Saturday, December 13, 2008

GEMPAR: KALIMAH ALLAH PADA DAGING KORBAN




Pada hari raya korban yang lalu, penduduk kampung aku..Banggol Setol menjadi gempar kerana terlihat daging yang lembu yang telah dikorbankan tertulis kalimat 'ALLAH'. menurut Pakcik Ghoni yang telah menemui kalimah tersebut bahawa ini adalah suatu perkara yang cukup mengejutkannya kerana sebelum ini beliau hanya melihat pada akhbar atau kalendar yang telah dijual tetapi kini dengan matanya sendiri dia dapat melihat kalimat suci itu. menurutnya lagi daging tersebut sebenarnya dalam proses utk digoreng. ketika hendak dikeringkan potongan daging tersebut, isterinya terkejut kerana melihat salah satu potongan daging tersebut lain daripada yang lain kerana terdapat urat-urat yang menyerupai kalimah ALLAH. Apabila diambil memang ternyata kalimah tersebut memang kalimah ALLAh dalam tulisan arab.
penulis: pada saya itu adalah suatu keajaiban dan kebesaran yang ditunjukkan oleh ALLAH agar kita sentiasa mengingati-Nya tidak kira masa dan ketika. Dan yang pastinya kita hendaklah sentiasa bersyukur dan taat kepada perintah ALLAH agar hidup kita sentiasa diberkati.Di samping itu, tetapkan perjuangan kita demi ISLAM dan bukan lain daripada itu. Amin

Monday, December 1, 2008

Banjir oh banjir

Musim tengkujuh. Musim yang sentiasa mendebarkan orang yang tinggal di pantai timur. pada musim inilah berlakunya banjir akibat tiupan angin monsun timur laut. pada musim inilah banyak mengorbankan nyawa. oleh itu, berhati-hatilah apabila berlakunya banjir.


Kelihatan abg iparku yg berjaya memukat ikan ketika musim banjir



halaman rumah yang digenangi air bah