Monday, September 30, 2013

SMKSB DULU DAN KINI

Wajah SMKSB dulu dan kini. Hasil transformasi yang dilaksanakan oleh tuan pengetua iaitu Tn Hj Che Yahya b Hj che Soh ini telah memberi wajah baru kepada pembangunan fizikal SMKSB. Moga dengan perubahan ini membangkitkan semangat pelajar SMKSB untuk lebih berusaha dan bersemangat untuk mencapai kecemerlangan sekolah.
Gambar diambil daripada blog dan FB Pn Rosnah Samlee dan juga FB Tengku Abas

Hasil Kerja Pelajar Kreatif

Admin berkesempatan mengiring pelajar ke Seminar Sejarah di MTD, Sg Besi. Namun begitu secara tiba-tiba mendapat panggilan drp ketua Panitia bahawa seminar itu dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Guru Cemerlang sejarah MTD iaitu En Mahendran tidak sampai hati melihat pelajar-pelajar yang hadir tanpa apa-apa yang perlu dibawa balik. Maka beliau mengajak kami untuk untuk diberi tips2 tentang soalan sejarah yang akan keluar dalam SPM nanti. Di samping itu juga beliau meluangkan masa untuk menunjukkan hasil karya pelajar MTD yang cukup kreatif. Melalui peta minda yang dihasilkan maka dapat menambahkan kefahaman pelajar tentang sejarah. Berikut adalah peta minda yang dihasilkan

Sunday, September 29, 2013

Video Terkini

Lagu Sekolah SMKSB
Kompilasi Aktiviti

Lawatan ke Philharmonic Orchestra KLCC

Pada 28 September 2013 seramai 42 pelajar dan 8 orang guru bersama-sama ke dewan orkestra di klcc. Kami dihidangkan dengan alunan muzik oleh para pemuzik profesional yang diterajui oleh mr Laurent Cappelone dari Perancis. Lagu-lagu yang dihidangkan adalah dari filem animasi seperti Beauty n The Beast, Looney Tunes Overture, Peter Pan dsbnya. Admin tidak dapat mengambil gambar ketika persembahan kerana dilarang

Monday, September 23, 2013

Majlis Penutup Bulan Patriotisme SMKSB 2013

Majlis Penutup Bulan Patriotisme
Guru guru sdg berposing
Persembahan oleh pelajar PPKI SMKSB

Saturday, September 21, 2013

Khas untuk Mengingati Kepergian Ibuku ke alam Baqa

Kepergianmu seolah-olah baru semalam. Masih terngiang-ngiang nasihat dan leteranmu di telinga ini. Tak dapatku bayangkan apabila segenggam ijazah telahku persembahkan kepadamu. Raut wajahmu meggambarkan kegembiraan yang tak terkata. Hadiah berharga dariku untukmu apabila dapat menjadi seorang guru peringkat bachelor sehinggalah aku dianugerahkan ijazah peringat master setelah kepergianmu. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh ibuku. Hjh Nik Yam bt Sulaiman

video

Majlis Bacaan Yasin

Majlis bacaan yasin telah diketuai oleh tn pengetua sendiri iaitu tn hj che yahya che soh. Pada pagi jumaat 20 September 2013. Bacaan ini disertai olwh pelajar dan guru smksb. Moga dengan amalan ini mendapat keberkatan Allah swt.