, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)